Pasti anda pernah ‘craving’ pada masa yang tak kena kan? Kadang-kadang, masa nak tidur jugak lah ‘craving’ macam-macam. Lepastu, mesti akan ‘craving’ nak makan makanan manis dan tak sihat. Aduh, hancurlah diet macamni!
‘Craving’ atau mengidam ini merupakan perkara biasa, bukannya untuk ibu mengandung sahaja ya. ‘Craving’ ini dicetuskan oleh sesuatu yang anda lihat, hidu atau dengar. Contohnya, malam-malam sedang anda menatal laman sosial media, tiba-tiba muncul iklan coklat, aiskrim, ‘mukbang’ makanan dan sebagainya. Selepas itu, mula lah rasa macam nak semua makanan tersebut!
Makanan manis seperti coklat dan aiskrim memang sedap. Tipulah kalau tak suka manis kan? Tengah malam juga lah nak ‘craving’ makan aiskrim Magnum, Cornetto, TopTen dan sebagainya. Walau bagaimanapun, makanan dengan terlalu banyak gula seperti ini tidak baik kerana ia akan menjejaskan kesihatan anda. Terlalu banyak makanan manis boleh menyebabkan anda menghidap diabetes dengan cepat. Bahaya!
Artikel berkaitan: Dah Kenyang Makan Tapi Masih ‘Craving’ Nak Makan Makanan & Minuman Yang Manis
Meninjau perkongsian dari femina, Pakar Pemakanan Anisha V Ranjan mengatakan bahawa ‘craving’ atau mengidam ini disebabkan oleh perubahan hormon terutamanya semasa haid. Apabila seorang wanita mula datang haid, tahap estrogen dan serotonin dalam badan mulai menurun. Serotonin adalah bahan kimia dalam otak yang bertindak untuk menenangkan dan melegakan. Jadi apabila parasnya turun, ia mencetuskan keinginan untuk makanan berkarbohidrat tinggi, tinggi lemak seperti kek, coklat, kerepek kentang dan biskut.
Ha…pasti anda sudah mula risau kan? Iya lah, takkan setiap bulan kita asyik nak layankan ‘craving’ sahaja. Dahlah mampu beri kesan pada kesihatan, malahan terpaksa berhabis duit juga. Namun anda jangan risau, ada beberapa saranan dan strategi untuk membantu anda menepis ‘nafsu’ makan ini.
Kajian menunjukkan bahawa kekurangan tidur akan menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang akan menyebabkan ‘food craving’. Tidur yang tidak cukup meningkatkan rasa lapar, terutamanya keinginan untuk benda manis dan makanan ringan. Ia menggalakkan rembesan ‘ghrelin’, iaitu hormon yang mengawal rasa lapar, dan meningkatkan selera makan. Bahkan, ia boleh membuat anda berasa cepat marah, letih dan resah. Kurang tidur juga menekan ‘leptin’, iaitu hormon yang mengawal penyimpanan lemak. Semakin lama anda kurang tidur, semakin teruk ‘craving’ anda. Oleh itu, anda perlu tidur dengan cukup, kalau mulai terasa ‘craving’ tengah malam, terus sahaja ke katil dan tutup mata sehingga lelap.
Tahukah anda yang ‘stess’ juga mampu meningkatkan selera makan dan ‘craving’? ‘Stress’ mencetuskan keinginan untuk makanan yang meningkatkan tenaga dan keseronokan, seperti makanan masin, manis dan bergoreng. Anda perlu tahu bahawa emosi juga boleh menjadi faktor yang mewujudkan rasa mengidam terutama jika seseorang individu itu makan untuk memberikan ketenangan kepada diri. Contohnya, apabila bila anda stress dengan kerja, anda akan ‘labelkan’ makanan ini sebagai ‘comfort food’.
Tekak rasa nak manis sebenarnya petanda tubuh anda dahagakan air! Oleh itu, pastikan badan anda menerima air yang secukupnya dari terus dihidrasi. Dehidrasi menjadikan badan anda lebih sukar untuk menukar glikogen kepada tenaga. Glikogen adalah bentuk glukosa yang ditukar yang disimpan dalam otot dan hati. Apabila glikogen habis, badan memerlukan gula untuk tenaga. Jadi, lain kali jika anda terasa mengidam manis atau gula, minumlah segelas air. Ia membantu anda menahan dan menepis keinginan gula anda.
Makanan sihat seperti buah-buahan, kacang dan sayur-sayuran adalah makanan ringan yang sihat, tetapi ia tidak selalunya cukup mengenyangkan untuk membuatkan anda terjaga dan bertenaga selama berjam-jam. Ramai orang memerlukan makanan kaya protein seperti telur, lentil, kacang ayam, dan tauhu untuk berasa kenyang dan bertenaga sehingga hidangan seterusnya. Makanan yang kaya dengan protein membuatkan anda kenyang lebih lama. Oleh itu, makanlah lebih banyak protein.
Sebab utama anda sering mengidam makanan ialah kerana anda tidak konsisten dengan rancangan makan anda. Oleh itu, jangan pernah langkau sarapan pagi anda dan makanlah tepat pada masanya. Mulalah menambah makanan seperti beri, ubi keledek dan kurma ke dalam rancangan makan anda kerana makanan ini mengandungi jumlah serat, protein, antioksidan dan banyak lagi sebatian lain yang membantu mengawal ‘craving’. Jadi kalau anda ‘craving’ pun anda akan cari altenatif lain yang lebih sihat seperti kacang, bijirin ataupun ‘dark chocolate’.
Menurut perkongsian dari Hello Doktor, mengunyah gula-gula getah membuat mulut anda “sibuk” dan mengurangkan keinginan untuk makanan manis dan masin. Menurut satu kajian, mereka yang mengunyah gula-gula getah berasa kurang lapar, kurang mengidam makanan ringan, dan berasa lebih kenyang berbanding mereka yang tidak mengunyah gula-gula getah. Ha, selepas ini boleh lah sediakan gula-gula getah sebagai persediaan.
Artikel berkaitan: Diet Tapi Craving Nak Makan Snek, Ini Yang Sihat Untuk Tingkatkan Imuniti Ketika Pandemik
Begitulah sikit sebanyak penyebab craving dan cara untuk mengelakkannya. Sesekali kalau anda mahu ‘melayankan’ craving ini tidak mengapa, namun berkali-kali anda tewas ia boleh jadi punca kenaikan berat badan. Adalah baik untuk mengekang pengambilan makanan manis supaya tidak membahayakan kesihatan anda. Kalau tak cukup dan nak makan banyak, boleh guna alternatif lain yang lebih sihat.
Sumber info dan gambar: Femina, Hello Doktor, Google dan Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.