Pempengaruh ini mencuba satu celak ‘tradisional’ yang cukup menarik. Namun, ramai yang risau dengan cara untuk memakai celak tersebut bila dia mula meletakkan dia mata.
Artikel berkaitan: Trend Solekan Lapuk Yang Tak Patut Anda Bawa Ke 2023. #15 Sukar Dilepaskan
Dunia media sudah tentu akan menghiburkan dan mendidik kita dengan sesuatu benda yang baru setiap hari. Hari ini kita dapat lihat tutorial solekan pemakaian celak ‘tradisional’ oleh pempengaruh Sofea Shra, @sfeashraa.
Dia yang terkenal dengan menggayakan gaya hijab yang simple
dan menarik sering menjadi perhatian orang ramai. Kali ini, percubaannya menggunakan celak ‘tradisional’ ini agak merisaukan ramai orang.Celak yang dia gunakan adalah celak Ithmid iaitu celak yang sering digunakan oleh orang Arab. Alatan solekan ini sangat menarik kerana ia di dalam bekas kecil yang di datangkan bersama besi halus yang digunakan untuk hasilkan solekan celak.
@sfeashraa susah ye sebenarnya nak pakai benda ni hahaha #kohlmalaysia #kohl ♬ original sound – Sofea Shra
Di dalam video itu dia menyatakan keterujaannya untuk mencuba alat solek tersebut. Ianya cuma kecil sahaja berbanding dengan apa yang dia bayangkan.
Apabila dia mulai menggunakan alatan itu dengan semua agak terkejut. Cara gunakannya perlu di gosokkan besi kecil itu di antara kelopak mata untuk menghasilkan garisan cantik di ‘water line‘ mata.
Katanya, ia agak susah untuk di gunakan tetapi cukup menarik di samping mempunyai kebaikan tersendiri. Tambahan lagi, produk itu di sarankan untuk digunakan sewaktu sebelum tidur.
Sofea menyatakan di dalam video itu tiada rasa sakit meski pun kelihatan agak ‘memeritkan’. Katanya dia terlebih rasa geli-geli sewaktu menggunakan alatan itu.
Meninjau di ruangan komen, sudah tentu ramai yang memberikan reaksi yang pelbagai. Rata-ratanya menyatakan penggunaan alat itu agak ‘menyeramkan’.
“Weh kita pulak seriau tengok dia pakai tu..,
“Takut lah macam cucuk mata, tapi menarik!” antara mereka yang agak terkejut dan takut melihat cara pemakaiannya.
Tetapi ada juga segelintir komen yang menyatakan kebaikan memakai celak ini. Ianya bagus untuk bantu masalah rabun.
Artikel berkaitan: Ramai Teruja Solekan Tunku Aminah! Tular Video Di Tiktok, Juru Solek Dari Thailand Dedah Produk Yang Digunakan
“For eyesight maybe betul…sebab masa kecik-kecik dulu suka pakai khal. And I tiada masalah rabun langsung sampai sekarang.” ujar salah seorang warganet.
Sumber: TikTok @sfeashra
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.