Cantikkan Lantai Simen Guna Cat Epoxy, Lepas Ini Tak Perlu Lagi Bentang Tikar Getah

Share

Tidak perlu lagi guna tikar getah kerana cat epoxy boleh dijadikan pilihan yang tepat. Bukan sahaja nampak kemas dan menarik, penggunaan cat epoxy menjadikan ruang yang berlantaikan lantai simen nampak lebih berbeza.

Tidak perlu lagi memikirkan hendak beli tikar getah kerana kos untuk tikar getah juga bukannya murah. Anda boleh cuba cara ini. Ikuti perkongsian berikut.

Just nak share dekat you all tips macam mana tak perlu guna tikar getah lagi. Rumah sewa kami bersimen sahaja. So kami ambil inisiatif sendiri untuk buang tukar getah yang leceh tu. Nak kene tukar setiap tahun. Bersemut bawahnya, berair, leceh.

Ingat walaupun rumah sewa jangan kedekut dan berkira nak jaga rumah orang. Kita jaga rumah orang, suatu hari nanti kita dah ada rumah untuk disewekan, insyaAllah penyewa kita jaga rumah kita. Tuan rumah tak nak pasang tiles, tak pelah. Kita cat bagi cantik.

Kami guna cat Epoxy ni untuk selesaikan masalah tikar getah yg high maintanance tu.

 

Kenapa kami pilih cat epoxy putih?
1. Epoxy ni catnya untuk industrial work place biasanya,so tak licin dan nampak kemas.
2. Lantai tak sejuk dah dan tak mudah berpasir.


3. Senang nak mop dan sapu.
4. Warna putih nampakkan ruang lapang dan besar jangan risau tak mudah kotor sebab senang nak lap permukaan nya.

Kami dah pakai lebih 4 bulan so memang recommended.

Tips masa nak cat:
1. Korang kene kosongkan perabut atas lantai.
2. Better korang buat part by part. Sikit-sikit sebb nanti nak jalan susah.
3. Nak keringkan ambil masa 16jam.
4. So bila bahagian yang dh dicat tu dah kering, cat pula bahagian yang dh korang lopongkan untuk laluan tu.
5. Jgn letak perabut berat selepas dah kering. Tunggu 24jam then baru kemas balik. Takut tanggal catnya.


6. Tips akhir, jangan kedekut cat, buat tebal sikit so lebih cantik dan lambat nak terkopek.

Cat Epoxy jenis: NIPPON PAINT
Kene beli hardener dia sekali ok. Tong kecil tu, sila rujuk gambar.
Cost: 1 cat + 1 hardener RM86
Ratio: 1set cat boleh buat utk 150sqft.

Mana nak beli cat?
Kedai Hardware, banyak pilihan warna.

Sumber: Muaz Diyana via Kelab Kaki Deco Kaison, Ikea, Romantika, Eco dan Mr DIY

Published by
Norhasliza