Cara Penjagaan Rambut Walaupun Berhijab Dan Memakai Aksesori Rambut.

Share

Tidak salah tau kalau anda berhijab dan suka memakai aksesori lagi-lagi bila berada dirumah. Korang tahu tak sebenarnya kalau nak pilih aksesori pun ada tip tau supaya rambut tak rosak! Buat yang memakai hijab, semestinya kita nak jaga betul-betul rambut tu walaupun di luar anda menutup aurat.

Cekak rambut, getah rambut, klip besi untuk rambut sebenarnya boleh menjadi penyebab rambut anda rosak tanpa disedari. Terutama sekali buat mereka yang berhijab kerana sudah seharian memakai hijab. Jangan risau, anda hanya perlu pandai memilih aksesori yang baik untuk rambut dan kulit kepala.

Penggunaan aksesori rambut yang betul, dapat membantu mengelakkan rambut tercabut secara tidak sengaja. Jika sayangkan rambut dan tak nak rambut botak, gunakanlah aksesori yang selamat terutama sekali buat para hijabis!

Pilih aksesori dengan betul

Penggunaan aksesori yang betul dapat mengelakkan rambut dari rosak. Terutama sekali buat kita para hijabis yang memakai tudung lebih 8 jam sehari. Malah, anda dinasihatkan untuk mengetahui jenis rambut anda untuk mengelak daripada rosak. Sentiasalah rawat rambut rosak dan memakai produk yang betul.

1. Gunakan cekak rambut kain

Buat para hijabi, ketika anda berada di rumah gunakan seeloknya cekak rambut kain. Ambil cekak rambut yang diperbuat daripada material microfiber. Malah cekak jenis ini bukan sahaja selesa untuk dipakai setiap hari tetapi ianya lembut dan tidak merosakkan rambut.

2. Ikat rambut menggunakan Scrunchie

Ramai yang kini menggunakan scrunchie untuk mengikat rambut kerana nampak comel dan bergaya. Rupanya, scrunchie dapat mengelak daripada rambut gugur. Scrunchie yang terbaik adalah scrunchie yang diperbuat daripada sutera. Ianya sangat lembut dan tidak akan menyebabkan rambut gugur tetapi harganya agak mahal. Anda boleh menggunakan scrunchie 

yang diperbuat dari kapas juga.

3. Elak memakai aksesori terlampau lama pada rambut anda.

Pakai hijab sahaja sudah lama jadi anda juga tidak digalakkan memakai terlampau lama. Walau bagaimanapun, pengunaan yang terlalu kerap dan lama boleh menyebabkan rambut rosak dan putus. Selain itu, ia boleh menyebabkan rambut anda berisiko bergumpal dan menjadi kusut. Pastikan apabila anda memakai hijab, anda tak perlu untuk memakai aksesori pada rambut. Cukup sekadar memakai getah rambut untuk membantu mengikat rambut anda.

Artikel Berkaitan: Aksesori Genius Ini Jadikan Pelitup Muka Anda Lebih Selesa DiPakai Bersama Hijab

Elakkan juga untuk membuka perhiasan dengan berhati-hati untuk mengelakkan kerosakan rambut.

4. Pilih pin dan klip rambut dengan betul

Pastikan anda memilih klip rambut yang betul dan tidak merisikokan rambut untuk rosak. Klip rambut besi sangat tidak digalakkan kerana ia akan merosakkan rambut anda. Pastikan anda tidak memakai klip rambut yang tajam, jadi tukarkan kepada klip yang diperbuat daripada getah atau kain.

Artikel Berkaitan: Tabiat Membasuh Rambut Setiap Hari! Kulit Kepala Belum Sempat Bernafas Dah….

Pastikan juga anda tidak tidur dengan klip rambut. Ini untuk mengelakkan rambut daripada rosak, tercucuk atau melukakan kulit kepala anda.

Akhir kata, pastikan anda menjaga rambut dengan baik supaya rambut kekal sihat dan tidak mudah rosak. Jika anda mempunyai masalah atau keraguan tentang kulit kepala dan rambut gugur yang teruk boleh berjumpa dengan pakar supaya anda mengetahui masalah rambut anda. Pakai hijab bukan penghalang untuk kita menjaga rambut ya!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Nenaa M.