Dalam keadaan terdesak, macam-macam sebenarnya yang kita boleh lakukan. Sebagai seorang wanita, kita memang boleh dikatakan cerewet tentang satu-satu perkara.

Lebih-lebih lagi jikalau baju atau hijab yang berkedut! Ha, jangan tak mengaku pula. Admin nak kongsi cara bernas untuk anda hilangkan kedutan pada pakaian tanpa menggosoknya!

#1. Guna Periuk Merebus

Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam. Ini salah satu cara orang dulu-dulu menghilangkan kedutan pada pakaian. Apa-apa pun, gunalah periuk yang permukaan bawahnya bersih dan rata. Caranya, didihkan air dalam periuk atas dapur, pastikan ia betul-betul mencapai suhu kepanasan yang wow! Setelah selesai, buang air rebusan ke dalam sinki atau asingkan ke tempat lain. Gunakan permukaan bawah periuk seperti seterika. Cara ini adalah sangat efektif dan berguna seperti seterika sebenar!

#2 Khasiat Cuka Hilangkan Kedut

Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam.

Seperti yang kita tahu, banyak kebaikan dan khasiat cuka untuk kegunaan rumah dan kesihatan. Oleh itu, bancuh campuran satu (1) nisbah cuka bersama tiga (3) nisbah air biasa. Masukkan di dalam botol semburan dan ia siap untuk digunakan sebagai semburan magis yang dapat menghilangkan kedutan degil pada pakaian! Jangan risau, cuka adalah sejenis cecair yang tidak merosakkan serat benang pakaian.

#3 Boleh Juga Guna Wap Stim Daripada Cerek

Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam.

Ini yang dikatakan sambil menyelam minum air! Sambil dapat menikmati hidangan teh kegemaran anda, anda juga dapat menghilangkan kedutan pakaian sekali! Regangkan kain anda 12 inci di atas cerek, acukan ia kepada wap stim yang keluar daripada muncung cerek. Anda akan sedar bahawa kedutan beransur hilang sebaik ia diwapkan.

#4 Gantung Baju Berkedut Dalam Bilik Mandi Berwap

Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam.

Ha! Cara ini bukanlah cara yang paling berkesan menghilangkan kedutan pada baju anda. Tetapi, dapat membantu sedikit sebanyak tatkala anda sedang terdesak dalam percutian di hotel atau motel. Ketika anda sedang mandi air panas, wap haba panas akan memenuhi segenap ruang kamar mandi berkenaan. Oleh itu, gantungkan pakaian berkedut anda di dalam kamar bilik mandi yang masih lagi berwap sambil pintu ditutup rapat. Cubalah!

#5 Gunakan Tekanan Tilam

Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam.

Salah satu cara yang berguna ketika ada sedang menikmati percutian. Hamparkan pakaian yang anda ingin kenakan pada keesokan harinya di bawah tilam sebelum anda tidur. Esok pagi, anda pasti berpuas hati dengan hasilnya. Cuma harus diingatkan, hamparkan pakaian dengan rata dan sebaiknya. Jangan pula anda lipat atau gulungkannya. Jika itu yang anda lakukan, jangan terkejutlah rupanya seperti roti jala nanti!

#6 Kelebihan Iron Rambut

Cara Lain Hilangkan Kedut Baju & Tudung Tanpa Seterika, Hanya Guna Periuk Rebus, Cuka & Tilam.

Para wanita sekitar tahun 60-an menggunakan seterika pakaian sebenar untuk meluruskan rambut mereka. Oleh itu, era yang semakin moden kini, dengan adanya ciptaan seperti ‘flat hair iron’ atau seterika rambut, pastinya sudah memadai untuk bantu menghilangkan kedutan pada pakaian kerana fungsinya lebih kurang sama seperti seterika pakaian.

#7 Gunakan Mesin Pengering Cucian

Jika anda mempunyai mesin pengering cucian di rumah, anda boleh masukkan pakaian yang telah pun kering ke dalam mesin pengering demi menghilangkan kedutan. Tetapkan jangka masa pusingan mesin selama 15 hingga 20 minit untuk mendapatkan hasil pakaian tanpa kedutan.

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI