Berita

Cantiknya Tamara Janatea! Anak Bongsu Rhoma Irama Yang Persis Gadis Pakistan, Kini Berusia 18 Tahun

Share

Siapa masih ingat dengan penyanyi dangdut tersohor Indonesia, Rhoma Irama. Baru-baru ini, anak bongsunya tular di media sosial dek kerana raut wajahnya yang persis gadis Pakistan.

Kredit Foto: timtamiere

Ia diketahui melalui akaun Instagram milik anaknya itu yang dikenali sebagai Tamara Salshabilla Janatea. Akaun tersebut memaparkan beberapa koleksi foto Tamara dari zaman kanak-kanak sehingga kini.

Terdapat juga beberapa foto Tamara bersama ibunya.

Kebanyakan netizen tidak menyangka Rhoma Irama mempunyai seorang anak perempuan yang cantik persis gadis Pakistan.

Kredit Foto: timtamiere

“Assalamualaikum, Tamara, baru beberapa hari lepas saya tengok di YouTube anaknya Pak Haji, Masha Allah, rupa-rupanya dia ada anak perempuan yang cantik, sihat selalu ya, anak yang soleh,” tulis netizen.

“Cantiknya, baru nampak adik Ridho Irama,” tulis seorang netizen.

BACA JUGA: Raja Dangdut Tekad Tak Mahu Ulangi ‘Zaman Jahil’ Kini Berusaha Istiqamah, Abdikan Diri Di Jalan Dakwah!

Rupa-rupanya ibu kepada Tamara iaitu Gita Andini Saputri yang berasal dari Solo mempunyai darah Pakistan.

Kredit Foto: timtamiere

Maka, tak hairanlah Tamara mewarisi darah kacukan daripada ibunya itu.

Untuk info, Rhoma Irama memiliki peranan penting dalam perkembangan dangdut di Indonesia. Karier seni muziknya bermula dengan kumpulan orkestra Gayhand (1963), diikuti dengan kumpulan orkestra Melayu bernama El Sitara.

Namanya semakin dikenali apabila menubuhkan kumpulan muzik dangdut bernama Soneta (1973). Sepankang kariernya, Rhoma Irama berjaya mengeluarkan 18 album bersama Soneta.

Beberapa album yang menjadi hits sehingga kini iaitu Begadang (1973), Bahan Muda (1975), dan Bujangan (1994). Beliau juga hebat menggabungkan muzik Melayu, pop rock dan muzik India.

 

 

Published by
Amy Mohd