Lain orang lain caranya, bukan sahaja cara berbelanja malahan cara untuk menyimpan. Ramai yang beranggapan orang yang boros mana mungkin menambung.
Ini bukan alasan kita tak boleh menyimpan atau menabung. Tapi bagi yang benar ada sikap boros ini dan berhajat ubah sikap serta mahu menabung mungkin boleh praktikkan cara yang dilakukan oleh Ana Sofiana ini.
Ramai yang mengaku punya sikap yang boros. Dapat saja duit gaji memang sudah ada list apa yang dihajati dan mahu dibeli. Duit memang tak lekat di tangan. Apatah gangguan iklan di media sosial, pasti mencuit hati untuk membeli. Nah! Dengan cara hijabi ini pasti hasilnya menyeronokkkan.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Menabung kuantiti RM ikut hari bulan
Pernah tular individu menabung dengan hanya mengikut warna nota wang, namun kali ini berbeza. Caranya adalah dengan menabung kuantiti RM ikut hari bulan. Jom baca perkongsian hijabi ini, untuk lebih jelas.
Ads
Ujar hijabi ini dia memang ada sikap boros, ada saja duit memang habis dibelanjakan namun dengan cara ini dia berjaya menyimpan setiap bulan antara RM435 hingga RM496. Cara menabung untuk orang boros, setahun boleh simpan RM5,767. Jadi di sini Anaa nak share macam mana Anaa menyimpan duit untuk tahun ni dengan cara paling simple saja. Macam mana tu?
Ada saja duit, memang habis dibelanjakan dan tak lekat di tangan. Beli! Yaa! Saya lah tu, boros membeli makanan sampai tidak sedar berat badan naik sudah pula.
1. Menyimpan ikut tarikh/hari bulan
Ads
1 hb RM1
2 hb RM2
3 hb RM3
4 hb RM4
Begitulah seterusnya untuk hari-hari lah sampai lah hujung bulan
30 hb RM30
31 hb RM31
Dan ulang benda yg sama untuk bulan bulan seterusnya. Yang penting simpan duit ikut tarikh Hari Bulan yaa!
2. Untuk lebih mudah dan keep on track buat jadual macam ini. Tick setiap hari.
Ads
Cara ni sangat berkesan pada orang yg boros berbelanja. Anaa terpaksa skip bulan March, April & May tahun ini sebab waktu PKP, tapi total adalah juga dapat RM4310. Jadi kalau genap 12 bulan atau setahun, kita akan dapat total RM5,767.
3. Hasilnya
Duit yang disimpan ini bolehlah;
Untuk wang hantaran atau majlis kahwin
Buat deposit beli kereta atau beli barang kesukaan diri
Boleh guna untuk ubah suai rumah, keperluan keluarga dan lain-lain
Nak lengkapkan barangan dapur, rumah dan sebagainya.
Untuk reward diri beli untuk apa yg dihajati.
Mudah bukan! Untuk pemula yang nak menabung dan anda adalah golongan si pemboros, jom ikut cara hijabi ini. Sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Semoga kalian berjaya menyimpan untuk tahun 2022 ini. Jom menabung!
https://youtu.be/UgrvGUrTjaM
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Gas karbon monoksida boleh memasuki ruang penumpang kenderaan kerana keadaan kenderaan yang tidak sempurna seperti kebocoran di bahagian bawah enjin. Lebih berbahaya apabila enjin dan pendingin hawa kenderaan dihidupkan ketika ia dalam keadaan statik, menyebabkan udara dalam ruang penumpang tercemar dengan gas karbon monoksida yang boleh menyebabkan kematian.
Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Wong Shaw Voon, berkata kematian boleh berlaku apabila penumpang menghidu gas karbon monoksida yang melebihi tahap selamat dalam ruang sesebuah kenderaan. Beliau yang juga Profesor Fakulti Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, kehadiran gas karbon monoksida sukar dikesan kerana sifatnya yang tidak menghasilkan bau atau warna serta boleh menyebabkan mangsa pengsan jika terhidu dalam kuantiti yang banyak.
“Ketidaksempurnaan itu biasanya berlaku kepada kenderaan lama, tetapi tidak bermakna ia tidak boleh berlaku kepada kenderaan baharu. Ia bergantung sepenuhnya kepada penggunaan dan penyelenggaraan sesebuah kenderaan.
“Bagaimanapun, pencemaran akan berlaku lebih teruk jika kenderaan tidak sempurna ini dalam keadaan statik kerana pengudaraan tidak berlaku dengan baik. Gas ini boleh masuk ke dalam kenderaan melalui mana-mana kebocoran pada sistem ekzos.
“Apa-apa bahagian di bawah (lantai) kenderaan yang tidak dicat dengan baik dan mereput turut menyumbang kepada kejadian seperti ini,” katanya.
Tragedi membabitkan empat pelajar jurusan farmasi berusia 21 tahun yang berlaku awal pagi semalam begitu menyayat hati. Kejadian membabitkan empat pelajar jurusan farmasi berusia 21 tahun, yang mana tiga daripada empat orang mangsa telah terkorban manakala seorang lagi kritikal, dipercayai akibat terhidu gas karbon monoksida dalam kereta mereka di Pulau Pinang.
Berikut perkongsian yang dipetik dari Facebook Public Health Malaysia.
Ada yang menyatakan, jika kita ingin tidur di dalam kereta, pastikan kita membuka tingkap sedikit, insyaAllah selamat. Di sini kami ingin membetulkan tanggapan yang kurang tepat ini.
Keracunan karbon monoksida tidak memerlukan kuantiti yang banyak. Kadar yang rendah sudah cukup untuk membuatkan kita tidak sedarkan diri. Malah, karbon monoksida dari luar yang mengelilingi kereta juga bahaya. Kereta kita mungkin tidak kedap udara dan bahan ini boleh meresap masuk ke dalam kereta.
KERACUNAN KARBON MONOKSIDA- PEMBUNUH SENYAP
Sekiranya anda bercadang untuk tidur atau sekadar berehat di dalam kenderaan dengan enjin dan hawa dingin terpasang, fikirkan semula! Keracunan Karbon Monoksia merupaka punca utama kematian akibat keracunan. Gas beracun karbon monoksida terhasil dari pembakaran bahan bakar tanpa oksigen yang mencukupi.
Gas ini TIDAK mempunyai sebarang warna dan bau, oleh itu ia di kenali sebagai “ Pembunuh Senyap” Sentiasa berwaspada dan jangan ambil mudah, Keracunan karbon monoksida adalah punca UTAMA kecederaan dan kematian akibat keracunan di seluruh dunia. Menurut Pusat Kawalan Penyakit US, 50,000 pesakit dimasukkan ke hospital setiap tahun, dan 430 mati akibat keracunan karbon monoksida.
Karbon monoksida terbentuk hasil daripada pembakaran bahan organik tanpa bekalan oksigen yang mencukupi. Ianya boleh di hasilkan dari pembakaran dieasel/petrol kenderaan, penggunaan gas untuk alat pemanas dan semasa memasak.
BAGAIMANAKAH KARBON MONOKSIDA MENYEBABKAN KEMATIAN SEMASA MANGSA SEDANG TIDUR?
Pembakaran bahan bakar di dalam engin kenderaan menghasilkan banyak gas sampingan yang dikeluarkan sebagai asap ekzos. Asap ekzos ini mengandungi gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, hidrokarbon, dan nitrogen oksida.
Ketika memandu, sistem ekzos yang baik akan membebaskan gas gas beracun ini ke persekitaran dengan lancar dan selamat. Masalah timbul apabila sistem ini bocor dan lebih diburukkan lagi apabila kenderaan tidak bergerak.
Tanpa di sedari, gas yang tidak mempunyai bau dan rasa ini akan masuk menerusi saluran pernafasan dan memasuki saluran darah. Gas beracun ini akan bercampur dengan hemoglobin (bahagian sel darah merah yang membawa oksigen ), lalu membentuk membentuk carboxyhaemoglobin. Apabila ini berlaku, darah tidak lagi mampu membawa oksigen, dan kekurangan oksigen menyebabkan sel dan tisu badan gagal dan mati!.
. APAKAH GEJALA KERACUNAN CO?
Gejala awal bagi keracunan gas karbon monoksida yang paling biasa adalah sakit kepala, pening, kelemahan, perut, sakit muntah, sakit dada, dan kekeliruan. Tetapi sekiranya gas ini di hidu semasa anda sedang tidur, anda tidak akan menyedari sebarang perubahan ini dan akhirnya menyebabkan kematian.
TIP PENCEGAHAN KERACUNAN KARBON MONOKSIDA
Elakkan memanaskan enjin dengan asap ekzos dibebaskan di dalam kawasan rumah. Asap ekzos yang memenuhi ruang rumah mengandungi gas karbon monoksida dan boleh menyebabkan keracunan terutama kepada kanak kanak kecil.
Jangan tidur ataupun sekadar berehat sebentar di dalam kenderaan dengan enjin terpasang. Anda mungkin terlena dan tidak bangun selamanya. Pastikan sistem ekzos anda di periksa dan di selenggara secara berkala. Ingat, kebocoran kecil boleh menyebabkan kematian.
HIJABISTA: Semoga kejadian seperti ini tidak berulang lagi. Jadikan kejadian-kejadian yang berlaku sebelum ini sebagai pengajaran dan juga peringatan pada masa hadapan.
Piala Dunia Qatar yang berlangsung sejak 20 November lalu bukan setakat gelanggang perlawanan bola sepak bagi pasukan bola bagi setiap negara berentap menonjolkan kekuatan pasukan masing-masing.
Menariknya, Piala Dunia 2022 yang dianjurkan di Qatar itu menjadi medium kepada ratusan orang bukan islam untuk memeluk agama suci Islam termasuklah sebuah keluarga dari Brazil.
Memetik laporan Free Press Journal, keluarga yang terdiri seramai enam orang itu, dengan rela hati telah memeluk agama Islam di sebuah masjid semasa Piala Dunia 2022 di Qatar sedang berlangsung.
Moment penuh bersejarah itu, telah direkodkan dalam sebuah video memaparkan pasangan suami isteri dan empat orang anak mereka telah melafazkan Shahadah yang dibacakan oleh seorang pendakwah.
Ketika ditanyakan apakah perasaan setelah memeluk Islam, ini respon mengejutkan dari keluarga itu
“Saya tidak tahu bagaimana mahu mengungkapkannya. Sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata.
“Ia satu perasaan yang menenangkan hati saya,” katanya.
Tambahnya lagi, keinginan mereka untuk memeluk agama Islam adalah secara sukarela tanpa paksaan dari mana-mana pihak mahupun individu.
“Tiada seorang pun orang Islam memaksa kami memilih agama ini,” jawab anak perempuan keluarga tersebut.
Untuk rekod, menurut beberapa ciapan di akaun Twitter, lebih 500 penyokong bola sepak telah memeluk agama Islam sejak kejohanan itu bermula.
Manakala pada hari kedua Piala Dunia berlangsung terdapat seorang lelaki warga Mexico telah memeluk Islam di sebuah masjid di perkampungan budaya Katara di Doha.
Baru-baru ini tular tentang penggunaan spray antiseptik sebagai langkah berjaga-jaga dengan wabak influenza. Wabak ini boleh membawa maut maka sebab itulah langkah pencegahan perlu dilakukan bagi mengelakkan penularan yang lebih serius.
Namun penggunaan spray antiseptik ini sebenarnya perlu digunakan dengan betul. Maka sebab itulah kita sebagai pengguna tidak boleh hanya sekadar ‘menelan’ apa-apa sahaja info yang dikongsi terutama di media sosial.
Berikut perkongsian tentang spray ini yang tular di media sosial secara meluas.
Sedikit perkongsian untuk kawan-kawan semua ye…tentang spray ini ye…sejak semalam lagi duk viral benda ni…
.
Spray ni bukan tak bagus. Ya, ia boleh membunuh virus flu seperti yang didakwa. Tapi itu untuk jangka masa yang pendek sahaja. Ia akan mewujudkan lingkungan steril dalam jangkauan keluarga. Malangnya bukan virus sahaja yang dibunuh, bakteria-bakteria lain yang mewujudkan persekitaran rintangan bagi virus itu juga turut mati.
Persekitaran disenfaktan seperti itu dalam jangka masa panjang boleh mewujudkn kerintangan (lali) kpd virus yang akan mnyerang buat kesekian kalinya. Ini jauh lebih merbahaya kepada keluarga anda berbanding tanpa persekitaran steril kerana kali ini virus telah bertambah kuat kerana keimunannya kepada antiseptik telah bertambah.
Pernah tak anda tertanya-tanya kenapa anak-anak orang asli yang berhujan, panas, tak bersepatu, makan pun tak brp bersih tp ssh demam & cirit birit? Juga knp org gila yg bertahun xmandi mkn dr tong sampah tp xmati keracunan? Ini sebabnya. Keimunan & kerintangan virus/mikrob thdp bdn seseorang.
Ada satu kajian dibuat di Jepun tentang penggunaan antiseptik sebagai bahan mop lantai mengakibatkan kanak-kanak dalam rumah itu sering demam berbanding rumah yang tidak menggunakan antiseptik. Kajian itu telah diterbitkan berkali-kali dalam bentuk jurnal. Saya lupa tajuknya apa. Kajian yang sah dan terbukti kebenarannya. Maka pelik bagi saya bila ada doktor yang suggest pakai spray ini di rumah. Tak baca jurnal kesihatan ke doc tu?
.
Nasihat saya, tak semua produk yang diiklankan sebagai benda baik itu semestinya baik untuk kita. Sebagai pengguna bijak, kaji kesan sampingannya dulu. Maaf saya terpaksa menegur kerana ini melibatkan nyawa dan kesihatan umum. Saya juga tahu ramai yang menggunakan antiseptik sebagai bhn steril dalam rumah.
Di hospital, antiseptik hanya digunakan untuk cuci luka. Untuk steril peralatan, mereka guna air panas.
Bukan Dettol! (atas sebab yang sama). Jangan gadaikan nyawa untuk produk kapitalis! Berhenti menjadikan virus lebih imun dan kuat. Ia berbahaya bukan sahaja kepada keluarga anda tapi juga orang lain. Jadilah pengguna bijak.
Tahun ini jenama fesyen terkenal tanah air, LEEYANARAHMAN menampilkan koleksi eksklusifnya sempena lebaran 2025 dengan cara tersendiri. Dengan kapasiti besar, LEEYANARAHMAN memilih Stadium Merdeka...