countour

Rasanya makeup kurang lengkap tanpa penggunaan contour, teknik contour hidung menjadi andalan buat anda yang ingin mempertegas bentuk hidung agar terlihat lebih mancung.

Contour hidung sendiri memiliki cara khusus yang perlu anda ketahui agar hasilnya tidak terlihat berlebihan. Buat anda yang tertarik untuk shading atau contour hidung, ini 5 cara shading hidung yang betul agar kelihatan mancung dengan semulajadi.

Ini cara shading hidung yang betul agar mancung semulajadi.

1. Produk shading dan makeup tool yang diperlukan

Cara Shading Hidung Yang Betul Agar Kelihatan Mancung Semulajadi. Ini Cara Pantas Bella Park

Sebelum memulakan shading hidung atau contouring, anda harus mempersiapkan produk dan berus yang diperlukan. Produk makeup yang diperlukan untuk shading hidung iaitu cream atau powder contour, concealer dan highlighter. Jenis produk ini boleh disesuaikan dengan jenis dan warna kulit dan akhirnya anda dapat hasil yang diinginkan.
Jika kulit kering gunakan contour cream yang digunakan setelah mengaplikasikan foundation. Manakala untuk kulit berminyak, gunakan contour powder yang boleh anda gunakan setelah menggunakan bedak.

Makeup tools yang diperlukankan untuk contour hidung iaitu, concealer brush, shading brush, small blending brush dan makeup sponge. Concealer brush berguna untuk mengaplikasikan concealer di area tulang hidung, shading brush berfungsi untuk menghasilkan ilusi bayangan pada hidung dan mempertegas bentuknya. Anda juga memerlukan small blending brush untuk membuat contour agar tampak lebih smooth.

2. Membuat garis pada tepi hidung untuk memberi ilusi bayangan

Cara Shading Hidung Yang Betul Agar Kelihatan Mancung Semulajadi. Ini Cara Pantas Bella Park

Ads

Langkah awal contour hidung, aplikasikan contour cream yang berfungsi untuk menciptakan ilusi bayangan pada kedua sisi tulang hidung. Jika tidak ada cream contour, anda juga boleh menggunakan concealer atau foundation yang warnanya dua tone lebih gelap dari warna asal kulit anda.

Aplikasikan cream contour menggunakan berus eyeshadow yang bulunya memiliki hujung yang runcing untuk mempermudahkan anda ketika membentuk garis tipis di antara batang hidung.

3. Aplikasikan concealer yang warnanya lebih terang pada bahagian batang hidung

Cara Shading Hidung Yang Betul Agar Kelihatan Mancung Semulajadi. Ini Cara Pantas Bella Park

Ads

Supaya terlihat lebih tegas, anda juga perlu mengaplikasikan concealer yang warnya lebih terang dari warna kulit. Fungsi concealer ini mampu highlight area batang hidung agar telihat lebih tinggi dan menciptakan gradisi warna yang betul.
Aplikasikan concealer dengan menggunakan concealer brush dan sapukan hingga hasilnya smooth dan tidak ada harsh line. Dap concealer tipis sahaja supaya tetap kelihatan natural.

4. Sebatikan garis contour menggunakan makeup sponge supaya hasilnya tampak natural

Cara Shading Hidung Yang Betul Agar Kelihatan Mancung Semulajadi. Ini Cara Pantas Bella Park

Setelah membentuk garis yang tepat untuk bentuk hidung anda, sebatikan contour cream dan concealer dengan menggunakan makeup sponge. Sebatikan contour dengan menggunakan makeup sponge akan lebih mudah dan cepat sebati sehingga hasilnya smooth dan natural.

Ads

Sebatikan garis contour yang sudah dibentuk dengan gerakan dap-dap, hindari gerakan geseran agar ilusi warna gelap dan dan terang tidak terhapus dan tergeser oleh makeup sponge. Jangan lupa gunakan makeup sponge dengan keadaan yang lembap.

5. Set menggunakan bedak padat agar tahan lama

Cara Shading Hidung Yang Betul Agar Kelihatan Mancung Semulajadi. Ini Cara Pantas Bella Park

Apabila anda menggunakan produk yang bertekstur cream, tentunya anda perlu menguncinya menggunakan bedak padat. Ini kerana area hidung lebih mudah berminyak, cara ini tidak boleh lewatkan supaya contour yang anda gunakan tidak mudah luntur.

Setelah menguncinya dengan menggunakan bedak, aplikasikan highlighter di area batang hidung agar terlihat mancung dan glowing. Gunakan highlighter yang warnanya natural seperti light gold atau gold champagne supaya hasilnya sebati dengan warna asal kulit anda.

Tonton Cara Bella Park Shading Hidung Dengan Pantas:

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI