Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi dalam industri seni tanah air. Bukan sahaja hebat dalam bidang lakonan, malah baru-baru ini Amyra Rosli telah dinobatkan sebagai ‘Pengacara Paling Dipercayai’.
Namun, apa yang lebih menarik perhatian Hijabista lagi adalah penampilan pengacara Nona dan juga isteri kepada aktor kacak, Amar Baharin ini ketika sambutan ulang tahun kelahiran suaminya, baru-baru ini.
@saraofficial.my Terima kasih dear @Amyra rosli sbb sudi pakai khimar set dari Sara Official 🌹 #khimar #khimarmalaysia #hijabfashion #fyp #amyrarosli #muslimahhijrah #muslimah ♬ original sound – 🅰️RVIAN – arviandwi
Perkara berkenaan menjadi tular di aplikasi TikTok dimana sebuah video memaparkan Amyra yang kelihatan begitu sopan dan anggun ketika mengenakan tudung labuh atau khimar bersama jubah berona merah hati pada majlis kesyukuran dan tahlil sempena sambutan hari lahir Amar.
Hijabista sempat meninjau ruangan komen pada hantaran tersebut dan mendapati rata-rata warganet turut terpesona dan terpukai ketika menyaksikan keanggunan Amyra dalam busana patuh syariah itu.
Artikel Berkaitan : “Doakan Kesembuhan Untuk Superman Saya” – Amyra Mohon Doa Orang Ramai.
Sehubungan itu, ruangan komen hantaran berkenaan telah dibanjiri dengan doa agar Amyra itu sentiasa bahagia bersama keluarga tercinta.
Setakat artikel ini ditulis hantaran video berkenaan telah ditonton sebanyak 284.7 ribu kali dan menerima sebanyak 16.2 ribu tanda suka.
Sekadar info, Amyra dan Amar telah mendirikan rumah tangga pada 11 November 2016.
Hasil perkahwinan tersebut mereka memiliki dua cahaya mata, Aqeef Anaqi dan Ayra Aryssa.
Sumber: TikTok Saraoffial.my & Instagram Amyra Rosli
Artikel Berkaitan : “Tiada Limitasi Dalam Berfesyen Dan Ia Bebas!” – Amyra Rosli Kongsi Pendapat Berfesyen Dalam Berfantasi Bersama dUCk
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.