Peti sejuk merupakan tempat menyimpan pelbagai jenis makanan terutama yang tidak mempunyai jangka hayat yang lama. Maka sebab itulah amat penting untuk kita sentiasa memantau dan membersihkan peti sejuk.
Makanan yang sudah tamat tempoh, perlu segera dibuang bagi mengelakkan bau busuk memenuhi ruang peralatan elektrik itu.Bau peti sejuk yang busuk dan ‘hapak’ tentunya memualkan.
LIMA CARA HILANGKAN BAU BUSUK DALAM PETI SEJUK
DAUN PANDAN
Gunakan khazanah semula jadi sebagai pewangi semulajadi. Ikat beberapa helai daun pandan dan letakkan sahaja dalam peti sejuk anda semalaman. Bau kurang menyenangkan bukan sahaja akan hilang, peti ais anda juga akan berbau wangi.
ROTI
Roti boleh digunakan sebagai penyerap bau yang kurang menyenangkan dalam peti sejuk. Letakkan sekeping dua roti di dalam peti sejuk dan biarkan roti itu hingga kering. Bau yang kurang menyenangkan pasti akan beransur hilang.
SERBUK PENAIK/BAKING SODA
Tabur serbuk penaik atas dulang / piring kecil dan masukkannya dalam peti sejuk. Kemudian tutup pintu sehingga bau busuk hilang. Selepas itu masukkan semula barang dalam peti sejuk dan letakkan juga sekotak serbuk penaik di dalamnya. Buka sedikit penutup agar ia dapat menyerap segala bau yang kurang menyenangkan.
CUKA PUTIH
Masukkan cuka putih dalam bekas terbuka dan letakkan dalam peti sejuk. Ia akan menyerap segala bau yang kurang enak dalam peti sejuk. Untuk mewangikan lagi, perahkan sebiji lemon ke dalam larutan cuka tersebut dan lap bahagian dalam peti sejuk dengan campuran kedua-dua bahan ini.
OAT
Siapa sangka oat juga boleh menyerap bauan yang tidak enak dalam peti sejuk. Masukkan sedikit oat dalam bekas dan letakkannya dalam peti sejuk. Anda pasti akan mendapati peti sejuk anda kurang berbau selepas beberapa ketika.
Boleh cuba salah satu lima cara ini untuk hilangkan bau dalam peti sejuk di rumah anda. Pilihlah mana-mana tip yang sesuai dengan anda, In Shaa Allah berkesan.
Sumber kredit: Leha Yusuf Top image: Photo by polina-tankilevitch & cottonbro from Pexels.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
https://youtu.be/oNhFqV_vqVs
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Lakukan Aktiviti Sunnah Bersama Adik, Heliza Helmi Cetus Inspirasi Hingga Netizen Kagum!
Isi Kandungan
TogglePelakon yang kini sangat aktif berkecimpung dalam aktiviti-aktiviti kemanusiaan, Heliza Helmi sering menjadi sumber inspirasi dan role-model umum dalam memperjuangkan masyarakat Islam dunia.
Baru-baru ini, satu ‘aktiviti sunnah’ yang dilakukan oleh Heliza bersama adiknya, Hazwani Helmi iaitu sukan memanah sambil menunggang kuda menjadi bualan netizen.
Aktiviti Sunnah Cetus Inspirasi Buat Semua
@aeeeeshah dua beradik yg masyaallahtabarakallah, semoga sentiasa memberi inspirasi buat orang ramai💪🏻❤️ #sunnah #berkudamemanah #fyp #helizahelmi #hazwanihelmi ♬ Unstoppable (I put my armor on, show you how strong I am) – Sia
Setelah melihat hantaran video tular yang dikongsikan oleh akaun Tik Tok @aeeeeshah, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum dengan keberanian dua beradik hijabi itu yang begitu bersahaja melakukan aktiviti lasak itu.
Hantaran video yang tular itu, memaparkan Heliza dan Hazwani sedang memanah sambil masing-masing menunggang kuda. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang tidak asing dan sering dilakukan pada zaman Rasulullah saw lagi.
Namun, bukan semua orang mampu melaksanakan aktiviti lasak yang dilakukan oleh Heliza dan Hazwani ni tau, jarang kita lihat ada hijabi yang masih melakukan aktiviti sunnah. Ini sekaligus membuatkan mereka menjadi sumber inspirasi untuk terus istiqomah dalam mengamalkan serta mengekalkan sunnah dalam kehidupan seharian.
Netizen Kagumi Keberanian Heliza Dan Adik
Sehubungan itu, netizen telah membanjiri hantaran berkenaan dengan komen-komen positif kerana Heliza dan Hazwani merupakan role-model terbaik menggambarkan keindahan wanita Islam yang sopan, lemah lembut dan menurup aurat dengan sempurna walaupun sedang melakukan aktiviti lasak.
“Sebabtu Allah suruh kejar akhirat, inshaallah dunia pun dapat. Doakan saya jugak dapat jadi macam mereka.
Artikel berkaitan: Heliza Helmi Dan Suami Kongsi Ilmu Tentang Bulan Rejab Atas Jet Ski, Netizen Gelar Mereka ‘Pasangan Nakal’
“Suka tgk diorang.. Semangat jihad ke jalan Allah begitu tinggi.
“Mereka melihat, mereka menghayati… banyak musafir. Dan ini membuatkan mereka sedar cara untuk sedarkan para wanita silahlah pertahankan diri contoh dengan memanah.
Sebagai rekod, setelah melihat sendiri pergolakkan yang melanda Gaza dan Palestin 10 tahun lalu pada 2012, semangat untuk memperjuangkan isu ummah semakin membuak-buak dalam diri Heliza sehingga dia memutuskan untuk terus konsisten menjadi sukarelawan dalam misi membantu Gaza dan Palestin.
Sumber: Tik Tok @aeeeeshah & Instagram Heliza Helmi
Artikel berkaitan: Majlis Persandingan Islamik Heliza Helmi Menjadi Inspirasi Hijabi New Ummah
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Berbadan Gemuk Tapi Stail Fesyen Masih ‘On-Point’, Ini 5 Tip Fesyen Untuk Anda Yang Bersaiz Besar!
Landskap fesyen hari ini semakin berkembang luas tanpa meletakkan sebarang batasan. Tidak kira jantina, warna kulit, saiz badan dan juga ketinggian anda, fesyen hari ini meraikan kepelbagaian sisi diri anda.
Jadi, bagi anda yang bersaiz besar ataupun bertubuh gempal, usah malu untuk meraikan stail fesyen anda hanya kerana saiz tubuh anda. Cuba amalkan tip fesyen ini untuk anda gunakan sebagai rujukan fesyen anda.
1. Fahami bentuk badan anda
Setiap pakaian semestinya memiliki potongan saiz yang berbeza. Tidak semua saiz mewakili bentuk badan. Oleh itu, anda dinasihatkan untuk memilih pakaian yang sesuai dengan tubuh badan anda.
Fahami juga tentang jenis rekaan dan potongan yang ingin anda sarungkan. Harus diingat, pakaian yang terlalu besar dan longgar akan membuatkan anda kelihatan lebih berisi manakala jika terlalu sendat membuatkan anda tidak selesa. Jadi, apa kata anda cuba dahulu sebelum membelinya!
2. Jangan penat untuk mencari
Tidak mengapa jika anda luangkan waktu untuk mencari baju yang bersaiz besar di mana-mana pasaraya dan jenama. Asalkan ianya menepati citarasa dan sesuai dengan bentuk badan anda, usaha itu pasti berbaloi! Jangan takut untuk mencuba pakaian yang dijual di kedai biasa. Anda tidak akan tahu jika tidak mencubanya sendiri.
Baca juga: Buntu Untuk Hasilkan Stail Yang Menarik Di Pejabat, Gayakan Rekaan Kardigan Dengan 6 Tip Fesyen Ini!
3. Ketahui ukuran badan anda
Bagi anda yang bertubuh gempal, adalah lebih baik jika anda mengetahui ukuran badan. Ini memudahkan anda untuk mencari pakaian mengikut saiz badan anda. Beli pita pengukur untuk mengukur supaya anda tidak perlu mencuba dua tiga helai saiz pakaian ketika membeli belah.
4. Permainan warna terang
Ini sudah tahun 2021 dan bakal menjelma tahun 2022 Tiada lagi istilah ‘orang berbadan gemuk tidak sesuai dengan warna terang!’. Salah belaka! Walaupun warna hitam membuatkan anda nampak lebih kurus, tapi tidak salah untuk mencuba warna yang terang asalkan permainan warna sesuai dengan ton kulit anda. Jika tidak yakin dengan helaian berona terang, anda boleh bermain dengan aksesori yang tepat.
5. Bijak memilih fabrik
Ketahui fabrik pakaian yang sesuai untuk bentuk tubuh. Bagi yang bersaiz besar, pilihan fabrik mungkin memerlukan sedikit belanja bagi mendapatkan helaian yang sesuai dengan bentuk badan. Minta nasihat dari tukang jahit yang berpengalaman, mereka lebih tahu apa yang sesuai.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Maulidur Rasul Tanda Cinta Kepada Nabi Muhammad SAW, Banyakkan Berselawat Dan Berdoa.
Isi Kandungan
ToggleMaulidur Rasul merupakan tarikh penting buat umat Islam kerana ianya adalah tarikh hari kelahiran atau keputeraan baginda Nabi Muhammad SAW iaitu nabi terakhir yang diutus oleh Allah dalam Islam. Sambutan Maulidur Rasul ini diraikan setiap tahun oleh umat Islam di seluruh dunia. Pada hari istimewa ini, umat islam digalakkan untuk memanjatkan doa buat Rasulullah S.A.W.
“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku”
Tambahan itu, berselawat juga sangat digalakkan dan dituntut bagi setiap umat Islam kerana banyak fadilat yang bakal kita peroleh daripadanya. “Sesungguhnya Allah dan para Malaikat-Nya berselawat atas Nabi. Wahai Orang-orang yang beriman, berselawatlah atasnya (Nabi) dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya dengan sungguh-sungguh”.
TUJUAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Pendakwah bebas iaitu Habib Nael Ben Taher, berkata tujuan utama menyambut Maulidur Rasul adalah untuk menyemai dan menyuburkan rasa bersyukur kepada Allah SWT terhadap nikmat pengutusan Nabi Muhammad SAW kepada kita. Kenyataan ini telah dinukilkan oleh Latifah Arifin melalui sebuah akhbar 2018.
“Jika ada pihak yang mengatakan sambutan Maulidur Rasul sekadar budaya, maka sesungguhnya ia sebaik-baik adat dan budaya. Sehingga saat ini, begitu banyak negara yang menyambut Maulidur Rasul sejak turun-temurun di seluruh dunia seperti Indonesia, India dan Mesir.
“Tujuannya adalah untuk menggerakkan semangat dan menyemai cinta serta rindu yang sejati kepada Rasulullah SAW. Ini kerana jika kita sentiasa ingat kepada Rasulullah SAW, kemuliaan itu akan kembali kepada kita sendiri kerana Baginda sebenarnya sudah dimuliakan, dicintai dan dirindui Allah SWT” ujarnya lagi.
Tambahan itu, menerusi perkongsian melalui mstar, terdapat figura lain yang juga telah menghuraikan mengenai tujuan sambutan Maulidur Rasul ini. Ia adalah daripada Doktor Najmuddin Khalfallah iaitu seorang pensyarah di Universiti Lorraine, Perancis. Di dalam majalah Jawhar Islam edisi 2016, dia telah menghuraikan beberapa tujuan sambutan Maulid Nabi Muhammad SAW dilaksanakan, dan ia dapat dirumuskan seperti berikut:
1. Mengambil iktibar dan memperingati sirah perjuangan Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan pengajaran dan pengorbanan bermati-matian demi menegakkan agama Islam di bumi Allah SWT.
2. Mengenali dan mengetahui peribadi Nabi Muhammad SAW sehingga dapat mengaplikasikannya ke dalam kehidupan seharian seorang muslim. Hal ini seperti mana firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab:
“Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah al-Ahzab ayat 21).
3. Dapat memperingati tarikh kelahiran Baginda SAW. Hal ini sudah menjadi fitrah manusia bahawa memperingati tarikh kelahiran seseorang adalah tanda kita mengasihi kehidupannya.
4. Mencapai pembersihan hati dan jiwa melalui penghayatan sirah Nabi Muhammad SAW yang penuh dengan nasihat, pengajaran, akhlak dan pengorbanan Baginda SAW dalam menegakkan agama Allah SWT.
5. Memupuk perasaan cinta dan kasih kepada junjungan besar Rasulullah SAW yang sentiasa menyayangi dan merindui umatnya. Jikalau terdapat perbezaan dalam beberapa perkara berkenaan sambutan Maulid ini, umat Islam semuanya sepakat bahawa wajib mencintai Baginda SAW lebih daripada semua makhluk termasuk diri sendiri, seperti yang termaktub dalam pelbagai sabda Nabi SAW.
6. Mengumpulkan umat Islam secara berjamaah dalam melakukan amal soleh. Kebiasaannya pengisian-pengisian utama yang disajikan di dalam majlis-majlis Maulid Nabi SAW adalah seperti tilawah al-Quran, majlis ilmu, zikir, tasbih, dan lain-lain lagi. Firman Allah SWT dalam surah al-Maidah:
“Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)” (Surah al-Maidah ayat 2).
7. Memperbanyakkan selawat dan pujian ke atas Rasulullah SAW. Hal ini sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (melimpahkan rahmat dan keampunan) ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat (mendoakan rahmat)baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya.” (Surah al-Ahzaab ayat 56).
8. Menyampaikan pesanan dan peringatan mengenai risalah Islam di tengah-tengah masyarakat. Majlis maulid dianggap sebagai sebuah medan untuk menarik masyarakat untuk bersama-sama berkumpul, mendengar tazkirah, bermuhasabah, berzikir, memberi nasihat serta berselawat ke atas Nabi SAW.
Artikel berkaitan: Sambut Hari Maulidur Rasul, Ini Penjelasan Yang Perlu Kita Ambil Tahu
DOA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL
Artikel berkaitan: Rabi’ulawal Bulan Kelahiran Rasulullah SAW Dan Juga Sejarah Islam, Ketahui Dengan Lebih Lanjut
Sumber info dan gambar: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Mstar dan Google
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI