Pempengaruh ini mencuba satu celak ‘tradisional’ yang cukup menarik. Namun, ramai yang risau dengan cara untuk memakai celak tersebut bila dia mula meletakkan dia mata.
Artikel berkaitan: Trend Solekan Lapuk Yang Tak Patut Anda Bawa Ke 2023. #15 Sukar Dilepaskan
Selamat ke pakai itu? Tak sakit?
Dunia media sudah tentu akan menghiburkan dan mendidik kita dengan sesuatu benda yang baru setiap hari. Hari ini kita dapat lihat tutorial solekan pemakaian celak ‘tradisional’ oleh pempengaruh Sofea Shra, @sfeashraa.
Dia yang terkenal dengan menggayakan gaya hijab yang simple dan menarik sering menjadi perhatian orang ramai. Kali ini, percubaannya menggunakan celak ‘tradisional’ ini agak merisaukan ramai orang.
Celak yang dia gunakan adalah celak Ithmid iaitu celak yang sering digunakan oleh orang Arab. Alatan solekan ini sangat menarik kerana ia di dalam bekas kecil yang di datangkan bersama besi halus yang digunakan untuk hasilkan solekan celak.
@sfeashraa susah ye sebenarnya nak pakai benda ni hahaha #kohlmalaysia #kohl ♬ original sound – Sofea Shra
Di dalam video itu dia menyatakan keterujaannya untuk mencuba alat solek tersebut. Ianya cuma kecil sahaja berbanding dengan apa yang dia bayangkan.
Apabila dia mulai menggunakan alatan itu dengan semua agak terkejut. Cara gunakannya perlu di gosokkan besi kecil itu di antara kelopak mata untuk menghasilkan garisan cantik di ‘water line‘ mata.
Katanya, ia agak susah untuk di gunakan tetapi cukup menarik di samping mempunyai kebaikan tersendiri. Tambahan lagi, produk itu di sarankan untuk digunakan sewaktu sebelum tidur.
“Tak sakit ke bila gosok di mata?” – warganet
Sofea menyatakan di dalam video itu tiada rasa sakit meski pun kelihatan agak ‘memeritkan’. Katanya dia terlebih rasa geli-geli sewaktu menggunakan alatan itu.
Meninjau di ruangan komen, sudah tentu ramai yang memberikan reaksi yang pelbagai. Rata-ratanya menyatakan penggunaan alat itu agak ‘menyeramkan’.
“Weh kita pulak seriau tengok dia pakai tu..,
“Takut lah macam cucuk mata, tapi menarik!” antara mereka yang agak terkejut dan takut melihat cara pemakaiannya.
Tetapi ada juga segelintir komen yang menyatakan kebaikan memakai celak ini. Ianya bagus untuk bantu masalah rabun.
Artikel berkaitan: Ramai Teruja Solekan Tunku Aminah! Tular Video Di Tiktok, Juru Solek Dari Thailand Dedah Produk Yang Digunakan
“For eyesight maybe betul…sebab masa kecik-kecik dulu suka pakai khal. And I tiada masalah rabun langsung sampai sekarang.” ujar salah seorang warganet.
Sumber: TikTok @sfeashra
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Rasa Lebih Tenang Dan Sempurna Apabila Memakai Hijab”- Fazura
Penghias muka hadapan edisi khas Majalah Hijabista Edisi Jawi kali ini menampilkan selebriti tanah air popular, Nur Fazura ataupun Fazura yang membincangkan perihal legasi perniagaannya, kerjaya sebagai ahli perniagaan, jenama tudung dan simbolik penghijrahannya.
Menyentuh mengenai penghijrahannya berhijab, ramai yang tertanya-tertanya mengenai beberapa gambarnya yang berhijab di laman Instagram pelakon popular ini. Menjadi bualan ramai tentang imej terbarunya yang berhijab, Fazura lebih selesa untuk mendiamkan diri dan memfokuskan kepada jualan tudungnya yang sentiasa laris dan menerima sambutan yang begitu baik.
Langkah Kecil Perubahan Untuk Kebaikan
Menurutnya, jenama Tudung Fazura ini merupakan salah satu langkah kecil bagi dirinya untuk berubah kearah kebaikan. Semuanya bermula dari seorang kenalan yang menawarkan diri untuk membantunya menjual tudung dan sehingga kini, jualan tudung yang dihasilkan seringkali habis dipasaran.
“Alhamdulillah. Semuanya adalah ketentuan dari Tuhan. Semuanya bermula apabila ada kenalan yang ingin membantu saya menjual tudung. Agak gementar pada awalnya namun semuanya berjalan dengan lancar. Masih segar dalam ingatan saya ketika kami menjual 2000 unit tudung. Risau sebenarnya takut tiada siapa yang ingin membeli. Namun, sangkaan saya salah belaka. Tidak sampai 24 jam, semuanya laris dijual. Jadi perkara ini yang membuatkan saya lebih bersemangat dan berkobar-kobar untuk menghasilkan lebih banyak rekaan hijab yang menarik,” -FAzura
Tambah Fazura, antara faktor yang ditekankan saat menghasilkan produk tudung ini adalah dengan harganya yang mampu milik. Bagi dirinya, apabila ramai yang membeli produk ini, maka secara tidak langsung, ia membuka pintu rezeki untuk pekerja-pekerjanya terumamanya ejen jualan dan stokis.
Tudung Fazura Asbab Hijrah Hijab
Bagi dirinya, jualan hijab ini dijadikan sebab asbab dirinya untuk berhijrah ke imej bertudung. Sudah sekian lama memendam rasa untuk berubah ke imej yang lebih baik, akhirnya pada Ramadhan tahun ini, Fazura mengambil langkah kecil untuk berubah dengan memakai hijab. Namun, dia tidak mahu mengolah lanjut tentang kisah penghijrahannya ini kerana ia lebih molek jika disimpan rapi dan biarlah Allah SWT yang mengetahui tentangnya.
“Alhamdulillah sehingga kini, Allah masih menjaga niat dan iman saya dan saya sentiasa berharap agat niat saya untuk menghasilkan serta menjual rekaan tudung ini menjadi sebab kukuh untuk saya kekal berhijab,”- fazura
“Penghijrahan merupakan sebuah kisah yang bersifat peribadi. Jadi saya lebih suka untuk simpannya sendiri. Namun, apa yang boleh saya bicarakan, saya rasa lebih tenang dan sempurna apabila mengenakan hijab ini. Jika dahulu, saya suka mengenakan hijab namun tidak lama. Tetapi, hingga hari ini, sudah terlintas dan terniat dalam hati untuk terus kekal berhijab. Bagi saya, apa sahaja amalan baik yang dilakukan, jika tidak berhijab, maka ia tidak ada faedahnya untuk diri sendiri. Alhamdulillah sehingga kini, Allah masih menjaga niat dan iman saya dan saya sentiasa berharap agat niat saya untuk menghasilkan serta menjual rekaan tudung ini menjadi sebab kukuh untuk saya kekal berhijab,” kongsi Fazura yang sememanya sibuk dengan jadual kerjanya namun masih lagi memberi ruang untuk bersama dengan keluarganya yang tersayang.
Sumber gambar: Instagram Fazura
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Kepala Punyai Masalah Psoriasis, Gunakan Minyak Kemiri Untuk Merawat Dan Melebatkan Rambut
Setiap hari kita pasti mengalami masalah keguguran rambut yang sangat merisaukan. Rambut pula mahkota buat kita, jika hari-hari dah dapat segumpal rambut, mahu juga dalam sebulan kita boleh botak!
Kira-kira 100 helai rambut akan gugur setiap hari kerana ia akan di ganti dengan pertumbuhan rambut yang baru. Jadi anda tidak perlu risau jika selalu gugur, tetapi apa cara untuk melebatkan rambut?
Minyak kemiri jadi pilihan lebatkan rambut
Kita pasti akan membeli beberapa produk rambut seperti tonik rambut, suplemen, serum, atau apa-apa sahaja yang berkaitan dengan niat untuk melebatkan rambut. Walaupun banyak produk anda sudah cuba, rambut masih dalam keadaan yang sama.
Menurut hellosehat, tiada kajian sehingga kini yang dapat membuktikan masa yang di perlukan untuk rambut tumbuh lebat jika menggunakan apa-apa produk pelebat rambut. Tetapi ada sahaja yang berjaya melebatkan rambut jika menggunakan secara konsisten setiap hari.
Kali ini Hijabista ingin mendedahkan kepada anda semua tentang pelebat rambut semula jadi iaitu minyak kemiri! Minyak kemiri merupakan salah satu bahan herba yang sering di gunakan untuk kecantikan dan ia juga menjadi pelebat rambut yang semula jadi! Jadi apa khasiat minyak kemiri ini? Melalui hellosehat, ada beberapa manfaat minyak kemiri untuk kesihatan rambut, antaranya:-
1. Di gunakan untuk melebatkan rambut
Minyak kemiri atau hazelnut ini sudah lama di gunakan bagi tujuan melebatkan rambut. Melalui Jurnal Farmasi dan Ilmu Kefarmasian Indonesia (2019), mereka mendapati keberkesanan minyak kemiri ini dapat mempercepatkan proses pertumbuhan dan menebalkan rambut oleh kerana mengandungi asid oleik. Asid oleik merupakan asid lemak yang bersifat antioksidan.
Selain itu, minyak kemiri ini juga mengandungi bahan bersifat antioksidan seperti flavonoid dan fenol. Pentingnya bahan bersifat antioksidan ini adalah kerana dapat merangsang dan mempercepatkan proses pertumbuhan rambut.
Bukan sekadar mengandungi bahan bersifat antioksidan, minyak kemiri juga mengandungi asi linoleik yang dapat meningkatkan pembentukan keratin atau protein yang membentuk rambut. Dengan adanya kandungan ini ia dapat memproseskan pertumbuhan rambut yang cantik, sihat dan lebih tebal.
Artikel berkaitan: Rambut Tebal Kian Menipis, Ini 3 Petua Ringkas & Mudah Untuk Lebatkannya Kembali!
2. Dapat mengurangkan keguguran rambut
Di sebabkan minyak kemiri ini mempunyai kandungan bahan yang bersifat antioksidan dapat melindungi rambut daripada terdedah kepada radikal bebas. Rambut akan mudah rosak akibat terdedah kepada pencemaran jika tidak di lindungi lalu rambut akan mudah gugur dan rapuh.
Menurut kajian yang di terbitkan dalam Molecules (2021), kandungan asid linoleik juga berpotensi yntuk menghalang hormon di hidrosteron. Hormon ini adalah salah satu faktor kenapa keguguran rambut di mana ia boleh menghentikan kitaran pertumbuhan rambut dan pembentukan keratin.
3. Memberikan kesan kilat pada rambut
Ada sesetengah orang yang mengalami masalah rambut kering, jadi anda boleh gunakan minyak kemiri untuk membantu memberikan kelembapan kepada rambut anda yang kusut dan kering. Kandungan asid linoleik dan asid oleik ini akan memberikan lapisan minyak pada setiap helaian rambut untuk menjadikannya kelihatan berseri.
4. Merawat psoriasis
Psoriasis merupakan satu masalah kepada kulit kepala–ia membuatkan kulit kepala menjadi gatal, kering, dan juga mengelupas. Ia sukar untuk di bezakan dengan kelemumur biasa kerana kedua-duanya berjangkit dengan kulat. Oleskan minyak kemiri kepada kulit kepala dan ia dapat membantuk untuk meredakan kerengsaan pada kulit kepala.
Artikel berkaitan: Tip Melebatkan Rambut Dengan 10 Syampu Cadangan. Silap Pilih Kesannya Rambut Boleh Botak!
Sumber info dan gambar: hellosehat dan Canva
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Senarai Susu Terbaik Untuk Anda Yang Mahu Kekal Sihat Dengan Berat Badan Yang Unggul
Jenis susu yang berbeza memberikan warna rasa yang pelbagai untuk hidangan anda. Jika anda tertanya-tanya sama ada susu anda bebas gluten, mesra vegan, dan sebagainya.
Susu adalah bahan penting dalam makanan harian kita. Ia menyumbang nutrien dan memberikan hidangan anda rasa yang kaya dan berkrim. Jadi, mari kita selami senarai ini dan temui semua jenis susu terbaik yang boleh anda tambahkan ke dalam peti sejuk anda.
Susu Bukan Tenusu
Susu berasaskan tumbuhan ialah sejenis minuman yang mempesonakan yang memberi manfaat kepada kesihatan anda. Rasanya, secara amnya, adalah lembut dengan sentuhan lembut rasa pedas. Jadi, terokai jenis susu ini di sini.
1. Susu Badam
Susu ini penuh dengan rasa pedas dengan sentuhan krim dari badam. Tidak mengandungi kolesterol atau laktosa, kandungan lemak susu badam agak rendah, jadi ia adalah minuman sihat yang sangat baik untuk anda. Susu badam adalah pilihan yang sangat baik untuk mereka yang tidak bertoleransi laktosa atau mengikuti diet vegetarian tanpa produk tenusu.
Adakah mungkin untuk membekukan susu badam untuk penggunaan lebih lama? Sudah tentu, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk sehingga enam bulan, tetapi rasanya tidak akan kekal selepas proses pencairan. Membuatnya daripada badam mentah dengan pengisar makanan juga merupakan pilihan yang bagus. Susu badam boleh diperisakan dengan vanila atau coklat dengan versi manis atau tanpa gula.
2. Susu oat
Jika anda tidak tahu apa yang perlu dihidangkan untuk sarapan pagi, susu oat akan menjadi pilihan terbaik. Ia diperbuat daripada oat dan air dengan tekstur berkrim. Kadangkala, bahan-bahan lain ditambah untuk perisa seperti vanila dan coklat (kebanyakan produk perkilangan)
Minuman ini sesuai untuk vegan dan mereka yang mempunyai alahan terhadap susu lembu atau tidak bertoleransi laktosa. Susu oat boleh digunakan untuk alternatif yogurt, ais krim, atau krimer kopi. Menariknya, pengeluarannya dianggap sebagai proses yang mesra alam.
ARTIKEL BERKAITAN: Elak Badan Lesu Sepanjang Ramadan, Amalkan Minum Susu Kurma Untuk Bekalan Tenaga Sepanjang Hari.
3. Susu soya
Susu bukan tenusu paling terkenal di dunia, susu soya. Susu ini mempunyai perisa kacang lembut dari soya. Aroma dari soya juga merupakan ciri menawan susu ini. Orang ramai sering menggunakan susu soya sebagai pilihan alternatif untuk susu tenusu. Susu berasal dari China dan menjadi salah satu minuman berasaskan tumbuhan terkemuka yang digunakan di seluruh dunia.
Susu soya boleh didapati sebagai produk perkilangan, atau anda boleh menjadikannya sebagai minuman buatan sendiri dengan mencampurkan kacang soya dengan air sebelum merebus campuran menjadi minuman yang lazat. Anda perlu menyemak jangka hayat susu soya untuk produk komersial menikmati rasa terbaiknya. Untuk yang buatan sendiri, anda boleh menyimpannya di dalam peti sejuk selama lebih kurang dua hari.
4. Susu Beras
Adakah anda tidak menyukai aroma nasi yang lembut? Jika ya, rasa susu beras akan memenuhi keinginan anda. Susu beras adalah pilihan yang bagus untuk menggantikan susu lembu atau mana-mana produk tenusu. Beras putih, beras perang atau sirap beras perang (selalunya dalam produk komersial) adalah pilihan biasa untuk membuat susu beras.
Tambahkan gula atau apa-apa pemanis lain untuk menyedapkan susu ini. Anda juga boleh memilih yang mempunyai perisa vanila. Susu ini merupakan sumber vitamin A, Kalsium dan vitamin D yang sangat baik. Oleh itu, ia adalah pilihan yang popular di kalangan vegan.
Jenis Susu Tenusu
5. Susu Penuh Atau Susu Penuh Krim
Susu penuh selalunya digunakan untuk merujuk kepada susu haiwan yang paling biasa ialah susu lembu yang tidak mengalami sebarang perubahan pemakanan. Susu keseluruhan perlu menjalani proses pempasteuran untuk menjamin keselamatan makanan sebelum digunakan.
Susu ini menyimpan semua nutriennya, jadi ia adalah pilihan yang sihat untuk mereka yang memerlukan sumber nutrisi yang hebat. Susu penuh mempunyai kandungan lemak yang lebih tinggi berbanding susu jenis lain. Label ini memerlukan sekurang-kurangnya 3.5% lemak (lemak tepu) dengan tekstur yang sedikit tebal.
6. Susu mentah
Susu mentah pada asasnya ialah susu penuh yang tidak melalui proses. Ia mungkin daripada kerbau, kambing, unta, atau biri-biri dengan rasa yang kaya dan bau yang kuat dari dada haiwan.
Ramai orang sering memanaskan susu untuk menghapuskan patogen dan memanjangkan jangka hayat susu mentah. Mengambil susu mentah dipercayai memberi manfaat kepada sistem imun anda dan memberikan rasa dan nutrisi yang lebih baik. Susu jenis ini adalah pilihan ideal untuk membuat keju, seperti Gouda.
ARTIKEL BERKAITAN: Inilah Yang Perlu Anda Ketahui Tentang Pakej Susu Sebelum Membelinya
7. Susu rendah lemak
Rendah lemak mempunyai kandungan lemak sekitar 1%. Susu ini telah dibuang lemaknya, tetapi keseluruhan rasa masih kaya dan mentega. Susu ini sesuai untuk mereka yang ingin menikmati rasa susu dan mengawal penggunaan lemak.
Seperti susu skim, susu rendah lemak akan diperisakan dengan jumlah gula yang lebih besar daripada susu penuh. Susu rendah lemak lebih nipis, dan rasanya lebih lembut daripada susu penuh. Rasanya lebih kaya daripada susu skim secara umum.
8. Susu Organik
Susu organik adalah produk sihat yang mempunyai pengeluaran istimewa. Lembu yang menghasilkan susu ini tidak boleh dirawat dengan antibiotik. Selain itu, tiada sebarang jenis hormon tidak dibenarkan dalam menternak lembu ini.
Dan satu lagi ciri yang ketara ialah lembu mesti mempunyai sekurang-kurangnya 120 hari makan di padang rumput (30% daripada diet mereka). Setiap negara mempunyai kriteria yang berbeza untuk menilai dan melabelkan susu tersebut. Secara umum, hampir tiada dadah dibenarkan, dan haiwan dibesarkan secara berperikemanusiaan.
Rasa dan tekstur susu organik adalah serupa dengan susu biasa, tetapi ia dianggap sebagai pilihan yang lebih sihat daripada produk perkilangan lain kerana ketiadaan bahan tambahan dan hormon pertumbuhan. Produk organik ini mempunyai harga yang lebih tinggi berbanding produk lain kerana pemilik perlu membayar lebih untuk proses pengeluaran.
9. Susu Tanpa Laktosa
Apabila anda mengalami intoleransi laktosa, minum susu akan menyebabkan sakit perut, muntah, atau cirit-birit. Tetapi jika anda ingin menggunakan susu tenusu, semak label produk untuk mencari susu bebas laktosa, yang kandungan laktosanya dikeluarkan.
Orang ramai mencapai ini dengan menambahkan laktase, enzim yang memecahkan laktosa, ke dalam susu untuk menghilangkan gula di dalamnya. Kaedah ini tidak menjejaskan rasa dan profil nutrien produk susu. Walau bagaimanapun, ia sedikit lebih manis daripada susu biasa. Kemanisan adalah hasil daripada penciptaan glukosa apabila menambah enzim laktase. Oleh itu, tiada gula diperlukan untuk susu ini.
10. Susu pekat
Susu pekat ialah susu lembu biasa dengan kandungan airnya (sekitar 60%) dikeluarkan. Anda selalunya akan menemui versi manis yang dipanggil Susu Pekat Manis di pasaran. Susu ini pekat dan kaya dengan rasa manis.
Susu selalunya datang dalam tin dan anda boleh menyimpannya selama bertahun-tahun tanpa penyejukan (untuk tin yang belum dibuka). Versi ini muncul pada abad ke-19 dan dengan cepat menjadi popular di negara-negara Barat. Sering digunakan untuk membuat minuman dan pencuci mulut seperti kopi, ais krim dan beberapa produk bakar.
11. Susu sejat
Susu sejat ialah versi susu pekat tanpa gula yang mempunyai lebih daripada separuh (60%) airnya dikeluarkan. Jadi teksturnya sirap dan pekat, sama seperti susu pekat. Oleh kerana kekurangan gula, susu sejat memerlukan pengawetan yang lebih baik.
Pakej nutrien kebanyakan susu sejat mempunyai lebih 50% DV (Nilai Harian) untuk kalsium. Anda boleh menyimpan tin susu sejat yang belum dibuka selama berbulan-bulan tanpa penyejukan selagi ia dimakan sebelum tarikh luput. Mudah untuk menghantar dan menyimpan susu ini. Anda boleh menggunakannya untuk menggantikan susu pekat dalam banyak resipi untuk krim yang lembut. Susu sejat digunakan untuk topping atau beberapa resipi pencuci mulut. Jika anda ingin minum, tambahkan air sahaja untuk memecahkan konsistensi yang pekat.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI