Cari Rezeki Di Perantauan, Cikgu Tak Sangka Terima Hadiah Hari Lahir Paling ‘Bermakna’ Dari Anak Murid!

Share

Demi mencari sesuap nasi dan rezeki, kadangkala seseorang itu perlu berkorban walaupun terpaksa berjauhan dari keluarga pada jarak lebih 1,000 kilometer (KM).

Begitulah halangan yang terpaksa ditempuh guru muda ini yang berasal dari Kedah ini demi berbakti pada negara mendidik anak bangsa.

Justeru, guru muda, Nor Hasnina Hatta, 24 mencipta kenangan indah buat dirinya sendiri, meraikan ulangtahun kelahiran bersama 21 orang anak muridnya. Ekoran tidak dapat pulang ke kempung halaman untuk tujuan itu

Jamu Anak Murid ‘Air Tangan’ Sendiri Pada Hari Lahir

@neynosss Simpan sini untuk kenangan mengajar anak2 pedalaman. Tak perlu mewah untuk bahagia 🫶🏻 #fyp #fypシ #teacherlife #pedalamansarawak ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Malah, lebih mangagumkan apabila Hasnina yang mahu berkongsi rezeki sanggup memasak sendiri sajian mi goreng lengkap dengan sayur dan protein, khas buat anak didiknya.

“Melihat murid saya menghabiskan mi goreng itu membuatkan saya gembira dan ini cara saya menghiburkan hati apabila jauh daripada keluarga, selain untuk menaikkan semangat.

Bagaimanapun, disebalik ketulusan tindakan itu, Husnina tidak menyangka bahawa anak muridnya telah memberikan kejutan buat dirinya apabila menerima hadiah hari lahir yang cukup bermakna.

“Mereka beri hadiah hari jadi yang paling bermakna antaranya termasuk timun dan rambutan, hasil tanaman keluarga,” ujarnya.

Menurut Hasnina dia ada memaklumkan kepada anak muridnya berkenaan ‘jamuan makan’ itu beberapa hari sebelum melaksanakanya, namun pemberitahuan itu bukan bertujuan agar mereka menyediakan hadiah untuknya.

Hasnina hanya mahu memastikan semua anak muridnya tidak ponteng dan hadir ke sekolah pada hari majlis berkenaan.

“Apabila mereka tanya begitu, saya berseloroh, ‘nak bawa (hadiah).. Bawa lah..”

“Namun itu hanyalah sekadar gurauan dan saya pesan kepada mereka berulang kali supaya tidak membawa apa-apa.. Hanya datang makan.

“Pada Isnin, hari jamuan itu, murid saya jelas teruja dan gembira melihat bungkusan makanan yang saya bawa. Saya pun seronok tengok reaksi mereka.

“Tak sangka mereka beri hadiah sambil ucap selamat hari lahir. Ada lebih 10 hadiah seperti makanan ringan, keropok, timun, limau dan rambutan,” jelasnya.

Artikel berkaitan: Tak Sangka Terima Hadiah ‘Kereta Control’ Dari Cikgu, Tindakan Pelajar Ini Buat Netizen Sayu!

Hasnina berkata dia berasa terharu dan menghargai hadiah yang diberikan oleh anak muridnya itu, meskipun bukan hadiah barangan berjenama dan bernilai.

@neynosss Replying to @pnaidahamri sorry lambat sikit unboxing. Semua hadiah terlalu comel and rasa sayang nak makan 🥹 #fyp ♬ Pretty song that imaged a sleeping baby – Azuline

Apa yang penting bagi Hasnina adalah tanda ingatan para pelajarnya itu telah berjaya menyentuh hati dan sanubarinya, sekaligus membuatkan itu hadiah paling bernilai yang pernah diterimanya.

“Murid kelas saya bukanlah daripada keluarga yang senang dan segelintir ibu bapa mereka petani. Itu membuatkan saya terharu dan anggap ini mungkin cara mereka ‘membalas’ masakan saya.

“Walaupun hadiah mereka tidak mahal tetapi saya sangat menghargainya. Timun itu diberikan murid perempuan yang beritahu ibunya sendiri bungkuskan untuk saya dan itu hadiah daripada dia dan ibunya,” katanya.

Terdahulu, Nor Hasnina memuat naik video di TikTok menunjukkan anak muridnya menikmati mi goreng yang dimasaknya sendiri dan dia menerima hadiah hari lahir.

Sumber: Harian Metro

Artikel berkaitan: Parodi Bila Cikgu Jadi Cashier & Pramugari Daripada Wanita Ini Buat Ramai Terhibur. Memang Boleh Relate!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Haifa Nasir