Kebanyakan penyakit sebenarnya bermula daripada pemakanan. Disebabkan itu, anda perlu menjaga pemakanan anda. Penyakit boleh dicegah dari dapur. Siapa kata menu yang ada di dapur tidak mempunyai sebarang kebaikan? Malah, ia mempunyai 1001 kebaikan yang pastinya anda tidak tahu.

Sekiranya anda kerap dijangkiti penyakit, cuba lihat kembali pemakanan anda. Sekiranya anda kerap mengambil makanan yang tidak berkhasiat, apa kata ubah cara itu. Hijabista senaraikan 7 pilihan makanan yang boleh anda dapati di dapur dan mempunyai manfaat besar untuk menentang penyakit.

1. Kubis Jeruk

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!Anda boleh mencuba hidangan ini kerana mengikut satu kajian pakar di Finland, makanan yang melalui proses penapaian akan menghasilkan beberapa sebatian yang boleh membantu menghalang penyakit. Jika anda membelinya di dalam tin, bilas kubis jeruk tersebut untuk mengurangkan natrium sebelum dimakan.

2. Bawang Putih

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!Bawang putih mengandungi sebatian sulfur yang boleh merangsang sistem imun semula jadi untuk menentang penyakit di dalam badan.

Ads

3. Brokoli

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!Brokoli merupakan makanan terbaik terutamanya dalam menentang kanser jika anda ambilnya setiap hari. Brokoli menjadi lebih baik jika dikukus untuk dijadikan kudapan, ditambah di dalam sup atau dijadikan salad. Elak masak di dalam microwave kerana ia dapat menghapuskan 97% flavonoids dalam sayuran tersebut.

4. Ikan Salmon

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!Sesiapa yang mengambil empat atau lebih hidangan salmon setiap minggu mampu menentang penyakit. Salmon, makerel, halibut, sardin dan tuna turut membantu mengurangkan risiko penyakit seperti kanser.

5. Buah Kiwi

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!

Ads

Buah kiwi sememangnya berkhasiat kerana ia kaya dengan vitamin C, vitamin E, lutein dan zat besi.

6. Teh Hijau

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!

Ads

Jadikan teh hijau sebagai tabiat sihat berbanding mengambil air kopi. Kehebatan teh hijau terbukti di Asia sejak beribu tahun terutamanya bagi masyarakat Cina yang sememangnya menjadikan teh itu sebagai hidangan wajib setiap hari.

7. Sos Perapan

Cegah PENYAKIT Dari DAPUR, Ini 7 MAKANAN Yang Perlu Anda Ambil. Barulah SIHAT!

Gunakan sos perapan untuk makanan bakar atau setiap kali anda lakukan aktiviti jamuan BBQ. Daging yang dipanggang atas api boleh mewujudkan pelbaga jenis bahan-bahan kimia yang boleh mengundang penyakit.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI