Cecah Usia 10 Bulan, Neelofa Teruja ‘Bilal’ Dah Mula Bertatih – “Dah Boleh Jalan Dah Dia, Empat Lima Langkah, Jatuh.”

Share

Umum sedia maklum usahawan yang juga selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Noor merupakan ibu kepada seorang cahaya mata, Muhammad Bilal.

Baru-baru ini, menerusi satu video yang dikongsikan oleh akaun Tik Tok Lofa.world selebriti jelita itu mengulas berkenaan perkembangan terkini anak lelaki sulungnya itu yang kini sudah pun berusia 10 bulan.

Bilal Dah Mula Berjalan – Lofa

@lofa.world perkembangan Bilal sekarang🤍 mashaAllah alhamdulillah 🤲🏻 #Neelofa #MashaAllah #fypシ
#FYP #MuhammadBilalHaris ♬ original sound – lofa.world

Dalam hantaran video berkenaan Neelofa berkongsikan perkembangan terkini Bilal yang sudah mula melangkah dan gemar ‘bereksplorasi’ dan asyik mengunjungi kamar Neelofa.

“Dah boleh jalan dah dia, empat lima langkah, jatuh. Sekarang ni dah sepuluh bulan hampir dua minggu, dah boleh jalan dah dia, adoi.

“Sekarang suka masuk bilik umi dia, sikit-sikit masuk bilik umi dia,” katanya.

Cepatnya Bilal Dapat Kaki!

Meninjau ruangan komen pada video berkenaan, Hijabista mendapati rata-rata peminat meluahkan rasa kagum dan teruja dengan perkembangan Bilal.

Malah, ramak juga diantara wargamaya yang terkejut dan tidak menyangka bahawa Bilal sudah mula berjalan apatah lagi usianya baru sahaja mencecah 10 bulan.

Pada masa yang sama, segelintir netizen memuji panggilan yang diberikan oleh Neelofa buat anaknya, dengan memanggil Muhammad. Mereka juga mendoakan agar Bilal menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua apabila dewasa kelak.

Artikel berkaitan: Cecah Usia 10 Bulan, Neelofa Teruja ‘Bilal’ Dah Mula Bertatih – “Dah Boleh Jalan Dah Dia, Empat Lima Langkah, Jatuh.”

Untuk Rekod, pada 27 Mac 2021, Neelofa telah mengakhiri zaman bujang bersama jejaka pikihan hatinya, pendakwah bebas yang juga pelakon, PU Riz di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur.

Pasangan merpati dua sejoli itu, kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Bilal yang dilahirkan pada 29 Januari 2022 sebagai penyeri hidup dan pengikat kasih sayang antara Neelofa dan Haris Ismail.

Artikel berkaitan: “Tembam Menjadi-Jadi!” – Netizen Tak Keruan Lihat Kegebuan Bilal

Sumber: Tik Tok Lofa.world & Instagram Neelofa

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Published by
Haifa Nasir