Drama rantaian ‘Cemburu Seorang Perempuan’ sedang rancak ditayangkan. Mengetengahkan soal poligami namun ia agak bercanggah dengan amalan poligami seperti yang sepatutnya. Poligami sah di sisi syarak tetapi polemik mengenainya terus diperkatakan kerana sering dikatakan ‘menguntungkan’ hanya pihak lelaki sahaja.
.
Berikut ulasan daripada seorang peguam Syarie.
Ada orang tanya saya “Tuan, tengok tak drama Cemburu Seorang Isteri” di Astro Ria kalau tak silap saya. Saya cakap, malam memang saya tak dapat tengok TV sebab anak saya akan didahulukan dengan kartunnya. Apa yang menarik drama tu, saya tanya. Katanya, nasib saya macam isteri kedua tu. Saya pun tak berapa faham.
Bila tengok, rupanya cerita tu berkisar tentang seorang suami yang berkahwin dua atas suruhan isteri pertama kerana isteri pertama tak dapat mengandung. Tapi, suami tu tak boleh untuk bermalam dengan isteri keduanya. Kalau nak bagi dapat anak pun, dengan cara IVF. Isteri pertama tak boleh mengandung tapi dia nak anak.
Jadi, dia yang pinangkan isteri kedua untuk suaminya tapi cemburu teruk sampai tak bagi suami dia tidur dengan isteri kedua. Betul ke tak saya ulas sebab saya pun tengok trailer jer. Rasanya macam tu la kot.
Jadi, saya beranggapan itulah kisahnya masalah wanita tersebut. Jadi, ada beberapa persoalan yang berkaitan dengan hak seorang isteri, tak kira lah, isteri pertama ke kedua ke ketiga ke keempat ke, masing-masing ada hak yang sama di dalam Hukum Syarak.
. HAK NAFKAH ZAHIR
Setiap orang isteri berhak untuk disediakan segala nafkah zahir seperti makan, minum dan pakaian. Kalau suami tak pandai nak masak, sekurang-kurangnya sediakanlah barang-barang basah dan barang-barang kering untuk dapur tu berasap.
Kalau orang yang berpoligami, selalunya akan ada di dalam perintah Poligaminya untuk memasukkan sejumlah wang yang telah ditetapkan oleh Mahkamah sebagai nafkah zahir kepada isteri-isterinya.
Bagi lelaki yang berpoligami, wajib baginya untuk sediakan tempat tinggal yang berasingan, selesa dan selamat kepada isteri-isterinya. Kalau isteri-isteri tidak boleh tinggal serumah walau bilik berasingan, maka, suami mesti sediakan rumah berasingan yang selesa dan selamat untuk berlaku adil kepada isteri-isteri dalam tanggungan.
HAK NAFKAH BATIN
Wajib bagi suami memberikan nafkah batin kepada isteri-isterinya seadil-adilnya. Adalah kejam bagi seorang suami yang melayani dengan baik isteri muda tetapi isteri pertama diabaikan nafkah batinnya. Jangan ingat nafkah batin ini hanya semata-mata dengan persetubuhan saja, tetapi, berkata-kata yang baik dan layanan mesra juga adalah sebahagian daripada nafkah batin yang perlu diberikan secara adil oleh seorang suami.
HAK GILIRAN BERMALAM
Giliran bermalam adalah suatu perkara yang menjadi sunnah nabi. Nabi Muhammad s.a.w juga memberikan giliran yang adil kepada isteri-isterinya untuk bermalam. Ada sesetengah orang yang membuat giliran bahawa isteri muda pada malam hari, tapi isteri sedia ada siang hari.
Saya berpandangan ini tidak adil melainkan isteri pertama redha. Ini kerana, waktu siang dan malam itu ada bezanya. Siang waktu bekerja. Kalau balik tengah hari pun, hanya untuk makan sahaja. Malam adalah waktu berehat. Terserah pada pandangan masing-masing.
Orang yang berpoligami, wajib untuk isytiharkan di Mahkamah tentang harta-harta yang hendak diisyitiharkan sebagai harta sepencarian. Kalau harta tu dibeli semasa isteri pertama, mesti dikira sebagai sepencarian dengan isteri pertama. Kalau harta dibeli semasa adanya isteri kedua untuk isteri kedua tinggal, mesti dikira sepencarian isteri kedua.
Kalau isteri pertama ada rumah yang dibeli dan diberi oleh suami, isteri kedua juga berhak untuk terima sebiji rumah. Isteri pertama disediakan kereta, isteri kedua takkan bagi motosikal jer. Suami mesti adil dalam menjaga amanah poligami ni.
Kalau suami tak bagi semua hak ni macam mana tuan?
Suami yang tak tunaikan semua perkara ini, adalah dikira sebagai suami yang tidak beramanah. Kalau isteri yang tidak mendapat hak yang sepatutnya walaupun dia isteri baru atau lama, dia boleh menuntut haknya di dalam Mahkamah Syariah.
Kalau tak dapat nafkah, dia boleh tuntut nafkah. Kalau bimbang harta jatuh ke tangan isteri yang lain sedangkan ada haknya, boleh tuntut harta sepencarian.
Tapi, kalau tak boleh tahan dengan kehidupan ini kerana suami tidak berlaku adil, maka, isteri tersebut berhak untuk menuntut fasakh di Mahkamah Syariah atas faktor-faktor yang sesuai dengan undang-undang dan Hukum Syarak.
Kalau suami kahwin kat Siam, tapi dia tak buat pengesahan lagi di Mahkamah, boleh ke nak tuntut semua ni?
Ads
Boleh tuntut Nafkah sebagai isteri sahaja kalau tak dapat nafkah. Kalau nak tuntut harta sepencarian, beban keatas isteri yang mendakwa untuk buktikan suami dia poligami dahulu, lepas tu baru boleh tuntut harta sepencarian.
Kalau nak tuntut fasakh atas sebab suami tidak berlaku adil dalam poligami, juga, menjadi beban kepada isteri tu untuk buktikan suami dia poligami dan tidak berlaku adil.
Tip Untuk Isteri yang dimadu atau bakal bermadu
Pastikan anda dapat nafkah secara bulanan dengan dimasukkan melalui akaun
Catat hari bermalam suami dengan anda di rumah
Isytiharkan siap-siap di Mahkamah Tinggi Syariah, harta apa yang nak dijadikan harta sepencarian
Daripada drama ini, satu perkara yang paling utama kita dapat belajar, kalau nak berpoligami, menjadi syarat untuk suami tersebut mempunyai sifat menguasai ke atas isteri-isterinya. Ada klien saya yang berpoligami dengan mengikut syarak dan undang-undang.
Apa yang saya dapat lihat, lelaki yang betul-betul gentleman dan mempunyai sifat tegas dan menguasai sahaja yang mampu untuk berlaku adil pada isteri-isterinya. Perkara utama bukan tentang kemampuan harta, tapi kemampuan diri untuk menjadi Imam yang boleh memimpin makmumnya dengan adil dan saksama.
Hukum Syarak telah menggariskan bahawa hukum poligami adalah harus, tetapi keharusannya bukanlah secara mutlak. Oleh itu, hukum syarak telah menetapkan syarat-syarat tertentu untuk berpoligami. Merujuk kepada firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa: 3 bermaksud, Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap anak-anak yatim, maka berkahwinlah dengan perempuan yang kamu berkenan, dua, tiga, atau empat. Tetapi jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (antara isteri-isteri kamu), maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja. Yang demikian itu adalah lebih dekat, (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman.
Sumber kredit: Fahmi Rahmi dan Global Station SB
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru-baru ini tular di media sosial pelakon dan usahawan muda yang berjaya, Neelofa dikritik kerana dikatakan tidak mengenakan ‘legging’ apabila menggayakan seluar koyak di lutut yang jadi trend masa kini.
Ketika itu Lofa memuat turut percutiannya bersama adik dan kakaknya di Itali setelah menjadi salah seorang speaker di UNDP Youth Forum. Admin seronok melayan gambar percutian mereka ini kerana pemandangan cukup indah yang diambil sepanjang mereka berada di sana.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Kita ketepikan dulu soal itu kerana pasti Lofa ada penjelasan untuk menjawab dakwaan ‘hater’ itu. Kita fokus kepada kejayaan lofa baru-baru ini yang membawa nama Malaysia apabila dijemput memberikan ucapan di forum kepada belia baru-baru ini di New York.
Membahaskan topik “Kepelbagaian Budaya Dan Daya Kreativiti Untuk Pembangunan Mampan Dan Keamanan”, Neelofa banyak menjadikan pengalaman peribadi dan keadaan sosial di Malaysia sebagai contoh sepanjang pengucapan beliau selama 30 minit.
Memang kita respek dengan Lofa kerana dalam usia masih muda sudah bergelar usahawan berjaya malah boleh dilabel jutawan muda. Kegigihannya menjalankan perniagaan Naelofar Hijab patut kita jadikan contoh untuk berjaya seperti dirinya.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Lofa memang seorang yang tidak pernah duduk diam. Ada sahaja yang dilakukan untuk terus memantapkan empayar perniagaan yang diuruskan bersama keluarganya.
Artis yang kini mendominasi follower tertinggi di media sosial instrgam mengumpul 5 juta ini telah tersenarai antara 11 rakyat Malaysia dalam ‘Forbes 30 Under 30 Asia’ dan menjadi duta Swarovski juga telah melonjakkan namanya sebagai selebriti muda paling berjaya setakat ini.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
Baru-baru ini, Lofa ada berkongsi tip bagaimana untuk berjaya dalam dunia perniagaan. Hanya berbekalkan empat perkara dan bagi usahawan yang baru bertatih dalam bidang ini elok sangat jadikan ia sebagai panduan. Untung sabut boleh jadi jutawan muda seperti pelakon drama Suri Hati Mr. Pilot ini.
1. Cabar Diri Sendiri
Untuk berjaya kita perlu cabar diri sendiri. Lakukan apa yang disukai dan jangan berasa was-was untuk melakukannya. Tidak ada yang mustahil dalam dunia ini dan perlu terus berani mencuba keluar dari zon selesa.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
2. Positif
Untuk menjadi usahawan berjaya kita perlu sentiasa berfikiran positif. Tidak semestinya kita akan berada di atas dan ujian Allah itu datang tanpa kita duga. Tetapi bangkit dan belajar daripada kesilapan lalu. Cuba perbaiki kekurangan diri ke arah yang lebih baik. Jangan sesekali biar unsur negatif mengganggu hidup anda. Belajar terima sesuatu perkara dengan tenang dan positif.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
3. Self-Realisastion
Bagi kata-kata semangat pada diri sendiri. Cuba bercakap dengan diri dan katakan anda boleh lakukan. Hanya diri kita sahaja tahu sejauh mana kemampuan anda untuk melakukan sesuatu perkara yang lebih baik.
A post shared by Noor Neelofa Mohd Noor (@neelofa) on
4. Self-Talk
Akhir sekali jangan lupa berdoa. Rezeki itu semuanya datang dari Allah. Sentiasa bersyukur dan biasan motivasi pada diri sendiri. Insya-Allah rezeki berganda akan datang pada kita jika sentiasa mengingati-Nya. Kejayaan milik semua orang dan yang pasti anda perlu berusaha mencapainya.
Adakah anda gagal mengenali seseorang yang baru sahaja melambai kepada anda? Nah, melainkan jika ia adalah isu berkaitan otak yang serius atau kronik, anda harus tahu bahawa kita semua mempunyai detik-detik pelupa. Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil beberapa langkah setiap hari untuk meningkatkan ingatan.
Betul la orang kata kismis antara makanan yang menguatkan minda. Bahkan gaya hidup boleh memainkan peranan penting dalam meningkatkan fungsi otak dan kognitif. Oleh itu, pakar pemakanan selebriti terkemuka Anjali Mukherjee yang berpangkalan di India telah menggunakan akaun Instagramnya untuk berkongsi petua untuk membantu mengatasi masalah ingatan.
“Adalah penting untuk tidak panik atau kecewa apabila anda tidak dapat mengingati sesuatu,” tegas Anjali Mukherjee. Kerisauan mengenai isu itu tidak akan membantu. Sebaliknya, perlu ada tindakan segera. Jika keadaan anda tidak terlalu teruk, anda hanya perlu membuat perubahan kecil dalam gaya hidup untuk mencapai peningkatan yang ketara pada ingatan.
Inilah cara untuk meningkatkan ingatan secara semula jadi;
1. Vitamin B untuk otak
Kekalkan pengambilan vitamin B, terutamanya vitamin B12 dan B9 yang meningkatkan daya ingatan. Vitamin B12 didapati terutamanya dalam produk haiwan seperti daging, susu dan telur. Mereka yang mengikuti diet vegetarian atau vegan, bijirin yang diperkaya dan ekstrak yis akan menjadi sumber Vitamin B12 yang sesuai. Sumber Vitamin B9 yang baik atau asid folik ialah sayur-sayuran berdaun hijau, kekacang, telur dan bijirin penuh.
2. Polifenol adalah penggalak kesihatan otak yang hebat
Makan makanan kaya polifenol seperti jamun, teh hijau, delima, beri biru, beri hitam dan serbuk koko atau coklat gelap. Ini membantu untuk meningkatkan kesihatan otak dan meningkatkan ingatan, cadangan pakar.
Sabja atau biji selasih kaya dengan Omega-3, asid lemak, dan polifenol. Semua ini membantu menguruskan keradangan saraf yang menghalang penurunan kognitif.
4. Magnesium, mineral anti-tekanan
Tingkatkan pengambilan magnesium dalam diet, yang sering digambarkan sebagai mineral anti-tekanan. Ia penting untuk pembelajaran dan ingatan. Sayuran berdaun hijau, kacang, bijirin penuh, kacang soya, susu dan makanan laut adalah beberapa pilihan yang kaya dengan magnesium.
5. Uji dan rawat otak anda
Cabar otak anda dengan menyelesaikan teka-teki dan teka-teki, yang merupakan latihan minda yang hebat. Main catur dan permainan papan lain untuk memastikan otak anda aktif. Rawat otak dengan masa rehat yang sewajarnya. Mengekalkan corak tidur 8 jam sehari akan membantu anda memastikan otak dicas.
6. Badan sihat, minda sihat
Seperti kata pepatah, minda yang sihat terletak pada tubuh yang sihat. Oleh itu, menjadi penting bahawa di samping mengekalkan diet berkhasiat, kita mesti bersenam secara berterusan. Senaman yang kerap membantu mencegah kemerosotan mental.
Mengamalkan meditasi membantu melindungi anda daripada masalah ingatan yang berkaitan dengan usia dan memastikan anda berwaspada dan tajam, sehingga ke tahun-tahun senja dalam hidup anda.
Cuba petua ini untuk meningkatkan ingatan dan lihat perbezaan yang dibawanya! Tetapi jika anda mengalami masalah kemerosotan ingatan yang kronik atau keadaan yang berkaitan dengan otak, sebaiknya berunding dengan doktor anda untuk diagnosis dan rawatan yang betul.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Pelakon jelita, Hannah Delisha semakin mendapat tumpuan ramai apabila tampil dengan imej berhijab sejak bulan September yang lalu.
Setelah hampir lima bulan, pelakon drama Tercipta Satu Ikatan ini dilihat telah memadam lebih 800 keping fotonya yang tidak menutup aurat di laman instagram miliknya @hannahdelisha.
Sehingga ke hari ini, hanya tinggal 198 keping gambar sahaja di laman instagramnya yang mempunyai hampir tiga juta pengikut dimana kebanyakan gambar tidak berhijab telah pun dipadam termasuklah ketika menjadi penghias majalah dan juga ketika berada di acara karpet merah.
Oleh itu, ramai yang memuji tindakan aktres berdarah kelahiran Singapura ini dan berharap dia akan terus istiqomah dalam tindakannya.
Sebelum ini, Hannah atau nama sebenarnya Hannah Adlina Blackburne Birch, 25, memaklumkan bahawa karakter lakonannya sebagai Amani dalam drama Cinta Sekali Lagi telah menguatkan lagi niatnya untuk tampil berhijab.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...