Isi Kandungan
ToggleSejak berhijab selepas pulang dari mengerjakan ibadah haji, penampilan selebriti Fouziah Gous semakin cantik dan santun. Ternyata beliau bijak menggayakan busana berpadanan sesuai dengan penampilannya yang kini berhelar Hajah. Beliau yang turut berjinak-jinak berhijab sebelum itu dan akhirnya mengambil keputusan berhijab sepenuhnya balik dari mengerjakan rukun Islam ke lima itu.
Ternyata wajahnya memang sesuai berhijab kerana memperlihatkan sisi cantik dirinya yang sebenar. Namun walaupun berhijab, tidak sesekali membataskan dirinya untuk bergaya dan jadi stailo seperti orang lain.
Malah beliau juga cukup bijak mix and match busana berpadanan ditambah pemilihan selendang menutupi mahkota yang satu.
Menurut ibu kepada dua anak ini juga beliau banyak menerima hadiah tudung dari teman-teman ataupun peminatnya dan begitu menghargai setiap pemberian hadiah yang diberi kepadanya.
Follower beliau di laman sosial juga suka melihat penampilan terbarunya kini yang sangat manis dan membuatkan sejuk mata memandang.
Ayuh lihat #OOTD Fouziah Gous yang anggun berhijab kala menghadiri majlis santai atau formal hingga mendapat pujian netizen.
#1. roseeibrahim2276 Cantiknya u bertudung
#2. farahruhiah Allahuakbar.. Cantikkk puan fouziah berhijab.. Moga istiqamah, insyaAllah
#3. saloma756 cantik hajjah
#4. zalikha.ieka.75 Cantik sgt berhijab
#5. jinanie_ kakak you so beautiful. i love you.
#6. bella_leesha Cntiknya paki tdg..moga trus istiqomah..aamiin…
#7. _anadayana Cantiknya sis. Sopan n manis
#8. zi.mekani Comei ayuuu bertudung.makin lawaa
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Umrah Che Ta Kali Ini Cipta Kelainan Dengan Berdakwah Di Laman Sosial & Gayanya Di Sana Bagai PUTERI Arab
Isi Kandungan
ToggleSeperti yang kita maklum, pelakon Rozita Che Wan kini sedang mengerjakan umrah di tanah suci, Mekah. Pemergiannnya adalah bersama suami tersayang melalui satu travel agensi bertauliah. Biarpun sedang mengerjakan ibadah di sana, tetapi gaya Che Ta masih lagi menepati syariat Islam dengan menutup aurat. Selebriti ini juga berdakwah kepada followernya melalui setiap caption dimuat turun dalam setiap foto.
Menariknya walaupun sedang mengerjakan ibadah di sana, pelakon ini tetap menjaga penampilan dirinya. Gayanya tidak pernah kalah sepanjang berada di tanah suci berkenan. Tidak ketinggalan setiap penampilannya itu dipadankan dengan pemakaian kaca mata dan juga beg tangan yang sentiasa ada di sisi.
Selain mengenakan jubah dengan khimar, Che Ta juga turut mengenakan niqab sepanjang berada di sana. Menurut Che Ta, gaya hijab yang dipakainya itu adalah untuk melindungi diri dari pandangan syaitan.
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Sepanjang berada di sana, memang dapat dilihat pelakon ini sering bertukar-tukar pemakaian jubahnya. Begitu juga dengan beg tangannya yang silih berganti mengikut warna jubah yang disarung Che Ta.
Gayanya yang tetap stailo ini mendapat pujian netizen. Mereka suka melihat penampilannya yang menarik, santun dan paling penting menutup aurat.
feyzcandyazahari amin…happy nya tgk che ta. kt dr dulu peminat che ta, rse cantikk sgt che ta.
dyxy_fynn Sampaikan salam pd kekasih Allah. Nabi muhammad saw
noreen_majid Semoga mendapt umrah yg makbrul doa kan kak ya
kyna.dee_Why are you so beautifullll
jemiyoebagus sejuk mata memandang… teruskan bertutup begini…. inilah yg sgt terbaikk…
Selain itu setiap foto yang dimuat turun oleh Che Ta disertakan sekali dengan caption yang lebih kepada kata-kata berunsur keinsafan, motivasi dan pujian kepada Maha Penciptanya. Semoga pemergian Che Ta dan suaminya kali ini mendapat keberkatan dariNya.
rozitachewan1 Hidup ini penuh dengan pilihan, apapun yang membuat kamu sedih tinggalkan. Dan segala sesuatu yang membuatmu bahagia, jangan pernah dilepaskan…
rozitachewan1 Allah is my only hope..
rozitachewan1 I seek the forgiveness of Allah and repent to Him ….
rozitachewan1 “Hidup adalah sebuah ujian, jika Allah menjawab doa-doamu, berarti Allah ingin meningkatkan keimananmu. Jika Allah menunda menjawab doamu, berarti Allah ingin meningkatkan kesabaranmu. Jika Allah tidak menjawab doamu, maka yakinlah bahwa Allah memiliki rencana yang lebih baik untukmu..
rozitachewan1 Ingatlah.. Allah selalu memberikan kelebihan dibalik kekurangan.. Allah selalu memberikan Kekuatan dibalik kelemahan..”
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
Jom layan 10 #OOTD Che Ta paling menarik sepanjang berada di sana.
1. atiqahazizannn Cntiknyaaa
2. rozitachewan1 Live simply..
3. byrcw.nelly SubhanAllah.
4. eadieton Alhamdulillah
5. anne_danishazhar Nice
A post shared by Rozita Che Wan (@rozitachewan1) on
6. putera____ moga istiqama
7. missfazura Absolutely right sissy
8. fatiyalatiff Cantik gila jubaaa
9. hattadolmat_ cantik nye siss
10. pipimimililis Beautifull dress
KREDIT FOTO: INSTAGRAM ROZITA CHE WAN
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Salah Satu Rahsia Kecantikan Cleopatra Dan Ini Cara Betul Gunakan Aloe Vera. No 5 Khas Untuk Rawat Kulit Kusam
Isi Kandungan
ToggleAloe Vera dikenali bersifat untuk menyembuhkan luka selama ribuan tahun lalu hingga kini. Ia terdiri daripada kira-kira 99% air dan selebihnya kebaikan tulen. Kebanyakkan kita telah tahu bahawa ia sangat berkesan untuk selaran matahari tetapi Aloe Vera mempunyai begitu banyak ciri-ciri bermanfaat yang dapat dipanggil super-plant.
Penyelidik dapati aloe vera adalah salah satu rahsia kecantikan Cleopatra. Hijabista, kongsi rahsia yang menakjubkan ini dan menyediakan cara yang berguna untuk hijabi semua.
1. Rawat Luka
Aloe vera telah dikenali selama berabad-abad sebagai penyembuh hebat untuk pelbagai jenis kerosakan kulit, seperti luka. Ia meningkatkan pertumbuhan sel-sel kulit dan tisu baru dan mempercepat pertumbuhan semula tisu.
Cara menggunakannya:
• Potong daun separuh, memanjang.
• Letakkan bahagian potong pada potongan.
2. Rawat Luka Terbakar
Aloe vera telah digunakan untuk merawat luka bakar kecil untuk masa yang lama. Ia mempunyai kesan penyejukan seperti mentol, mengurangkan keradangan, dan mengaktifkan regenerasi tisu dan kulit.
Cara menggunakannya:
• Potong duri di sisi daun.
• Potong daun memanjang.
• Campurkan gel yang jelas dengan pisau.
• Sapukan gel secara langsung kepada pembakaran.
3. Rawat Dari Gigitan Serangga
Digigit serangga membuatkan kulit gatal kerana air liur serangga yang mengandungi racun dan alergen yang berbeza yang mengakibatkan gatal-gatal, bengkak atau kerengsaan pada tahap yang berbeza. Aloe vera memberikan kesan penyejukan dan melegakan kesakitan dan gatal-gatal dan mengurangkan keradangan.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Sapukan gel yang jelas di kawasan yang terjejas.
4. Rawat Radang Dingin
Aloe vera boleh digunakan untuk merawat radang dingin dan mengurangkan kerosakan daripadanya. Ia mempunyai tahap tinggi vitamin E yang tidak terkalahkan apabila ia membaiki kulit. Perlu diingat bahawa ‘frostbite’ adalah keadaan yang sangat serius dan jika anda memilikinya, idea yang terbaik buat pemeriksaan lanjut oleh doktor.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Kupas lapisan kuning tepat di bawah kulit.
• Sapukan gel di kawasan yang terjejas.
5. Pengelupasan
Aloe vera akan membantu anda untuk merasai kulit anda baru semula dengan cara pengelupasan ini. Membuang sel-sel kulit mati dan sangat lembut sehingga ia boleh digunakan pada kulit sensitif. Terdapat banyak skrub aloe vera dan pengelupasan yang terdapat di kedai-kedai hari ini, tetapi anda boleh membuat sendiri hanya dengan tumbuhan ini.
Cara menggunakannya:
• 2 sudu besar gel aloe vera
• 2 sudu besar gula perang organik
• 1 sudu jus lemon
• Campurkan dan sapukan pada kulit.
• Bilas sehingga bersih.
6. Mencegah Dan Merawat Jerawat.
Aloe vera juga dikenali untuk membaiki sel-sel kulit dan ciri-ciri anti-kulat dan anti bakteria yang menjadikannya sangat berkesan apabila menghalang jerawat dan merawat jerawat dan kulit kemerahan. Ia juga membantu dengan apa-apa kecacatan, parut pasca pelarian dan kulit yang rosak kerana sifat penyembuhannya.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Sapukan gel yang jelas di kawasan yang terjejas.
7. Skrub Badan
Aloe vera mempunyai ciri-ciri anti-bakteria dan anti-radang yang sangat kuat yang menjadikannya cuci badan yang sangat berkesan dan lembut. Kedua-dua lidah buaya dan vitamin E sangat baik untuk pembaikan sel kulit dan minyak pati menjadikan kulit licin dan lembut.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Campurkan gel – anda memerlukan kira-kira 1/4 cawan.
• Campurkan dengan sabun cair, 3/4 cawan.
• Tambah 1 sudu vitamin E.
• Tambah beberapa titis minyak seperti lavender, geranium, serai atau minyak chamomile. Semua minyak ini sangat bermanfaat untuk kulit.
8. Pelembab Kulit
Aloe vera adalah pelembap semulajadi yang sangat baik – ia sangat baik untuk kulit kering atau sensitif kerana ia menyerap sangat cepat dan melembapkan tanpa menyekat liang-liang, tidak seperti pelembap yang dibeli di kedai lain.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Campurkan 2 sudu teh gel yang jelas.
• Campurkan dengan 2-3 sudu minyak kelapa.
9. Rawatan Rambut
Aloe vera sangat berkesan sebagai rawatan keguguran rambut. Ia mengandungi enzim yang membaiki sel kulit mati pada kulit kepala dan merangsang pertumbuhan rambut baru.
Cara menggunakannya:
• Potong daun memanjang.
• Campurkan 2 sudu teh gel yang jelas.
• Campurkan dengan 2-3 sudu minyak kelapa.
• Tambah 1-2 sudu besar madu.
• Sapukan pada kulit kepala dan rambut anda dan biarkan selama 40 minit.
• Bilas dan basuh rambut anda seperti biasa.
SUMBER: BRIGHTSIDE & 5 MINUTE CRAFT
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dah Boleh Merentas Negeri! Jom Ikuti Tip Solekan Mudah Ini Untuk Pulang Ke Kampung! 5 Minit Je Tau!
Dah boleh merentas negeri! Maksudnya dah boleh pulang ke kampung! Wah pasti ramai yang begitu teruja dengan pengumuman oleh pihak kerajaan baru-baru ini tentang hal itu. Jadi, untuk memastikan anda cantik bergaya berjumpa keluarga atau insan tersayang yang sudah lama tidak berjumpa, wajah kenalah berseri-seri dengan solekan yang sempurna!
Tak perlu bawa semua alatan solekan anda pun untuk tampil berseri pulang ke kampung. Cukup dengan hanya bawa alatan solekan yang asas! Takdelah bagasi jadi padat dan anda pun mudah untuk bersolek nanti! Nak tahu apa alatan solekan asas tu? Jom baca!
- Foundation sebagai langkah utama
Untuk tampil berseri berjumpa dengan yang tersayang, jangan dilupakan pemakaian ‘foundation’ ni benda paling asas yang harus disapukan pada muka. Untuk pemilihan ‘foundation’, ada tiga jenis yang anda boleh pilih samaada dalam bentuk ‘liquid’, ‘cream’ dan ‘powder’. Bagi anda yang memiliki jenis kulit berminyak, anda tidak digalakkan memakai liquid foundation kerana ia akan membuatkan kulit lebih berminyak manakala yang berkulit kering sebaiknya tidak menggunakan powder foundation. Kekemasan saat menggunakan foundation pada muka boleh dimiliki dengan menggunakan jari, berus foundation, span ataupun beauty blender. Berus akan memberikan hasil coverage yang lebih baik!
2. Jangan lupa concealer!
Seterusnya, jangan lupa bawa ‘concealer’ adalah untuk menutup segala cela pada muka seperti lingkaran gelap bawah mata, jerawat dan parut-parut yang ada. Petuanya, pastikan pilih yang lebih cerah daripada kulit atau warna ‘foundation’ korang.
3. Loose/Compact powder untuk ‘touch up’.
Fungsi bedak loose dan compact adalah untuk ‘touch up’ solekan ‘foundation’ yang anda sudah pakai di muka. Tekstur ‘loose powder’ adalah lebih ringan dan lembut. Bedak ini sesuai dipakai oleh orang yang kulit berminyak. Formula di dalam bedak ini membantu untuk menyerap minyak berlebihan pada kulit anda. Untuk kesan yang menarik, anda boleh menggunakan span puff ataupun berus solekan untuk mendapatkan hasil yang natural. ‘Compact powder’ pula biasanya dibawa ke mana-mana kerana bekasnya yang kecil. Teksturnya berbeza dengan ‘loose powder’ kerana ia lebih padat dan formulanya sesuai untuk orang yang berkulit kering. Cara nak pakai ‘compact powder’ cuma lakukan teknik DAB DAB sahaja.
4. Pemerah pipi
Penggunaan ‘blusher’ ini sebenarnya boleh bantu untuk menaikkan seri muka. Ia boleh menjadikan wajah anda tampak segar sepanjang hari. ‘Blusher’ terdapat dalam bentuk compact, stick dan juga liquid.
5. Magisnya si Maskara
Untuk mata nampak seksi dan cantik, jangan lupa bawa maskara ya! Semua orang tahu fungsi maskara adalah untuk melentikkan dan menebalkan lagi bulu mata. Pilih jenis maskara yang sesuai dengan bulu mata anda! Jika mahukan kesan hitam yang kuat dan tebal, pilih produk maskara yang mampu menaikkan volum bulu mata anda!
6. Gincu pelengkap gaya asas!
Gincu merupakan produk asas untuk melengkapkan gaya solekan anda Jika anda suka warna soft dan nak tampak natural, pilihlah warna nude. Sebelum anda ingin mengenakan lipstik, jangan lupa untuk memakai pelembap bibir atau ‘petroleum jelly’ supaya bibir korang sentiasa lembap dan nampak fresh.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI