Hujung minggu mesti ramai yang luangkan masa dekat rumah untuk berehat. Bagi hijabi yang tidak tahu nak buat apa, kata anda mula mengemas rumah dengan buang barang-barang yang tak digunakan lagi. Tahukah anda ramai juga ya suka menjadikan habit menyimpan barang yang tidak diperlukan atas sebab nilai sentimental.

Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!

Tidak dinafikan ramai juga manusia yang suka menyimpan barang dirumah mereka kerana rasa sayang pada nilai barang tersebut walaupun ianya hanyalah kotak hadiah, beg kertas berjenama yang cantik atau lain-lain. Kadang-kadang rasa tidak sampai hati nak buang kerana mungkin itu adalah hadiah pemberian dari orang yang kita sayang. Akan tetapi perlu diingatkan, sekiranya anda kerap menyimpan barang akan menyebabkan barang di dalam rumah bertambah dan kelihatan semak.

Artikel Berkaitan: Tetamu Tiba Tiba “On the Way” Pulak! Ikuti 7 Langkah Pantas Untuk Mengemas Rumah Yang Bersepah

Pasti anda tidak suka melihat keadaan rumah yang dipenuhi oleh barang-barang. Akan tetapi selalunya orang berpegang pada nilai atau kenangan sesuatu barang tersebut. Jadi terus terbantut niat untuk membuangnya. Menurut kajian life storage, terdapat beberapa cara untuk anda membuang barang kenangan dengan tanpa rasa bersalah. Antaranya adalah:

1. Ketahui antara kehendak dan keperluan

Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!

Ads

Ramai juga yang tidak tahu membezakan antara keperluan dan juga kehendak. Ini kerana mereka menganggap semua benda adalah penting untuk disimpan. Senang sahaja nak tahu sesuatu benda itu adalah keinginan. Jika anda merasakan anda boleh bernafas tanpa sesuatu barang itu, itu dipanggil keinginan. Jadi anda boleh cuba untuk menilaikan barangan tersebut dengan sebaik mungkin sama ada anda memerlukannya atau tidak.

2. Pilih barang yang membuat anda rasa syukur dan gembira.

Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!

Jika anda memilih barangan yang menjadi keperluan hidup anda pasti anda akan rasa lebih bersyukur. Berbanding barang yang hanya anda inginkan hanya kerana mengikut sesuatu trend. Jika anda tanamkan dalam minda pasti anda tidak akan rasa serba salah untuk membuang barang tersebut.

3. Jangan memberi alasan

Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!

Ads

Kerap memberi alasan juga menyebabkan seseorang itu sukar untuk membuang barang-barang mereka apabila ditanya oleh orang lain. Apabila seseorang itu memberi alasan. Ia akan menyebabkan anda berasa tidak sedap hati dan jadi malas untuk membuang barang tersebut kerana kerap memikirkan fikiran anda itu betul.

Sekiranya anda terasa seperti ini, langkah yang boleh diambil adalah mungkin anda boleh mendermakan barang-barang itu kepada orang yang memerlukan. Dengan ini, kita akan berasa tenang dan dalam masa yang sama dapat membantu orang yang memerlukan daripada diri kita.

4. Buang secara peringkat

Cara Buang Barang Di Rumah Tanpa Rasa Serba Salah Agar Rumah Tidak Semak!

Untuk mengelakkan emosi anda terganggu oleh kerana membuang barang-barang itu, anda digalakkan untuk membuang barang itu mengikut peringkat. Maksudnya, anda ambil sedikit masa untuk barang yang lebih bermakna. Asalkan akhirnya anda buang!

Ads

Dengan menggunakan cara ini, anda akan menjadi seorang yang lebih teliti apabila membuang barang dengan tidak terlampau mengikut perasaan.

Artikel Berkaitan: Nak Pergi Bercuti? Ini Cara Untuk Anda Kemas Baju Dengan Mudah Agar Tak Serabut!

Kesimpulan

Jangan rasa serba salah untuk membuang barang yang tidak diperlukan. Fikirkan tentang rumah anda akan kelihatan lebih luas dan selesa jika kita pandai mengatur rumah. Pasti malu apabila tetamu datang ke rumah dan rumah dipenuhi banyak barang. Selain itu, ia juga dapat melatih anda membezakan barang yang sudah tidak diperlukan. Selamat mencuba semua!

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

 

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI