Barangan kulit memang jadi pilihan hijabi kerana kualiti serta sifatnya yang tahan lama. Namun jika tidak kena gaya penjagaannya akan menyebabkan barangan kulit ini cepat rosak. Periksa item fesyen seperti kulit yang ada dalam almari anda untuk dikemas kini agar boleh digayakan semula. Rata-rata ramai yang menggunakan pencuci biasa untuk menghilangkan kesan kotoran pada produk kulit.
Namun, inisiatif ini penyebab sisa pencuci menutup permukaan liang-liang hingga menjadi kering dan pecah-pecah. Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.