Cantiknya Mira Filzah Jadi PENGAWAS Dengan HIJAB Segera & Mekap POLOS Sempena Sambutan HARI JADI

Share

Pelbagai cara dilakukan oleh seseorang untuk meraikan sambutan hari lahir. Ada yang menyambut di luar negara atau sekadar majlis bersama keluarga. Bagi selebriti Mira Filzah dia juga mempunyai cara tersendiri untuk menyambut hari lahirnya yang ke 25. Pelakon cantik manis ini menggunakan tema ‘back to school’ untuk sambutan hari jadinya bersama keluarga dan peminat. Pada majlis itu Mira memilih persalinan uniform pengawas sekolah warna biru. Ternyata dia begitu comel dan begitu terserlah sifat sebagai seorang remaja sekolah.

Jika tahun sebelumnya Mira menyambutnya dengan bertemakan ‘garden’ dan ‘bollywood dan kali ini sambutannya memang lain dari yang lain dengan mengenang zaman persekolahannya.

Dia yang hanya mengenakan hijab segera dengan mekap polos memang menyerlah gaya budak sekolah. Malah Mira Filzah juga tetap kelihatan comel dan cantik.

Peminatnya yang hadir juga begitu ‘sporting’ mengenakan tema mengikut majlis. Rata-rata yang hadir begitu teruja dan enjoy sepanjang majlis diadakan.

@khairunizati_ Comel gila

@shahiraalias Hb mira filzah.mmng srnk join event smlm

@ojirashid Alahai comelnya semua! Tema sekolah cute sangatansyafeqSlmat hri lahir

@mfmirafilzah moga bahagia di smping org trsayang,comel lh mira pkai bju sekolah tu. Cantik akk bju pengawas.

Ayuh kita lihat foto-foto menarik pelakon kecil molek yang semakin hari semakin ramai mengumpul follower di laman sosialnya.

#Ceria

#Love

#Selfie

#Mesra

#Bodyguard

#Pengawas sekolah

#Peace

#Comel

#Sweet

#Buat kenangan

KREDIT FOTO: INSTAGRAM MIRA FILZAH

ARTIKEL BERKAITAN: OOTD Pengacara Baru Nona, Si Cantik Manis Mira Filzah

Published by
Siti Zurina