Nama anak kedua kepada pelawak dan usahawan tanahair, Shuib Sepahtu tular serta menjadi bualan ramai setelah membuat persembahan busking anjuran Radio Era di Bukit Bintang baru-baru ini.
Ternyata Talita atau nama penuhnya Dzahira Talita Zahra, 11, memiliki bakat nyanyian dan aura tersendiri persis arwah ibunya, Siti Sarah Raisuddin.
Tak sekadar itu, jika dilihat sekali imbas Talita yang mesra disapa sebagai Dekta turut memiliki raut wajah saling tak tumpah seperti ibunya.
Lebih-lebih lagi apabila Talita menyarungkan tudung, comel dan manis sangat.
Talita bertuah kerana arwah ibunya turut memiliki jenama tudungnya sendiri iaitu Loveta.
Secara tidak langsung, legasi yang ditinggalkan oleh arwah ibunya melalui jenama tudung yang dibangunkan sejak tahun 2019 itu masih mendapat sambutan dan permintaan yang sangat baik.
Semoga Talita membesar menjadi seorang anak yang solehah seterusnya bergelar Muslimah sejati yang diredhai Allah SWT.
Untuk info, bisnes tudung Loveta kini diusahakan oleh ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin iaitu Siti Fatimah Suberi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Ratasya Empire (M) Sdn Bhd.
Terdahulu, pada 9 Ogos 2021, Allahyarham Siti Sarah menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akibat jangkitan Covid-19.
Hasil perkongsian hidup bersama pelawak dan usahawan terkenal Shuib sejak tahun 2011, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, Dzahira Talita Zahra, Ariq Matin, dan Ayash Affan.
Shuib kemudian berkahwin dengan usahawan Watie Hanifiah pada 23 Jun 2023.
BACA JUGA: Gayakan Jubah & Tudung Labuh Pemberian Siti Sarah, Nora Danish Mahu ‘Hadiahkan’ Pahala Buat Arwah!
Menjengak ke ruangan komen di akaun Instagram Suciuwais, rata-rata memuji Talita yang kelihatan manis bertudung. Mereka turut mendoakan agar suatu hari nanti Talita tampil menutup aurat
“Pakai tudung Talita nampak lagi berseri.”
“Kan elok Talita pakai macam ni.. macam ibu.. sejuk ibu kat sana.”
“MashaAllah cantiknya Makder & Dekta. Macam kakak dengan adik.”
“Semakin lawa anak dara pak shuib ni.”