Cepat Sangat Lesu Bila Ganti Puasa? Ikuti Tip Dan Ambil Minuman Ini Untuk Sentiasa Bertenaga!

Share

Dalam 13 hari sahaja lagi umat Islam bakal menyambut bulan suci Ramadan Kareem yang diikutkan jatuh pada tanggal 23 Mac 2023. Sudah tentu ramai ingin bersiap sedia mulai awal bulan lagi untuk mengganti puasa yang tertinggal sebelum ini.

Bila bakal menjelang bulan Ramadan, pasti ramai yang risau jika diri tidak kuat untuk menahan nafsu dan tenaga untuk menghadapi puasa. Bukan sahaja kanak-kanak malah orang dewasa juga punyai masalah untuk kekal bertenaga pada bulan suci itu.

Artikel berkaitan: Bukan Rahsia Lagi! Anna Jobling Dedah Wajah Berseri-Seri dan Lebih Bertenaga, Walaupun Sibuk.

Sentiasa Bertenaga Walaupun Ganti Puasa!

Diikutkan lagi, ramai yang punyai tip mereka tersendiri untuk mengekalkan tenaga ketika berpuasa. Jadi ayuh kita lihat beberapa cara yang senang anda ikuti untuk kekal bertenaga walaupun berpuasa!

#1. Minum Sebanyak Lapan Gelas Air

Sumber dari Canva

Ramai dalam kalangan kita yang selalu menghadapi masalah kurang minum air ketika berpuasa. Mungkin anda boleh cuba minum satu gelas air mengikut panduan masa di bawah:

  • Selepas azan Maghrib
  • Selepas selesai solat Maghrib
  • Selepas makan
  • Selepas solat Isyak
  • Selepas solat Terawih
  • Sebelum tidur
  • Selepas bangun dari sahur (sebelum makan)
  • Selepas habis makan sahur

Untuk mereka yang ganti puasa pada bulan ini bolehlah tukar masa berikut mengikut citarasa dan cara anda sendiri. Siapa tahu dengan ini anda akan lebih berdisiplin untuk kekal hidrasi meski pun berpuasa.

#2. Kurangkan pengambilan garam

Sumber dari Canva

Kenapa kena kurangkan garam? Ini kerana tindak balas badan kepada garam akan membuatkan tubuh badan cepat dehidrasi dan berlakunya masalah kehilangan air yang cepat.

Maka, badan akan menjadi cepat lesu, letih sehinggakan tiada langsung tenaga untuk bercakap. Jadi kurangkan apa-apa makanan yang mempunyai kandungan garam yang tinggi ya sis.

#3. Jangan ambil minuman Kafein terlalu banyak

Sumber dari Canva

Ada dalam kalangan kita yang tidak mahu berpisah dari minum kafein seperti teh dan kopi. Sebenarnya, kafein punyai sifat diuretic yang tinggi, ia merangsang pembentukan air kencing dan memaksa tubuh menyingkirkan air dan garam dari badan.

Jadi, badan anda akan dehidrasi dan mula tidak bertenaga sepanjang berpuasa. Mulalah nanti mengantuk, kulit kering, pening kepala dan sebagainya, maka elakkan dari minum minuman kafein.

Artikel berkaitan: Teh Bunga Raya Bantu Ubati Selesema, Sembuhkan Sakit Tekak & Batuk, Badan Pun Jadi Bertenaga

#4. WAJIB untuk bersahur

Untuk menghadapi kehidupan berpuasa anda harus sahur tidak kira apa pun. Ini kerana ia penting untuk bantu anda menambahkan tenaga sewaktu berpuasa dan pastikan badan kekal cergas sentiasa!

Bagi mereka yang malas dan tak tahu untuk ambil makanan atau minuman apa ketika sahur, bolehlah ambil satu paket minuman bertenaga MILO untuk pastikan anda kekal bertenaga!

Sahabat istimewa MILO, Park Seo-Joon

Minuman bertenaga MILO ini juga menjadi pilihan yang bagus untuk anda yang inginkan minuman berkhasiat dan mudah di bancuh sewaktu sahur. Park Seo-Joon turut gemari minuman coklat ini kerana dapat mengekalkan tenaga berpanjangan.

Kiri, Yaya Zahir, dan kanan, Adriana Adnan, juga gemari minuman MILO.

“Saya juga selalu minum MILO awal pagi untuk berikan tenaga yang berpanjangan untuk lakukan rutin harian.”- Adriana Adnan

“Saya gemar minum MILO ais dan ada juga minum MILO 3in1 sebelum tidur.”- Yaya Zahir.

PERINGATAN! Pastikan anda jaga diri dan kesihatan dalam melakukan ibadah berpuasa. Jangan pula untuk ganti puasa kerana tak lama lagi dah hampir tiba untuk bulan Ramadan.

Sumber: Qoala

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee