Banyak yang kita lihat baru-baru ini mengenai content TikTok yang banyak menghiburkan hati orang ramai. Ada juga yang sedikit sebanyak kurang gemar di dengari kerana ia menjadi bualan orang ramai yang berunsurkan kutukan.
Viral baru-baru ini mengenai sebuah TikTok video yang agak popular di mana seorang TikToker menerjah orang awam untuk menyambung ayat al-Quran. Ramai penonton yang terpegun apabila datang kehadiran seorang pakcik yang lunak suaranya menyambung ayat yang perlu di sambungnya.
Memang tidak di sangkal lagi apabila penggunaan platform media sosial banyak berunsurkan perkara yang hiburan dan juga sebagai satu yang lagha (tidak berfaedah). Namu, tidak semua konten yang di buat oleh seorang content creator itu selalunya memberikan suatu maklumat yang tidak berfaedah.
Terdapat seorang individu baru-baru ini dengan nama akaun media sosialnya @abdaqawiyaro
atau nama sebenarnya, Abdul Qawiy, membuat konten buat akaun TikTok dengan berada di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur sambil memegang kotak bertulis “Sambung ayat Quran dapat RM50”. Tujuannya itu meraih perhatian orang di internet apabila kelihatan seperti tiada yang berminat untuk menyapanya walaupun di awal video.Abdul Qawiy yang merupakan seorang tahfiz itu kelihatan tetap tersenyum manis sambil memegang kepingan kotak yang bertulis itu masih menantikan kehadiran sesiapa sahaja yang ingin mencuba. Andaian buat anda yang melihat video ini pada saat pertama pasti mebuatkan anda menggigit jari jika anda adalah orang yang datang menerpa saudara Abdul Qawiy, dapatkah anda menyambung dengan baik? Pasti gugup jantung di buatnya.
Dalam video perkongsiannya itu, Abdul Qawiy juga telah mengajak seorang budak lelaki untuk menyambung ayat Quran. Budak lelaki itu kelihatan agak tergagap dan tidak dapat untuk menyambung ayat Quran yang dia berikan.
Artikel berkaitan: Jurutera Berjaya Hafaz Al-Quran Dalam Tempoh 10 bulan, Hebat!
Lalu, bapa kepada budak lelaki tersebut pula mengambil alih menggantinya sejurus kelihatan dia tidak mampu untuk menyambung ayat Quran itu. Lelaki yang di kenali sebagai Muhammad Ridhwan itu pula menyambung Quran.
Sebelum dia di berikan peluang untuk menyambung, Abdul Qawiy yang di kenali orang ramai dengan suaranya yang lunak dan merdu ketika menghafazkan ayat al-Quran itu di kejutkan lagi apabila Encik Muhammad Ridhwan itu menyambung dengan suaranya yang merdu! Meremang bulu roma bila mendengar ayat yang di hafazkan dengan merdu sekali.
@abdqawiyaro sambung ayat Quran dapat rm50 🥰🫶🏼 @TVAlhijrah #quranrecitation #jomngajisikit ♬ original sound – Abdul Qawiy
Ramai warganet yang terpegun melihat kedua suara Abdul Qawiy dan juga pakcik yang mengganti anaknya demi menyahut cabaran itu. Rata-rata turut memberikan komen yang memberangsangkan.
“Macam imam solat jumaat duh ayah dia,
“Kita yang mendengar dia baca pun dapat pahala.” ujar warganet yang memuji suara Muhammad Ridhwan.
Ada juga yang cuba untuk memberitahu seeloknya banyakkan lagi konten seperti ini di media sosial supaya ramai yang boleh berubah kearah kebaikan. Bahkan, boleh juga menimba ilmu serta boleh peroleh pahala dengan menyokong konten seperti ini.
“Konten macam ini lah kita perlukan untuk sentiasa lalu di feed-feed tiktok, support,
“Buat lagi konten macam ini bang, saya suka,
“Macam ini baru best memandaikan umat Islam.” itulah antara komen yang menyokong konten seperti ini di perkasakan lagi oleh para influencer
.Walau apa pun,anda harus tahu setiap orang mempunyai cara pendekatan yang berbeza, mungkin di media sosial seseorang itu banyak perkongsian yang tidak menjurus kepada dakwah tetapi mungkin dia melakukan dakwah melalui saluran yang lain. Kita hidup penuh andaian, jangan terlalu berpasak kepada paksi yang kita rasakan diri ini sahaja yang betul, ingatlah untuk lebih terbuka.
Sumber: Abdul Qawiy
Artikel berkaitan: Firdaus Wong – “Jika Benar Wanita Itu Melayu & Muslim, Hafal 15 Juzuk Al-Quran Sebenarnya Dia Hina Dirinya & Bukannya Hina Islam”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.