Meraih keputusan cemerlang dan menerima anugerah terbaik akademik di universiti pastinya menjadi momen paling bermakna bagi mereka yang telah berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Segalanya akan rasa berbaloi dari segi masa dan tenaga tatkala kejayaan telah pun di dalam genggaman.

Pelajar Malaysia yang merupakan seorang gadis kelahiran Sabah, Afiqah Izzati Sundusin mencipta sejarah sekaligus mengharumkan nama Malaysia apabila berjaya menamatkan pengajian di sebuah universiti di Hungary dengan nilai gred kumulatif (CGPA) 4.99 (4.99/5.00) sehingga melayakannya dirinya menerima anugerah ‘top of cohorts’.

Cemerlang Akademik Di Universti Luar Negara, Gadis Bugis Ini Terima Anugerah ‘Top of Cohorts’

Gadis manis berusia 24 tahun ini turut menarik perhatian dunia apabila diktiraf sebagai pelajar Malaysia pertama menjadi wakil graduan berucap di acara penuh bermakna itu disaksikan ribuan graduan lain serta keluarga di University of Szeged.

 

Manis Berpakaian Tradisi

Selain berjaya menarik perhatian ramai dengan kecemerlangannya itu, Afiqah Izzati turut membuatkan ramai terpesona dengan penampilannya ketika itu. Tampil manis dengan busana warisan suku Bugis iaitu baju Bodo atau turut dikenali sebagai baju Tokko.

Graduan kejuruteraan pertanian ini turut memilih untuk memulakan ucapan dalam bahasa Melayu.

Cemerlang Akademik Di Universti Luar Negara, Gadis Bugis Ini Terima Anugerah ‘Top of Cohorts’

Ads

“Ucapan pembukaan dimulakan dengan peribahasa ‘Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya’ yang bermaksud kejayaan tidak akan dapat dicapai tanpa usaha. Peribahasa ini cukup signifikan dengan saya kerana kejayaan tidak datang bergolek tetapi selepas usaha, doa dan tawakal.

“Ada perkara tercapai dan ada perkara diingini tetapi tidak menjadi, namun itu bukan kegagalan sebaliknya cuba lagi dan berserah kepada Allah SWT. Memang banyak cabaran selama di sini (Hungary) tetapi itu tidak mematahkan semangat saya demi menimba ilmu,” ungkap Afiqah Izzati kepada Bernama.

BACA JUGA: “Natural Beauty!” Warisi Kecantikan Ibu, Wajah Tanpa Solekan SHARIFAH ROSE Buat Ramai Terpegun

Ditemani ahli keluaga, anak sulung daripada enam beradik ini percaya budaya dan identiti sebagai gadis Bugis serta rakyat Malaysia tidak akan pudar biarpun menetap lama di negara luar. Justeru, dia nekad memilih busana tradisi pada hari bermaknanya itu.

Cemerlang Akademik Di Universti Luar Negara, Gadis Bugis Ini Terima Anugerah ‘Top of Cohorts’

Keputusannya bersama keluarga untuk menggayakan busana Bugis mencetuskan minat ramai, tidak hanya di kalangan rakan-rakan bahkan turut mendapat liputan meluas media di Hungary.

Ads

“Saya bangga menjadi anak Malaysia (yang terkenal dengan) masyarakat majmuk selain turut sama bangga dengan warisan dimiliki. Saya memilih memakai baju tradisional ini bukanlah sekadar fesyen semata mata tetapi ini juga cara saya memperkenalkan keunikan kepelbagaian etnik di Malaysia kepada dunia.

“Baju rona hijau ini dengan kain, songkok recca, tali pinggang (pa’bekkeng) ditempah dari Indonesia. Penghantaran ke Sabah ambil masa dua minggu dan dijahit oleh penjahit tempatan di Sandakan. Proses keseluruhan membuat baju Bodo ini lebih kurang tiga bulan,” katanya.

Cemerlang Akademik Di Universti Luar Negara, Gadis Bugis Ini Terima Anugerah ‘Top of Cohorts’

Ketika ditanya perancangannya selepas ini, gadis kelahiran Tawau dan membesar di Sandakan ini berkata akan ke Switzerland bagi menjalani sesi ‘research intern’ di pusat penyelidikan di negara itu selama empat bulan bermula April hingga Julai.

“Saya berpeluang menimba pengalaman di Switzerland.Peluang ini tidak akan disia-siakan untuk melakukan yang terbaik,” katanya.

Ads

Menyimpan impian untuk bergelar saintis penyelidikan dan pembangunan pertanian, Afigah Izzati berharap kejayaannya itu menjadi inspirasi dan contoh terbaik buat adik-beradiknya.

Jasa Ibu Bapa Jadi Pegangan

Menghargai pengorbanan kedua ibu bapanya, Afiqah Izzati menjadikannya sebagai pegangan untuk terus berjuang menggapai impian.

Selain itu, dia turut berpegang teguh kepada pegangan agama.

Cemerlang Akademik Di Universti Luar Negara, Gadis Bugis Ini Terima Anugerah ‘Top of Cohorts’

“Jasa umi dan ayah cukup besar. Mereka banyak berkorban dan jika saya berasa ‘down’ saya akan kenang penat lelah mereka,” kongsi Afiqah Izzati.

Untuk info, bapanya merupakan pegawai kesihatan persekitaran di Sandakan manakala ibunya adalah pengurus di syarikat berkaltan kerajaan.

Afiqah Izzati sebelum ini mendapat pendidikan rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Pui Gin dan kemudiannya menyambung pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Sandakan.

Afiqah Izzati kemudiannya melanjutkan pengajian ke peringkat Asasi Sains Pertanian di Universiti Putra Malaysia.

Semoga Afiqah Izzati terus berjaya dalam bidang yang diceburi.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI