Tempoh PKP dilanjutkan agak menimbulkan kesulitan untuk hijabi mencetak kertas kerja, malah bagi mereka yang mempunyai anak kerja sekolah tak putus-putus di beri oleh guru-guru melalui aplikasi whatapp dan telegram.
Apa yang merumitkan, ibu bapa terpaksa berkongsi laptop bersama anak dan ada juga sanggup melaburkan duit membeli peranti baru. Melalui satu perkongsian dari laman Facebook lelaki ini Fizie JoeKer, ibu bapa tidak perlu membeli peranti lain dan tidak perlu berkongsi peranti dengan anak-anak bagi menyelesaikan tugasan kertas kerja.
Langkah mudah ini caranya:
Hari ni abang nak share satu ilmu macam mana nak print-out daripada hp direct ke printer, tak payah pakai laptop & tak payah beli printer wireless/wifi yang mahal-mahal tu..😊😊
Abang faham musim PKP ni ramai parent yang pening kepala sebab nak print-out kerja sekolah anak-anak yang cikgu bagi by whatsapp group.. Ada yang sampai nak beli laptop & printer wifi yang mahal tu..jangan…jangan bazirkan duit tu.. ada solution nya…😅😅
Ads
Ok mula-mula korang kena ada 3 benda alah ni..
✅ Printer (tak kisah jenama apa,yang murah punya pun boleh)
✅ Cable OTG (korang boleh beli kat Eco/Ninso/DIY)
Ads
✅ Apps PrinterShare Mobile Print (korang kena download kat hp korang,cari kat dalam playstore)
Ok bila dah ready semua tu sambungkan cable USB printer ke cable OTG, lepas tu cucuk ke hp korang, ikut arahan PrinterShare tu untuk setting.. Siaapppp!!! 😁😁
Ads
Senang je kan.. Tak payah bazir duit nak beli printer yang mahal-mahal tu.. Ok kalau rasa ilmu ni bermanfaat korang boleh share.. tak payah mintak izin.. dipersilakan.. ermm😑
SEmoga perkongsian ini memudahkan ibu bapa untuk menyelesaikan kertas kerja anak-anak yang work from home pun boleh pratikkan. Selamat mencuba!
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download sekarang di
Sebut sahaja ‘Gadis Trivago’ terus teringat iklan aplikasi percutian yang sangat popular suatu ketika dulu.
Dahlia Shazwan, wajah yang sering muncul di kaca televisyen setiap kali iklan tersebut disiarkan.
“Hotel? Trivago” inilah tagline popular Dahlia Shazwan sehingga menjadi ikutan ramai.
Setelah mendirikan rumah tangga dan dikurniakan seorang cahaya mata, pemilik nama penuh Dahlia Shazwan Mohd Amin ini ‘berhijrah’ secara perlahan-lahan dengan berhijab.
Kisah penghijrahan itu turut dikongsi Dahlia Shazwan menerusi saluran YouTube miliknya.
Kini, Dahlia aktif sebagai pengacara dan penerbit.
Biarpun berhijab tetap tidak menghalang Dahlia Shazwan untuk berfesyen.
Ibu anggun berusia 36 tahun ini lebih selesa memilih gaya Muslimah yang ringkas dan longgar tetapi stylish.
Begitu juga dengan gaya hijabnya yang mudah serta sesuai dipadankan dengan pelbagai jenis outfit yang kebanyakannya terdiri daripada warna-warna natural.
Kesedaran terhadap amalan menabung sejak usia muda adalah sangat penting. Bagi ibu bapa, didikan tentang tabiat menabung boleh membantu anak-anak celik wang sehinggalah ke hari tua mereka.
Di samping itu, amalan menabung turut membantu seseorang itu menghadapi saat-saat kecemasan. Justeru, seseorang itu perlu sentiasa bersedia menghadapi kesukaran dalam kehidupan seharian.
Berikut beberapa tip untuk anda membuat simpanan: –
1) Perlu ada simpanan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam bulan. Jika berlakunya kecemasan kita ada simpanan enam bulan itu untuk meneruskan kehidupan.
2) Mula menyimpan ketika anak-anak masih kecil. Anak-anak yang berumur satu hari pun sudah boleh membuka akaun di Simpan SSPN.
3) Menyimpan di tempat-tempat yang selamat, dipercayai dan memberi pulangan berganda.
Manfaat & Keistimewaan Simpan SSPN
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) memperkenalkan Simpan SSPN pada tahun 2004 untuk menggalakkan ibu bapa membuat perancangan kewangan awal khususnya bagi tujuan pendidikan tinggi anak-anak mereka.
PTPTN juga sentiasa komited melaksanakan pelbagai insentif bagi memastikan ibu bapa mempunyai perancangan kewangan seawal yang boleh.
Simpan SSPN menawarkan pelbagai keistimewaan dan manfaat kepada pendeposit. Ia merupakan satu-satunya produk simpanan yang menawarkan manfaat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM8,000 setahun.
Ibu bapa sebagai pendeposit Simpan SSPN layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih sehingga RM8,000 setahun setiap seorang sekiranya membuat taksiran cukai secara berasingan.
Manakala, ibu bapa sebagai pendeposit yang membuat taksiran cukai bersama layak mendapatkan pelepasan taksiran cukai pendapatan sehingga RM8,000 setahun untuk satu pasangan.
Selain itu Simpan SSPN turut memberi perlindungan takaful percuma ke atas pendeposit, Geran Sepadan sehingga RM10,000 untuk satu keluarga yang layak, kadar dividen yang kompetitif serta simpanan yang dijamin kerajaan dan patuh syariah.
PTPTN turut mengadakan Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 yang bakal berakhir pada 31 Disember 2024. Kempen ini adalah sebagai tanda penghargaan PTPTN kepada rakyat Malaysia kerana memilih Simpan SSPN sebagai pilihan utama untuk simpanan.
Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024 menawarkan pelbagai kategori cabutan. Terdapat enam cabutan siri untuk disertai oleh semua pendeposit iaitu:-
1) WOW! Gong Xi Ang Pow
2) WOW! Syoknya Raya
3) WOW! Kasih
4) WOW! Merdeka
5) WOW! Superheroes
6) Cabutan WOW! Tahunan
Mudah je nak sertai Kempen Cabutan WOW! Simpan SSPN 2024, anda cuma buka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen. Hadiah yang diberikan juga cukup lumayan dengan jumlah keseluruhan bernilai lebih RM1.3 juta untuk dimenangi oleh 983 orang pemenang.
Pembukaan akaun Simpan SSPN atau penambahan deposit simpanan boleh dibuat secara dalam talian melalui aplikasi myPTPTN (https://myptptn.ptptn.gov.my/ptptn/app/landing) dengan lebih mudah, cepat dan selamat.
Justeru, amalan menabung menjamin masa depan jika seseorang itu bijak merancang perbelanjaan dan simpanan mereka.
Tunggu apa lagi, mula menabung sekarang di Simpan SSPN. Rebut peluang keemasan ini demi jaminan masa depan yang lebih cerah!
Kata orang, tak kenal maka tak cinta. Begitulah ungkapan yang sering dizahirkan oleh saudara baru tentang Islam. Mereka yang baru memeluk agama Islam ini seperti dilahirkan semula tanpa dosa dan seperti kain putih yang suci bersih.
Alhamdulillah, gembira rasanya setiap kali membaca kisah saudara kita yang baru memeluk agama Islam. Benarlah, hidayah itu datang dalam pelbagai cara. Seperti kisah seorang lelaki berusia 21 tahun ini, yang memilih untuk memeluk Islam selepas tersentuh dengan budi baik yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Muslimnya.
Kisah penghijrahan dan pengalaman seorang lelaki yang bernama Muhammad Farhan ini telah turut dikongsikan dalam sebuah buku yang diterbitkan bertajuk A Reverent Journey: Masjid Omar Kampong Melaka: 1820-2020.
Menurut Berita Harian Singapura, Muhammad Farhan Yoong atau nama sebenarnya Yoong Chun Keat pada awalnya mendapat pendedahan awal mengenai agama Islam apabila sering menumpangkan rakan-rakan Perkhidmatan Negara (NS) daripada anggota polis Singapura ke masjid untuk menunaikan solat.
Ujar Farhan, dia mula mengenali keindahan Islam selepas penyelianya Fadzil Abdul Rahman(yang merupakan Setiausaha Masjid Omar Kampong Melaka pada waktu itu) memperkenalkannya kepada jemaah masjid hingga dia menurut serta menjadi sukarelawan masjid berkenaan.
Jemaah di masjid tersebut telah menerimanya dengan tangan terbuka dan penuh mesra. Semangat ukhuwah inilah yang membuatkan Muhammad Farhan sanggup menjadi sukarelawan masjid berkenaan dan mengembil bahagian dalam kerja kemasyarakatannya yang melibatkan membantu kelas Quran di kawasan perumahan Jalan Kukoh.
“Melihat teman Muslim saya membantu orang lain, saya menyedari melakukan kebaikan adalah sebahagian besar cara kehidupan masyarakat Islam.
“Mereka tidak mengasingkan agama daripada kehidupan, semuanya menjadi satu.
“Terdapat cara yang betul untuk melakukan perkara tertentu dan ia menjadi sebahagian hidup anda. Pendekatan sebegini adalah yang saya cari-cari. Justeru, saya menghadiri kursus agama dan akhirnya memeluk Islam,” memetik kata-katanya dalam buku yang telah diterbitkan.
Tambah Muhammad Farhan, dia tidak merasa kekok apabila dikelilingi oleh masyarakat Islam yang tidak penat menunjukkan kegigihan dalam membantu golongan yang memerlukan di flat perumahan sekitar Jalan Kukoh.
Selain itu, dia turut berkongsi bahawa dia turut membantu mengambil guru agama bagi kelas Al-Quran dari rumah ke masjid beserta membawa makanan untuk pelajar dan sebagainya.
“Kami bukan sahaja membantu orang Muslim. Kami juga mengusahakan agar warga emas daripada semua kaum mendapatkan pemeriksaan perubatan percuma. Kami juga mendidik mereka tentang isu seperti risiko terjatuh.
“Hotel Seacare berdekatan menyediakan lokasi untuk pemeriksaan perubatan ini. Mereka yang hadir termasuk jemaah Masjid Omar Kampong Melaka.
“Saya kini buat lebih daripada setakat kerja kemasyarakatan untuk masjid ini – segala yang saya buat mencorak hidup saya menjadi insan yang lebih baik,” jelasnya.
Berkongsi mengenai latar belakang pendidikan, Farhan terdahulu bersekolah di sekolah swasta dan dibimbing guru-guru daripada latar belakang antarabangsa pada peringkat sekolah menengah dan posmenengah atas keinginan ibu bapanya yang mendapat pendidikan luar negara (bapanya lulusan institusi di United Kingdom manakala ibunya mendapat pendidikan di Australia).
Muhammad Farhan turut menggambarkan dirinya sebagai seorang yang mempunyai pemikiran terbuka dan seimbang dalam membantu menjadikan dunia tempat yang lebih baik.
“Kalau ada masalah, saya cuba sebaiknya menghuraikannya. Orang kata buat kesilapan itu baik (agar dapat belajar daripada kesilapan).
“Tetapi saya secara peribadi berasakan tidak baik pula kalau saya bikin silap. Jadi saya cuba elakkan kesilapan.
“Saya bersikap optimistik, rasanya. Saya selalu meninjau cara bagaimana perkara tertentu dapat dilakukan dengan lebih baik lagi,” tambahnya.
Sekadar info, Farhan merupakan salah seorang belia yang telah menerima watikah pelantikannya sebagai anggota LPM Masjid Omar Kampung Melaka; masjid tertua di Singapura setelah 10 bulan memeluk islam.
Cloud skin ialah trend solekan lembut yang memberi efek kulit halus, segar dan natural. Ketahui cara hasilkan kemasan makeup yang nampak mahal dan elegan.