Cantiknya YUNA Dalam Persalinan PUTIH Pada Majlis Pernikahan Di Sebuah Resort BERTEMA ‘Garden’ Bagai Di SYURGA

Share

Petang tadi penyanyi yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yunalis Zarai atau Yuna telah selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Adam Yousof Mohamed Sinclair. Majlis dilakukan secara tertutup seakan bertemakan ‘garden wedding’. Majlis ini hanya dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja dan lokasinya dikatakan di sebuah resort di Bentong Pahang.

Pasangan sama cantik sama padan ini menggayakan persalinan serba putih. Yuna kelihatan tampak sangat ayu dan jelita dengan menyarung kurung moden renda dengan layah menutupi wajahnya.

Terselit sekuntum bunga

di tepi telinganya yang ditutupi inner kepala. Melalui gambar Adam menyarung cincin di jari Yuna di atas pelamin dihias cukup indah dan cantik dengan berlatar belakangkan hutan semulajadi. Memang sangat menyenangkan melihat gambar pernikahan mereka berdua.

Turut menjadi perhatian adalah gambar Yuna yang duduk di atas pelamin diperbuat dari kayu dan dihiasi dengan bunga segar sambil ditemani ibunya, Datin Anum Wahab.

Dalam majlis penuh sederhana itu, kelihatan keluarga pihak lelaki tampil sedondon dengan baju Melayu bertemakan warna coklat, manakala pihak perempuan pula berwarna jingga.

Sebelum ini, pasangan Yuna dan Adam telah mengikat tali pertunangan pada Ogos tahun lepas.

Sebelum bergelar raja sehari, Yuna juga seperti orang yang turut mengadakan majlis meraikan dirinya saat terakhir sebelum bergelar isteri orang. Khabarnya pasangan ini akan terus menetap di AS setelah berkahwin.

Netizen turun mengucapkan tahniah kepada pasangan ini melalui gambar yang tersebar luas petang tadi. Walaupun tiada kenyataan rasmi dari empunya badan, tetapi gambar-gambar yang  dimuat turut menggambarkan kebahagiaan pasangan ini.

ilhamagastifa1994 Selamat ya Yuna dan Adam Ashraf Sinclair

norzieros Alhamdulillahhh….tahniah sis yuna…semoga berkah berkat dalam hubungan dan membina empayar bahagi kekeluargaan dalam kehidupan berdua.

leonshahcdek TAHNIAH

a.i.d.a.april.f.l.o.w.e.r Alhamdulillah.. Semoga kekal hingga ke jannah

izafiza_shoppe Tahniah

fynazowh Eeee bestnya mcm kahwin kat syurga @nainaajoe

Apa pun HIJABISTA mengucapkan selamat pengantin baru buat Yuna yang pernah menjadi penghias muka depan majalah ini. Semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah.

SUMBER: MSTAR

KREDIT FOTO: INSTAGRAM

Published by
Siti Zurina