Semua wanita impikan lelaki beriman sebagai suami. Namun ramai wanita menyangka yang tugas mencari lelaki beriman sebagai calon suami ini susah. Jika ada pun sudah berkahwin dan ada anak. Ada juga dikalangan wanita ini yang masih keliru akan tanda-tanda seorang lelaki yang beriman. Sebenarnya ciri seorang lelaki beriman ini ada banyak dan salah satunya, dia berusaha menundukkan pandangannya.
Ciri-ciri lain untuk lelaki beriman ini adalah jujur, ikhlas, bertanggungjawab dan amanah. Lelaki beriman ini dimudahkan cerita adalah lelaki yang mempunyai akhlak yang baik. Mereka juga tidak akan mudah mempercayai sesuatu perkara dengan mudah sebagaimana Firman Allah SWT yang bermaksud;
“Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah (kebenarannya) dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.” (Al-Hujurat: 6)
Seorang lelaki yang bakal menjadi pemimpin seorang wanita haruslah seorang lelaki yang menjaga solatnya. Namanya manusia, solat adalah tiang agama. Sekiranya mereka seorang yang menjaga solat, pasti solat adalah keutamaannya. Bukan hendak mengatakan lelaki yang tidak menjaga solat ini kurang baik, tetapi solat adalah kewajipan setiap mukmin. Sekiranya mereka menjaga solat bermaksud mereka mampu membimbing anda ke Jannah bersama-samanya.
Senang sahaja anda hendak menguji seseorang itu tunaikan solat atau tidak dengan ketika keluar bersama (WAJIB ditemani oleh seorang mahram yang sudah baligh) sekiranya masih tidak mengajak wanita menunaikan solat bermaksud, dia bukanlah seorang lelaki yang menjaga solat. Tetapi, wanita harus diingati untuk menguji lelaki jangan pula anda meninggalkan solat. Sekiranya, terlihat tiada respond daripada mereka untuk menunaikan solat andalah yang perlu mengingatinya.
Sesungguhnya, lelaki yang sentiasa menghormati dan menyanyangi ibu bapa adalah lelaki yang akan sentiasa menghormati hak seorang yang bernama wanita. Bila sebut berkenaan penyanyang wanita akan berfikir lelaki tersebut “anak mak”. Kenapa sentiasa berfikiran seperti itu, tahukah wanita di luar sana syurga seorang lelaki adalah di bawah telapak kaki seorang ibu. Justeru itu, tidak salah sekiranya mereka menyanyangi ibu bapa mereka.
Kaum wanita perlu beringat, suatu hari anda akan bergelar ibu, mak, bonda, umi atau sebagainya. Adakah anda sanggup melihat seorang anak melebihkan isterinya berbanding seorang ibu? Seharusnya jawapannya tidak, jadi sekiranya anda tidak mahu anak anda melakukan perkara sebegitu janganlah anda melakukannya. Sesungguh lelaki yang menyanyangi ibu bapa adalah seorang lelaki yang penyanyang.
Lebih baik anda berkongsi kasih dan bermadu dengan ibu bapa mereka daripada anda berkongsi kasih dan bermadu dengan WANITA lain. Sesungguhnya mereka bukan “anak mak” tetapi adalah lelaki yang baik dan merupakan pilihan ramai yang sukar dicari. Percaya atau tidak, lelaki yang menyanyangi keluarganya akan menyanyangi anda sesungguhnya dan tidak akan mengabaikan wanita yang menjadi suri di hatinya.
Lelaki yang berani menjadi imam dalam solat fardu adalah suatu yang bonus. Lelaki adalah pemimpin, menjadi imam dalam solat fardu di rumah mampu mengeratkan hubungan silaturahim antara suami dan isteri. Selain itu, solat berjemaah juga mampu menambahkan pahala untuk diri sendiri dan keluarga. Disebabkan oleh itu, mendirikan masjid bukan mudah tetapi ianya memerlukan ilmu untuk melayarkan bahtera rumahtangga itu sendiri.
Sukar pada zaman kini untuk mencari lelaki dan perempuan yang betul-betul menjaga ikhtilat dalam ingin membina bahtera rumahtangga. Tetapi, sekiranya lelaki tersebut mampu menjaga ikhtilat semasa dalam sesi perkenalan maka dia adalah Mr Right anda. Tetapi perlu di ingatkan bukan lelaki sahaja yang perlu menjaga ikhtilat, wanita juga perlu menjaga ikhtilat semasa dalam perkenalan. Menjaga agama adalah tanggungjawab bersama bukan pada sebelah pihak sahaja.
Lelaki yang berani menegur akan kekurangan wanita adalah seorang lelaki yang mahu menjadi pemimpin. Bagi lelaki, mereka berhak menegur seseorang wanita yang bakal menjadi suri dihatinya. Sekiranya mereka mampu memperbetulkan segala kekurangan anda dengan cara yang baik, maka mereka sebenarnya mampu memimpin anda ke arah kebaikan. Sekiranya, anda telah berjumpa dengan seorang lelaki yang berani menegur dengan baik akan segala kekurangan anda, maka janganlah biarkan mereka terlepas.
BACA JUGA ARTIKEL INI: Menjemput Jodoh Hampir Dengan Anda, Amalkan Ayat 36 Surah Yasin. Elok Amalkan Secara Istiqomah!
Setiap wanita mahukan lelaki yang sabar dan bertolak ansur dalam setiap perkara. Justeru itu, lelaki yang sabar dan bertolak ansur ini adalah lelaki yang menjadi pilihan utama wanita. Sabar dan bertolak ansur bukanlah menunjukkan lelaki itu seorang yang soleh tetapi menunjukkan mereka adalah lelaki yang tidak akan membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Walaupun ianya bukanlah 100% menunjukkan ciri-ciri lelaki soleh, tetapi ianya adalah ciri-ciri lelaki idaman wanita.
Sekiranya lelaki tersebut bertanggungjawab akan kebajikan ibu bapanya, maka dia adalah seorang yang bertanggungjawab akan keluarganya. Tanggungjawab ini boleh dinilai melalui cara kerjanya, sekiranya dia seorang yang bertanggungjawab dalam menyelesaikan setiap tugasan yang diberikan dengan penuh amanah anda boleh menganggap beliau seorang yang bertanggungjawab.
Tetapi walaubagaimana sekali pun, tanggungjawab ini adalah sesuatu yang sukar untuk dinilai melalui mata kasar. Ianya hanya boleh dilihat apabila wanita tersebut sudah mengenali lelaki tersebut.
Cinta itu manis dan cinta itu juga adalah satu perasaan yang didatangkan oleh Allah SWT di dalam diri setiap manusia. Namun sayangnya ada ramai manusia yang fokus jatuh cinta pada pasangan hingga terlupa yang cinta Allah SWT itu lebih suci, lebih indah dan lebih agung. Cinta itu perlu namun ingatlah yang cinta dengan niat kerana Allah SWT adalah lebih tinggi darjatnya. Dalam hadis, Abu Hurairah ra menyebut katanya, Rasulullah SAW bersabda :
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka akan Aku beri naungan pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.” (Riwayat Muslim)