Kecantikan

Cara Masak Yang Tepat, Ini Tip Hijabi Kekalkan Nutrisi Dalam Makanan. #4 Untuk Kekalkan Kebahagiaan Rumahtangga

Share

Apabila salah cara masak, sayuran yang kaya gizi menjadi minimum manfaatnya. Saat bicara sayuran, yang mentah tak selamanya lebih baik. Sebuah penelitian menyebutkan bahawa proses memasak sayuran akan memecah lapisan dan struktur sel luar dari sayuran yang akan membuat nutrisi yang dikandungnya lebih mudah diserap tubuh.

Namun, proses memasak sayuran juga perlu diambil kira. Salah cara memasak, kandungan berguna seperti vitamin boleh hilang. Berikut cara memasak sayur yang tepat.

1. Kukus


Merebus sayuran menyebabkan vitamin-vitamin larut air seperti vitamin C, B1, dan folat menghilang. Bahkan, sayuran seperti kubis, zucchini, dan brokoli dapat kehilangan kandungan antioksidannya sampai 50 persen saat direbus. Oleh kerana itu, mengukus adalah salah satu cara memasak sayuran terbaik.

2. Tumis


Menggoreng sayuran memang tidak baik kerana minyak akan meresap ke dalam sayuran dan anda malah akan makan minyak berlebih. Menumis jauh lebih baik. Menumis sayuran secara singkat dengan api dapur yang kecil dapat meningkatkan penyerapan phytonutrients.

3. Bakar

Makanan yang dibakar, seperti ayam, steak, atau salmon yang dibakar hingga sebahagian dagingnya kecokelatan atau kehitaman memang mengandung karsinogen yang mencetus cancer. Walau begitu, sayuran selamat untuk dibakar. Meski begitu tetaplah berhati-hati, sebab sayuran sangat cepat hangus.

4. Zikir Ketika Memasak

Memasak ini sangat penting dan ada adab untuk memasak.  Dari zaman dahulu lagi mak-mak kita dah amalkan doa ini, sebab itu kalau mak masak yang simple pun rasa sedap inilah antara rahisanya, doa dan zikir.  Hijabista kongsi adab-adab memasak untuk kita amalkan selalu.

Adab, Doa dan Zikir Ketika Memasak Untuk Suami & Anak Boleh Bahagia Rumah Tangga

1. Berwuduk dan solat 2 rakaat

2. Baca doa masuk dapur Surah Al Kahfi ayat 10

ﺭَﺑَّﻨَـﺎ ﺍَﺗِﻨَـﺎ ﻣِﻦْ ﻟَّﺪُﻧْـﻚَ ﺭَﺣْﻤَـﺔً ﻭَﻫَﻲِّﺀْﻟَﻨـَﺎ ﻣِﻦْ ﺍَﻣْﺮِﻧـَﺎ ﺭَﺷَـﺪًﺍ

Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisiMu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.

3. Doa mengambil beras surah An-Nahl ayat 96

ﻣَـﺎ ﻋِﻨْﺪَﻛُـﻢْ ﻳَـﻨْـﻔَﺪُّ ﻭَﻣـَﺎ ﻋِـﻨْﺪَ ﺍﻟﻠﻪِ ﺑَـﺎﻕٍ

Apa yang di sisimu akan lenyap, dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.

4. Doa cuci beras

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّـﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـَﺎ ﺧَﻴْﺮًﺍ ﻣِﻨـْﻪ ُ

Segala puji bagi Allah yang telah memberi kami makanan yang lebih baik darinya.

5. Doa letak beras dalam periuk

ﺍَﻟْﺤَﻤْـﺪُ ِﺍﻟﻠﻪِ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﺍَﻃْﻌَﻤَﻨـﺎَ ﻣِﻦْ ﺟُـﻮْﻉٍ

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan makan setelah lapar.

6. Doa letak air dalam beras

ﺍَﻟﻠّﺬِﻳْﻦَ ﺍَﻣَﻨُﻮْﺍﺍ ﺻْﺒِﺮُﻭْﺍ ﻭَﺻَـﺎﺑِﺮُﻭْﺍﻭَﺭَﺍﺑِﻄُﻮْﺍ ﻭَﺗَّـﻘُﻮﺍﺍﻟﻠﻪَ ﻟَﻌَﻠَّـﻜُـﻢْ ﺗُﻔْﻠِﺤُﻮْﻥَ

7. Doa mengacau lawan ke arah kanan dan lawan arah jam iaitu putaran tawaf

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِﻔَـﺔٌ

Tidak ada yang dapat menyatakan hari itu selain Allah

8. Doa potong sayur dan daging ayat Al Baqarah 71

ﻓَﺬَ ﺑَﺤُﻮْﻫـﺎَ ﻭَﻣَـﺎ ﻛـﺎَﺩُﻭْﺍ ﻳَﻔْﻌَﻠُﻮْﻥَ

9. Doa basuh Sayur

ﻟَﻴْﺲَ ﻟَﻬـﺎَ ﻣِﻦْ ﺩُﻭْﻥِ ﺍﻟﻠﻪِ ﻛـﺎَ ﺷِـﻔَـﺔٌ

10. Doa menghaluskan perencah: Surah Al Kautsar ayat 1 hingga 3

Kalau anda tak mampu buat seperti ini, cukuplah sekadar berselawat, baca hafazan Al-Quran, zikir dan jangan bercakap hal-hal dunia semasa memasak. Apatahl agi buka lagu-lagu ketika memasak. Tutuplah aurat atau berpakaian sopanlah ketika memasak. Kalau nak kacau lauk atau nak rasa lauk gunakanlah tangan kanan. Insya Allah.
Published by
SH