Cepat dan terletak cantik, ini cara mudah gosok tudung pleated kesayangan pakai seterika rumah, barulah lipatan maintain kemas macam baru dibeli.
Gaya tudung pleated kian diminati hijabista lantaran sifatnya yang mudah dibentuk dan tidak perlukan penjagaan rumit. Ada segelintirnya tak perlu digosok, menjadikan tudung pleated senang dibawa travel atau dipakai harian.
Namun jika dilipat, pastilah ada ‘garisan’ atau kedut yang minimal, kan? Sebenarnya tak susah pun nak menggosoknya, anda boleh lakukan dengan mudah tanpa merosakkan pleated tudung hanya dengan menggunakan seterika rumah.
Melalui perkongsian jenama tudung Carmelita, anda boleh menggunakan seterika biasa, steam iron atau garment steamer untuk merapikan tudung pleated.
Ads
3 CARA MUDAH GOSOK TUDUNG PLEATED
(1) Seterika Rumah
Ads
Sediakan seterika: Pastikan seterika dalam keadaan bersih dan suhunya sesuai untuk fabrik tudung pleated anda.
Letakkan tudung: Bentangkan tudung pleated di atas papan seterika.
Gosok perlahan: Gosok permukaan tudung pleated dengan perlahan dan pastikan seterika rumah tidak ditekan terlalu kuat. Gerakan seterika harus ringan untuk mengelakkan kerosakan pada lipatan.
(2) Steam Iron
Ads
Sediakan steam iron: Gunakan steamer yang berkualiti untuk hasil yang terbaik.
Tetapan wap: Mulakan mengewap tudung pleated dengan perlahan. Mengewap adalah cara yang lembut dan berkesan untuk melicinkan kedut tudung pleated tanpa menghilangkan lipatan semula jadinya.
Tidak menekan kain: Elakkan menekan tudung pleated dengan steam iron. Biarkan wap bekerja untuk melicinkan lipatan tanpa merosakkannya.
(3) Garment Steamer
Steamer berdiri: Jika anda menggunakan garment steamer berdiri, ia lebih memudahkan anda untuk melihat dan mengemaskan kedutan pada tudung pleated.
Cara penyimpanan yang betul seperti menggantung tudung pleated selepas dibasuh dapat memelihara kecantikan tudung kesayangan anda tanpa merosakkan lipatan.
Barangan kulit memang jadi pilihan hijabi kerana kualiti serta sifatnya yang tahan lama. Namun jika tidak kena gaya penjagaannya akan menyebabkan barangan kulit ini cepat rosak. Periksa item fesyen seperti kulit yang ada dalam almari anda untuk dikemas kini agar boleh digayakan semula. Rata-rata ramai yang menggunakan pencuci biasa untuk menghilangkan kesan kotoran pada produk kulit.
Namun, inisiatif ini penyebab sisa pencuci menutup permukaan liang-liang hingga menjadi kering dan pecah-pecah. Ayuh, ikut langkah demi langkah ini untuk memastikan barangan kulit anda terjaga sebaiknya.
Kaedah Disarankan:
1. Elakkan guna tisu untuk membersihkan kesan kotoran. Serpihan dari tisu akan melekat pada material kulit.
2. Jika terdesak, cuka dan perahan lemon dapat menyingkirkan kotoran dengan segera.
3. Minyak dari buah zaitun atau kelapa dapat membersihkan kotoran yang melekat sekali gus mengekalkan kelembapan kulit.
4. Pastikan anda melakukan ujian pada bahagian kecil dan tidak terlalu kelihatan.
5. Campuran air mineral dan sabun bayi atau sabun cuci muka dengan nisbah 8:1. Basahkan campuran itu pada kain mikro fiber atau span. Kemudian, usapkan pada kawasan kulit yang terkena kotoran.
6. Biarkan material kulit yang basah kerana terkena air hujan atau selepas dibersihkan, mengering secara semula jadi. Elakkan menjemur di bawah sinaran matahari kerana warna produk akan pudar.
Ini Yang Perlu Anda Buat:
– Gilap setiap tiga hingga empat bulan sekali.
– Bersihkan kotoran dan debu sebelum menggilap. Kotoran yang melekat tanpa disedari akan mengikis permukaan kulit dan timbulnya calar.
– Agar pori-pori kulit boleh bernafas dengan baik, elak gunakan kotak dan beg dari plastik untuk storan.
– Elakkan penggunaan produk yang mengandungi pelarut petroleum dan silikon punca kotoran sukar dihilangkan dan merosakkan tekstur kulit.
– Gunakan berus khas untuk mencegah perubahan warna pada bahan kulit.
– Untuk menghilangkan kesan debu atau contengan pensel, segera bersihkan dengan pemadam dari getah yang kenyal.
– Simpan item kulit dalam beg kapas dengan pengudaraan udara yang baik. Letakkan pada kawasan yang jauh daripada udara lembap bersama dengan silika gel.
– Pastikan produk kulit tidak digayakan semasa hujan.
– Khas untuk hilangkan kesan minyak, segera taburkan tepung jagung dan biarkan hingga 10 jam agar kandungan minyak diserap sepenuhnya.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Kebiasaannya wanita bila datang period, perangai mereka memang lain macam sedikit. Kadang-kadang boleh jadi marah tak tentu pasal ataupun berlaku kemurungan dan hanya mengunci diri dalam bilik.
Pada ketika inilah kaum wanita menyimpan rahsia tersendiri yang hanya dapat dibaca melalui bahasa tubuh.
Memang jarang kaum wanita mahu secara terbuka bercerita masalah yang satu ini kepada pasangan mereka. Jom kita ketahui apa rahsia di sebalik bahasa tubuh mereka supaya boleh bersedia dengan sebarang kemungkinan.
23 Tabiat Wanita Setiap Kali Period
1. Memeriksa darah beku di atas kertas tandas selepas menyapu.
2. Memeriksa tuala wanita selepas mengeluarkannya.
3. Pad berlapis untuk membuat “penyokong pad” supaya anda tidak bocor di malam hari.
4. Pam tandas beberapa kali kerana bimbang ada garis-garis kecil darah masih ada dalam air.
5. Merasakan pembekuan darah hanya berlaku semasa anda berada di tandas.
6. Jadi terpaksa melakukan mini-run untuk menyembunyikan seluar dalam anda.
7. Menyeludup pad dalam perjalanan ke bilik mandi.
8. Duduk dalam tandas dan tertanya-tanya jika anda mengalami kebocoran atau Ms V anda hanya berpeluh.
9. Menyilangkan kaki anda sambil duduk untuk mencuba dan menghentikan aliran darah.
10. Bimbang darah keluar banyak daripada masa yang sepatutnya (biasanya hari pertama hingga ketiga).
11. Waddled seperti penguin apabila anda bangun kerana kandungan pad penuh darah.
12. Meminta seseorang untuk memeriksa belakang baju jika ada kebocoran.
13. Cuba untuk melakukannya dengan sia-sia.
14. Menggantikan kertas tandas sebagai pad di waktu kecemasan.
15. Tidak dapat membezakan antara kesakitan masa dan “saya sudah bebas” sehingga minit terakhir.
16. Memakai pad lebih lama daripada yang sepatutnya.
17. Merasa pelik ketika mencuci darah sewaktu mandi.
18. Cuba untuk menyusun semula pad anda secara halus tetapi kelihatan seperti anda sedang mengeluarkan wedgie.
19. Mengalami spektrum emosi yang luar biasa dalam masa beberapa jam.
20. Panik bahawa anda sudah mempunyai tampon apabila anda memasukkan yang baru.
21. Memeriksa kerusi berkali-kali selepas bangun hanya hanya takut anda kebocoran.
22. Kadang-kadang bertindak bijak meletakkan kardigan atau jaket sebagai perlindungan.
23. Merasa sedikit teruja apabila darah mula menjadi coklat kerana period akan berakhir.
Kesimpulannya, admin rasa hijabis haruslah pandai memilih jenama tuala wanita yang sesuai dengan situasi PERIOD kita supaya semua tabiat di atas tidak berlaku lagi pada mereka yang baru PERIOD walaupun yang telah mengalaminya sejak akal baligh.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Setiap daripada kita mempunyai raut wajah berbeza. Ada yang dianugerahkan wajah tirus, lonjong dan juga berpipi tembam. Bagi yang berwajah sempurna pasti tiada masalah untuk menggayakan apa juga hijab yang bersesuaian.
Ada juga yang tiada masalah bentuk muka tetapi mempunyai dahi yang luas dan lebih sinonim di panggil ‘jendul’. Namun sesetengah hijabi tiada masalah untuk menampakkan sebahagian dahi dan ada juga masih kusut untuk mencari yang sesuai. Jom kita lihat tip menggayakan hijab mengikut raut wajah masing-masing.
1. Bentuk Muka Bujur
Bagi wanita yang mempunyai bentuk muka seperti ini, anda sememangnya bertuah kerana mampu menggayakan hampir kesemua fesyen tudung. Tidak kiralah selendang, tudung bawal, tudung syria ataupun tudung awning, semuanya akan kelihatan cantik apabila anda pakai. Bentuk muka ini bercirikan jarak rahang, pelipis, tinggi kening dan panjang dagu yang seimbang. Sekiranya anda adalah salah seorang yang memiliki bentuk wajah seperti ini, jangan lepaskan anugerah berharga ini untuk bergaya dengan fesyen tudung terkini!
2. Bentuk Muka Bulat
Wanita yang mempunyai bentuk muka ini dicirikan dengan jarak dahi ke dagu adalah sama dengan jarak kedua pelipis, dan juga tulang rahang yang ‘tertimbun’ di bahagian pipi. Ataupun dengan lebih mudah adalah mereka yang tembam ataupun berisi di pipi. Sekiranya anda mempunyai bentuk wajah seperti ini, terdapat beberapa tip untuk memakai tudung yang sesuai iaitu:
Jika anda lebih gemar memakai tudung awning
Pastikan potongan tepinya tidak melepasi tulang pipi. Ini adalah untuk mengelakkan daripada wajah anda tertutup. Selain itu, pastikan jahitan awning tersebut panjang sehingga menghampiri tulang pipi. Jika anda memilih awning yang pendek, ia akan menonjolkan pipi anda yang tembam. Ingat tu!
Apabila anda memilih untuk memakai selendang
Gunakan cekak yang lembut sebelum memakai anak tudung. Pilihlah anak tudung yang diperbuat daripada bahan yang lebih anjal untuk membantu mengurangkan visual ukuran kepala.
Selendang yang nipis juga digalakkan agar ukuran kepala tidak terlalu kelihatan. Pastikan selendang tidak dililit dengan terlalu ketat untuk mengelakkan bentuk wajah anda yang bulat kelihatan lebih jelas.
Agar wajah kelihatan bujur, pakai selendang dengan sedikit longgar dan lipat di bahagian bawah tudung berdekatan dengan tulang pipi. Bentukkan juga sedikit bahagian atas selendang agar ia tidak melekap pada dahi anda.
3. Bentuk Muka Panjang
Sama seperti wanita dengan bentuk muka bujur, bentuk muka yang panjang juga turut menjadi idaman dan pilihan wanita. Ia dicirikan dengan bahagian dagu yang panjang. Jika anda mempunyai bentuk muka seperti ini dan bijak dalam menggayakan tudung yang dipakai, mungkin orang lain akan menyangka anda memiliki bentuk muka yang bujur. Tip utamanya adalah dengan memfokuskan kepada bahagian atas tudung.
Gunakan tudung atau jenis anak tudung yang melekap di dahi agar bahagian tersebut tidak kelihatan terlalu luas. Ia juga merupakan pilihan tepat untuk menutup sedikit bahagian kening yang tinggi.
Usah tutup bahagian pipi anda kerana bahagian ini adalah sangat penting untuk membuat ilusi wajah anda tidak kelihatan terlalu panjang. Pastikan anda menarik sedikit tudung ke belakang, rapat di bawah rahang pipi dan tonjolkan rahang pipi agar bentuk wajah sebenar anda tersembunyi.
Jika anda ingin memilih fesyen tudung yang sesuai, selendang adalah lebih ideal berbanding tudung awning. Anda juga bebas memakai jenis selendang yang anda inginkan mengikut gaya idaman anda.
4. Bentuk Muka Segi Tiga / Bentuk Hati
Ciri utama wanita dengan bentuk wajah seperti ini adalah dagu yang panjang dan jarak pelipis yang lebih lebar dibandingkan dengan pangkal rahang. Sekiranya anda mempunyai bentuk muka seperti ini, ikuti tip berikut agar tudung yang dikenakan kelihatan lebih menarik dan sekali gus menjadikan diri anda kelihatan lebih menawan.
Antara tip-tip yang perlu diketahui adalah:
Pilih tudung yang boleh ditarik sebanyak mungkin ke belakang dan bertemu di bahagian leher agar untuk menyerlahkan lagi bahagian rahang anda.
Sebelum memakai anak tudung, gunakan cekak rambut untuk membolehkan kening anda terangkat.
Gunakan anak tudung seperti net supaya bahagian kosong di sebelah kiri dan kanan anda kelihatan lebih terisi.
Anda boleh memakai selendang namun pastikan pemakaian selendang tersebut dapat menutupi kekurangan bentuk wajah anda. Hanya ikuti tip ini dan anda sudah bersedia untuk tampil menawan!
Gaya selendang yang sangat bersesuaian dengan wanita berbentuk wajah seperti ini adalah gaya pintalan dan gaya sanggul kerana ia dapat membuat rahang kelihatan lebih terbuka.
5. Bentuk Muka Petak
Mereka dengan bentuk wajah petak boleh dilihat pada pangkal rahang dan tulang rahang yang lebar dan kawasan dagu yang kelihatan rata. Sekiranya anda tergolong dalam bentuk wajah seperti ini, fokus utama apabila memakai tudung adalah untuk menyembunyikan bahagian rahang yang menonjol itu.
Mari lihat tip memakai tudung untuk bentuk muka ini:
Gunakan anak tudung untuk memperoleh kesan bentuk wajah yang nampak panjang.
Jika ingin memakai selendang, pastikan anda bijak menggayakannya. Gunakan selendang bersama inner neck yang mempunyai lapisan menutupi bahagian bawah dagu.
Pilih gaya selendang dengan fokus utama kepada lilitan dan yang dapat menutupi bahagian rahang.
Elakkan gaya ikatan Bienda atau gaya ikatan di belakang tengkuk kerana ini akan lebih mempamerkan bahagian rahang yang lebar.
Elakkan juga gaya selendang yang mempamerkan bahagian dahi yang luas seperti gaya Turban.
Tudung awning juga bersesuaian dengan bentuk muka ini.
Pengetahuan untuk mengenali bentuk muka serta gaya dan jenis tudung yang bersesuaian amatlah penting. Sekiranya anda mengenali bentuk muka dan bijak memilih jenis tudung yang bersesuaian, sudah pasti penampilan harian anda kelihatan lebih menarik dan cantik.
Malah, kesan positif seperti tahap keyakinan juga pasti akan meningkat. Anda juga akan kekal ceria, yakin dan bersemangat sebagai seorang fesyenista Muslimah.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Namun, siapa sangka ibu jelita kepada dua orang cahaya mata ini, juga pernah mengharungi fasa tidak yakin diri apabila berat badanya pernah mencecah...