Penggunaan concealer ketika menggunakan solekan mampu menjadikan kulit wajah nampak semula jadi. Namun penggunaannya haruslah tepat. Jika anda sering menggunakan concealer bagi menutup kekurangan pada wajah dan menginginkan sapuan tampak lebih semulajadi, anda perlu segera mengubah cara sapuan agar lebih berbeza.

Berikut tip menggunakan concealer dengan cara yang betul agar hasil solekan jadi lebih mantap dan sempurna.

1.PILIH WARNA YANG SESUAI DENGAN RONA KULIT
Teknik menggunakan concealer agar kelihatan natural dengan rona kulit wajah adalah dengan memilih rona dasar. Jika anda menggunakan concealer warna terang pada kulit yang lebih gelap, hasilnya kulit anda akan kelihatan kelabu.

Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural
Photo by Andrew Wilus from Pexels

2. BIARKAN SEKETIKA AGAR CONCEALER SEBATI DENGAN KULIT WAJAH SEBELUM LANGKAH SOLEKAN YANG SETERUSNYA
Beri waktu seketika selepas anda mengaplikasikan concealer. Ini kerana ia penting untuk  mendapatkan hasil sapuan yang lebih kemas dan rata. Selain itu sela masa yang diberikan antara solekan memberi ‘peluang’ concealer melekat dengan lebih baik pada kulit. Caranya mudah sahaja. Biarkan concealer sekitar satu minit kemudian barulah mulakan langkah solekan yang seterusnya.

Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural
Photo by Laura Garcia from Pexels

3. TAMBAHKAN WARNA YANG LEBIH TERANG HANYA PADA BAHAGIAN DALAM.
Jika anda tersalah beli concealer yang terlebih terang, jangan buang concealer itu dulu kerana ia boleh digunakan untuk tampilan “no-concealer” concealer. Anda boleh terapkan warna yang sedikit lebih terang daripada warna kulit pada bahagian dalam bawah mata, yang biasanya merupakan kawasan yangp aling gelap. Lapisi kembali dengan concealer rona yang senada.

4. MENYATU DENGAN BAIK
Sama ada anda menggunakan jari, berus, atau span, hal terpenting yang harus diingat ketika mengaplikasikan concealer di bawah mata adalah dengan cara dap dap dan tidak menggosoknya. Car ini amat bantu untuk menyamarkan noda tanpa kehilangan coverage yang kemas dan rata.

Ads
Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural
Photo by Ray Piedra from Pexels

5. SEGERA SAPUKAN LOOSE POWDER ATAU BEDAK DWI CARA
Selepas mengaplikasi concealer dan dibiarkan selama lebih kurang satu minit, segera sapukan bedak dwi cara atau loose powder bagi ‘mengunci’ concealer pada wajah.  Concealer yang dibiarkan begitu sahaja akan mula muncul garis-garis halus. Namun apa yang boleh dilakukan apabila keadaan ini terjadi ialah dengan cara menyapukan sedikit bedak dengan bantuan berus atau span untuk meratakan kembali garisan yang muncul pada wajah.

Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural
Photo by Suzy Hazelwood from Pexels

ENAM Cadangan Concealer Terbaik Untuk Menutupi Cela Pada Kulit Wajah

1. Maybelline Instant Age Rewind Dark Spot Concealer + Treatment Corrector

Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural

Dengan tekstur yang creamy, anda lebih mudah melakukan penyamaran, bahkan hanya dengan jari! Produk ini fokus untuk menyamarkan dan mencerahkan area hitam (dark spot) di sekitaran wajah. Concealer ini juga sesuai dipakai oleh hijabi yang sudah memasuki usia 20 – 30 tahunan. Tanda-tanda penuaan seperti kedutan dan garis halus yang muncul dapat ditutupi. Meskipun coverage-nya medium, concealer berikut terasa selesa. Bahkan, kesan cakey juga tidak akan terjadi! Satu lagi, concealer yang tahan lama ini tidak akan menimbulkan creasing pada under eye.

2. Benefit Boi-ing Airbrush ConcealerCara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural

Concealer ini juga mampu bertahan sebagai base makeup product hingga 10 jam. Bahkan, Benefit juga mereka concealer yang tahan air atau waterproof. Kelebihan lain yang dimiliki pula oleh produk ini adalah tidak perlu lagi menggunakan primer, anda masih boleh mengaplikasikannya ke wajah kerana formulanya yang begitu lembut.

Ads

3. Nars Radiant Creamy Concealer

Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural

Dengan tekstur yang sangat lembut tersebut, concealer cair yang bagus ini akan sangat mudah diadunkan dengan jari, sponge, ataupun brush untuk perolehi hasil yang flawless dan selamat di kulit. Tak hanya itu, concealer terbaik ini juga termasuk concealer yang medium to high coverage dengan pigmentasi yang sangat baik.

4. Tarte Shape Tape Contour ConcealerCara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural

Tidak perlu pakai bedak untuk meningkatkan daya solekan, Tarte Shape Tape Contour Concealer boleh menjadi jawapan buat anda yang tidak mau menggunakan makeup dengan kesan yang beratHanya dengan sedikit aplikasi, concealer ini sudah mampu menutupi segala bentuk kekurangan pada wajah. Jadi tidak ada alasan lagi untuk mengabaikan produk yang istimewa ini.

Ads

5. L’Oreal Paris True Match ConcealerCara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural

Concealer yang dipasarkan dengan harga yang berbaloi ini memberikan coverage yang tinggi dan menyatu sempurna dengan warna kulit. Jika anda punya lingkaran hitam di bawah mata yang sulit dihilangkan, L’oreal Paris True Match Concealer dipercayai mampu untuk menutupinya. Selain itu, noda dan bekas jerawat yang merosak penampilan juga boleh ditutupi oleh concealer ini.

6. Laura Mercier Secret Camouflage Concealer

Cara Betul Guna Concealer Supaya Nampak Semula Jadi Pada Kulit Wajah Barulah Solekan Nampak Natural

Concealer yang telah teruji secara dermatologi ini sesuai bagi anda yang mempunyai kulit berminyak. Produk ini tidak akan menambah minyak di pori kulit anda, tidak perlu kuawatir krimnya akan menyumbat pori-pori dan menyebabkan iritasi pada kemudian hari.

HIJABISTA: Solekan yang sempurna ialah solekan yang tidak terlalu tebal dan kelihatan natural pada kulit wajah. Elakkan sama sekali bermekap tebal kerana ia hanya membuatkan wajah anda seperti memakai ‘topeng.’

Sumber kredit: Top image:  Photo by Nika Akin from Pexels  Photo by Anderson Guerra from Pexels

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI