Sejak berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji, penampilan selebriti Fouziah Gous semakin cantik dan santun. Ternyata beliau bijak menggayakan busana berpadanan sesuai dengan penampilannya yang kini berhelar Hajah. Beliau yang turut berjinak-jinak berhijab sebelum itu dan akhirnya mengambil keputusan berhijab sepenuhnya balik dari mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Ternyata wajahnya memang sesuai berhijab kerana memperlihatkan sisi cantik dirinya yang sebenar. Namun walaupun berhijab, tidak sesekali membataskan dirinya untuk bergaya dan jadi stailo seperti orang lain.
Malah beliau juga cukup bijak mix and match busana berpadanan ditambah pemilihan selendang menutupi mahkota yang satu.
Menurut ibu kepada dua anak ini juga beliau banyak menerima hadiah tudung dari teman-teman ataupun peminatnya dan begitu menghargai setiap pemberian hadiah yang diberi kepadanya.
Follower beliau di laman sosial juga suka melihat penampilan terbarunya kini yang sangat manis dan membuatkan sejuk mata memandang.
Ayuh lihat #OOTD Fouziah Gous yang anggun berhijab kala menghadiri majlis santai atau formal hingga mendapat pujian netizen.