Minum air kosong, sama ada air mineral, air bertapis ataupun air masak adalah cara mudah untuk meningkatkan kesihatan di samping boleh membantu untuk kuruskan badan dengan cepat. Ia juga membantu penghadaman. Penghadaman yang lancar baik untuk kesihatan secara keseluruhan. Dalam masa yang sama, perut kita akan rasa ‘penuh’.
Walaupun panggilannya ‘air kosong’, kelebihannya sangat ‘power’ sebenarnya. Jika anda terasa hendak mengunyah, cubalah minum segelas penuh air kosong terlebih dahulu.
Berikut perkongsian bermanfaat tentang kelebihan diet dengan air kosong.
Kenapa ada orang susah sangat nak turun berat badan? Senaman dah buat, diet pun dah sampai ada yang sanggup tak makan nasi berbulan-bulan malah bertahun-tahun. Jangan dera diri sendiri hanya untuk cantik ya.
Di sini kami kongsikan satu petua turunkan berat badan yang sangat mudah. Caranya mudah sahaja. Turunkan berat badan dengan air kosong. Air kosong? Ya, air kosong, senang nak dapat dan paling murah.
Air kosong adalah sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dengan mengamalkan minum air yang banyak setiap hari, anda dapat mengurangkan berat badan dengan mudah dan murah tanpa memerlukan bantuan ‘supplement’ atau pembedahan.
Petua Turunkan Berat Badan Dengan Air Kosong
1) Jumlah air kosong yang perlu diminum sehari dalam unit ml = (40 X berat badan dalam kg) + 500 ml
Contoh pengiraan:
Berat badan Amy ialah 75 kg.
(40 X 75) + 500 = 3620 ml
Amy perlu minum air sekurang-kurangnya 3620 ml atau 3.62 liter air kosong sehari untuk menyeimbangkan berat badan.
2) Minum tambahan air kosong sekali ganda dari air berperisa yang diminum.
Contoh:
Amy minum segelas air teh tarik di restoran mamak. Jadi Amy perlu minum tambahan segelas air kosong untuk menyeimbangkan berat badan.
Sebenarnya tidak susah untuk minum air kosong yang banyak. Minum air kosong sedikit demi sedikit dengan kerap. Contohnya minum segelas air setiap setengah jam. Untuk memudahkan sukatan, guna botol mineral kecil 500 ml untuk sukatan. Jika anda perlu minum 3500 ml, anda perlu minum sebanyak sukatan 7 botol mineral kecil.
Sumber kredit: infopelajar2u.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI