Makin besar makin cantik dua puteri kesayangan Arni Nazira ni. Masing-masing dah bergelar remaja pun.
Semakin cantik dan ayu persis ibu mereka ketika muda. Apatah lagi dalam imej bertudung. Terpesona dan tak jemu mata memandang!
Arni Nazira atau nama sebenarnya, Arni Nazira Anuar merupakan penyanyi dan pelakon terkenal sekitar tahun 90an. Arni pernah popular dengan lagu berjudul ‘Cinta Antara Benua’.
Menurut Arni, Puteri Aleeya Antasha (23) dan Puteri Aleefa Antasha (21) masing-masing kini lulusan sebuah kolej swasta dalam bidang event management.
Disebabkan minat serta hubungan dua beradik ini sangat rapat, kedua-duanya memilih bidang pengajian yang sama.
Arni turut mendedahkan, kedua-dua Puterinya itu memiliki karakter yang berbeza. Namun begitu, perbezaan itulah yang membuatkan mereka lebih rapat dan saling melengkapi.
Untuk info, Puteri Aleeya Antasha dan Puteri Aleefa Antasha merupakan zuriat hasil perkahwinan Arni yang pertama bersama penyanyi rock tanahair, Dato’ Awie namun bercerai pada tahun 2006.
BERBEZA KARAKTER
“Memandangkan Puteri Aleeya anak yang sulung maka kami menggelarnya Kakak. Dia seorang yang lembut, kakak yang penyayang dan sangat menjaga adik-adiknya. Memang terserlah karakter anak sulung dalam dirinya.
“Puteri Aleeya juga rajin mengambil tahu tentang adik adiknya yang lain. Disebabkan itulah dirinya menjadi lebih matang, bertanggungjawab dan berdikari.
Manakala Puteri Aleefa, karakternya sedikit ‘kasar’ berbanding kakaknya. Namun, dia juga seorang yang sangat penyayang dengan adik-adiknya. Saya bersyukur kedua-duanya mudah mendengar kata dan berfikiran matang.”
PERTURUNKAN PETUA CANTIK
Selain mewarisi raut wajah ibu, Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa juga bertuah kerana memiliki kulit yang putih bersih serta mulus. Agaknya apa petua cantik yang Arni perturunkan kepada puteri-puterinya itu?
“Tiada sebarang petua yang khusus cuma pesanan saya pada mereka ialah sentiasa menjaga kulit, lebih-lebih lagi di usia remaja sekarang. Kulit akan mudah bermasalah kalau tak jaga dengan betul,” kongsi Arni yang masih kekal jelita dalam usia 44 tahun.
Harapan Arni buat Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa agar mereka sentiasa menjaga diri dan yang paling penting menjaga solat.
“Saya mendoakan mereka menjadi anak-anak yang solehah, berakhlak mulia, kental jiwanya dan tidak mudah tersasar dari landasan hidup yang sebenar, Insya-Allah.
“Saya mahu yang terbaik buat anak-anak, bukan saja Puteri Aleeya dan Puteri Aleefa bahkan anak-anak yang lain juga.”
BAHAGIA
14 tahun menyepikan diri dari bidang seni, Arni kini bahagia sebagai isteri, ibu dan suri rumahtangga sepenuh masa setelah mendirikan rumahtangga buat kali ke-2 pada tahun 2009.
Arni bahagia bersama suami tercinta, Wan Mohd Hazrie Wan Mokhtar yang merupakan seorang usahawan. Mereka dikurniakan tiga anak iaitu Wan Muhammad Mua’dz (13), Wan Ayesha Maserra (11) dan Wan Muhammad Mushrief (8).
Anak jati Terengganu ini mula digilap bakatnya menerusi pertandingan nyanyian Asia Bagus 1996. Antara filem lakonan Arni ialah Nafas Cinta (1998) dan Bara (1999).
Kredit Foto: IG Arni Nazira, Puteri Aleeya Antasha & Puteri Aleefa Antasha
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI