Sebahagian wanita yang memiliki kelengkungan (bahagian dalam kedua peha) bewarna gelap atau cenderung hitam dapat menghilagkan keyakinan diri seorang wanita, walaupun tidak kelihatan tetapi sebagai seorang wanita memrlukan kesempurnaan tubuh badan, apalagi saat menyarungkan seluar.
Biasanya penyebab bahagian dalam kedua peha anda menghitam disebabkan akibat kulit bahagian paha menghasilkan melanin yang berlebihan. Boleh jadi kerana melecet, ketidakseimbangan hormon, pemakanan ubat-ubatan, terkena paparan matahari, kulit kering ataupun gesekan dari seluar yang terlalu ketat.
Pasti anda terfikir “bagaimana ya cara menghilangkan hitam di bahagian dalam kedua peha? Jom rawat secara alami, inyallah kesan hitam akan hilang dan kembalikan keyakinan diri anda.
1. Skrub gula
Cara memutihkan bahagian dalam kedua peha yang pertama adalah dengan menggunakan gula. Gula bukan hanya untuk membersihkan wajah namun juga boleh membantu mengeksfoliasi kulit yang dapat mengangkat sel-sel kulit mati pada bahagian dalam kedua peha . Caranya anda boleh ikuti langkah dibawah ini ya:
- Perah sebiji lemon dan pastikan yang segar ya
- Tambahkan satu sudu teh gula pasir
- Campur dengan satu sudu makan madu
- Gosok pelan-pelan pada bahagian paha
2. Sengkuang
Cara memutihkan bahagian dalam kedua peha boleh juga menggunakan sengkuang untuk memutihkan kulit bahagian dalam kedua peha sebab sengkuang memiliki kandungan vitamin C dan B yang berperanan untuk menjaga kulit agar tetap bersih dan sihat.
Senang sahaja, anda cuma hanya parut sengkuang dengan menggunakan air dan hampasnya boleh dijadikan masker lulur untuk bahagian dalam kedua peha. Ulang guna setiap hari sehingga kembali putih.
3. Kentang
Selain sengkuang, kandungan kentang juga memiliki antibiotik alami agar membantu regenerasi kuilt, dan boleh jadi bahan alami yang cepat untuk memutihkan bahagian dalam kedua paha.
Cara penggunaannya iaitu anda boleh menumbuk halus kentang yang sudah direbus, kemudian campurkan dengan 2 sudu makan susu sehingga berbentuk pasta dan sapukan pada bahagian dalam kedua peha. Biarkan selama 30 minit lalu bilas dengan air besih.
4. Skrub campuran oatmeal dan yoghurt
Cara memutihkan bahagian dalam kedua paha seterusnya adalah dengan menggunakan oatmeal. Oatmeal yang berbahan asa dari gandum boleh mengubati masalah kulit kering yang meradang dan membuat tidak selesa. Sementara yoghurt mengandung asam laktat yang dapat meningkatkan kesihatan kulit sehingga boleh memutihkan kembali bahagian dalam kedua peha anda dengan ikuti langkah ini:
- Campurkan 3 sudu makan yoghurt dengan 3 sudu makan oatmeal.
- Campur hingga rata.
- Setelah lenyek anda boleh sapukan scrub pada bahagian dalam kedua paha . Sapukan dengan perlahan-lahan ya!.
5. Lidah buaya
Lidah buaya juga boleh menjadi cara memutihkan bahagian dalam kedua paha . Manfaatnya bukan hanya melembutkan namun juga boleh menutralkan kulit yang melecet akibat iritasi kerana kandungan zat aloin dan dapat mencerahkan kulit. Cara gunakannya cukup anda sapukan lidah buaya seperti losyen dan biarkan beberapa minit agar boleh meresap pada bahagian dalam kedua paha .
6. Limau nipis
Limau nipis memang terkenal sangat pedih dan panas namun limau nipis memiliki anti oksidan dan vitamin C yang boleh memutihkan bahagian dalam kedua peha anda dengan cepat.
Anda hanya perlu membelah limau menjadi dua bahagian lalu sapukan pelahan-lahan pada bahagian dalam kedua paha secara merata. Jangan sampai terkena pada bahagian vagina. Biarkan selama 30 minit. Tidak hanya memutihkan, namun juga boleh menghilangkan kotoran pada bahagian dalam kedua peha .
7. Putih telur
Kegunaan putih telur bukan hanya untuk memutihkan wajah, namun juga boleh memutihkan bahagian dalam kedua paha anda sebab putih telur memiliki protein tinggi yang boleh meregenerasi kulit.
Anda harus memisahkan putih dan kuning telur, lalu kacau hingga berbuih ya. Tambahkan beberapa madu dan limau nipis agar tidak berbau hamis. Biarkan 30 minit, kemmudian bilas dengan air panas suam.
8. Air Basuhan Beras
Sekiranya anda memasak nasi, jangan dibuang air basuhan beras. Anda boleh memanfaatkan air basuhan beras agar bahagian dalam kedua paha boleh putih kembali, sebab beras mengandung asam ferullic serta allantoin yang mampu melindungi kulit.
9. Baking soda
Baking soda juga boleh membuat bahagian dalam kedua paha anda putih dengan cepat kerana baking soda dapat membuat lapisan sel-sel kulit anda mengelupas. Campurkan setengah sudu teh baking soda dengan air, kemudian sapukan pada paha bahagian dalam, tunggu sampai 15 minit sahaja dan anda boleh bilas.
10. Lemon
Menyapukan perahan air lemon pada bahagian dalam kedua paha boleh membuat peha anda putih secara semulajadi dan cerah sebab lemon mengandung asam alpha hidroksi yang dapat menjauhkan radikal bebas dalam kulit. Bahagian dalam kedua paha anda akan kembali segar, jangan sampai kena bahagian area vagina ya!
Itulah beberapa cara memutihkan bahagian dalam kedua paha hitam secara alami yang boleh anda cuba. Semoga bermanfaat!
SUMBER: POPBELA
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI