Ramai kita yang mengidamkan wajah yang cerah dan bersih. Ramai yang mengambil keputusan untuk mengambil supplimen ataupun mengambil prosedur suntikan (oh tidak!). Tetapi kita tidak tahu sejauh mana keberkesanan kedua teknik ini pada wajah dan kesan sampingannya.
Mengapa mengambil risiko yang lebih sedangkan ada cara yang lebih selamat dan paling teruk pun muka akan menjadi sedikit kuning berbanding biasa (ini akan hilang setelah empat jam begitu).
Terdapat masker yang mampu memberikan wajah anda kecerahan yang anda mahukan. Masker ini memerlukan anda untuk menggunakan madu manuka, serbuk kunyit, oat dan lemon.
Madu Manuka berasal dari New Zealand di mana lebahnya mengambil sap dari pokok Tea Tree.
Kebaikan madu manuka:
a. Merawat jerawat dan parut
b. Melawan jangkitan kulit
c. Membersihkan liang pori sambil exfoliatingsecara natural
d. Mengekalkan kelembapan wajah
e. Menaikkan keserian dan kelembutan kulit wajah
Ads
Serbuk kunyit pula adalah rempah yang bukan sahaja untuk makan ya! Masyarakat kaum India telah lama menggunakan serbuk ini dalam rutin kecantikan mereka.
Kelebihan serbuk kunyit:
a. Mengurangkan kemerahan
b. Merawat breakout
c. Membantu menyamarkan bintik hitam
d. Mengurangkan kesan parut dan juga pigmentasi
e. Membantu menyembuhkan psoriasisdan eczema
f. Mencerah dan menyamaratakan
g. Anti-radang
Ads
Jus lemon sememangnya terkenal dengan pelbagai kebaikan. Penuh dengan vitamin C yang membantu mencerah dan menyamaratakan tona kulit. Ia juga memiliki properti anti-bakteria yang menghalang breakoutsdan seterusnya menjadi agen pengelupasan natural untuk mencerahkan wajah.
Bahan terakhir adalah oat yang mana ia menjadi bahan pelembap masker ini, juga menjadi agen pengelupasan dan pelembut wajah. Jika anda mahukan masker yang lebih refine, hancurkan oat sehingga menjadi serbuk.
Resepi masker:
Ads
3 susu besar oat (kisar sehingga menjadi tepung jika anda mahu)
1 sudu besar madu manuka
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 biji lemon
Cara penyediaan dan aplikasi:
a. Campurkan semua bahan di dalam mangkuk dan kacau sehingga sebati.
b. Sapu pada wajah di sinki (untuk elakkan dari mengotori baju anda).
c. Biarkan masker selama 15 – 20 minit.
d. Basuh dengan lembut dengan air suam.
*Anda mungkin perlu membasuh wajah beberapa kali untuk menghilangkan kesan kuning dari kunyit.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Tidak semua berani dan kuat untuk melakukan sebuah perubahan dalam diri. Mungkin ada yang bersemangat pada mulanya, namun kecundang di tengah jalan dek rasa malas yang mengundang tiba. Kali ini, penulis berasa teruja untuk berkongsikan kepada anda perjalanan seorang pemuda yang berjaya menurunkan berat badan dengan jayanya!
Amirul Asyraf Baharuddin, 30, merupakan seorang guru yang memiliki sebuah cerita yang mampu memberikan inspirasi kepada anda. Berjaya menurunkan berat badan dari 100 kg kepada bentuk badan persis seorang ’superhero’, ia bukanlah sebuah proses yang mudah, namun berkat kesabarannya, boleh dijadikan contoh terbaik untuk anda semua.
Permulaan perubahan hidup?
Menurut Amirul, dirinya mula melakukan perubahan apabila rasa takut muncul dalam diri saat ayahnya hampir dipotong kaki disebabkan penyakit kencing manis. Dia yang ketika itu berusia 22 tahun mula mencari jalan untuk mengubah corak gaya hidup yang lebih sihat.
“Ayah serta arwah atuk menghidapi penyakit kencing manis. Saya masih ingat arwah atuk terpaksa dipotong kakinya. Malah, ketika saya berumur 22 tahun, ayah saya hampir juga dipotong kaki gara-gara penyakit kencing manis. Sejak itu, saya menjadi takut dan mula mengamalkan gaya hidup sihat dengan makan menu yang lebih berkualiti serta melakukan aktiviti senaman dengan kerap.”
Tambahnya lagi, antara faktor lain yang menyebabkan dirinya ingin menurunkan berat badan ialah kerana dia selalu dibuli serta diejek oleh rakan-rakannya dek bentuk badannya yang besar.
“Masa saya berbadan besar dulu, saya seringkali diejek dan dibuli. Malah, ada juga yang menghina bentuk badan saya. Oleh disebabkan itu, ia memberi kesan kepada diri saya dan mengakibatkan saya mudah berasa rendah diri, pemalu dan pendiam. Saya banyak mengurungkan diri di dalam bilik berbanding keluar melepak dengan kawan-kawan. Saya juga pernah terfikir untuk berhenti belajar kerana pembulli itu memanggil saya dengan gelaran nama perempuan kerana bagi mereka, apabila lelaki berbadan besar, bahagian dada akan menjadi seperti dada perempuan.”
Jenis senaman serta diet yang diamalkan?
Amirul pernah menyarungkan pakaian bersaiz XXL sewaktu badannya besar. Ketika itu, berat badannya mencecah 100 kg! Namun berkat usahanya, hari ini dia bisa memakai pakaian bersaiz S/M dan beratnya juga sudah turun kepada 73 kg. Kongsinya lagi, dia memulakan aktiviti senaman dengan latihan kardio seperti berjogging di sekeliling kampus. Kemudian, barulah dia mencuba dengan latihan bebanan yang hanya berasaskan ilmu yang dia miliki hasil dari tontonan di Youtube.
“Saya bermula dengan aktiviti kardio. Saya melakukan senaman jogging di sekeliling kampus dalam lima km untuk tiga hingga empat kali seminggu. Kemudian saya mula pergi ke gim dan membuat latihan bebanan. Oleh kerana saya tidak memiliki ilmu pengetahuan yang banyak tentang latihan bebanan, jadi saya hanya melakukannya berdasarkan ilmu yang saya miliki dari tontonan Youtube.”
Berkaitan dengan pelan dietnya, Amirul mengamalkan konsep suku-suku separuh dengan mengamalkan pengambilan buah-buahan, air teh hijau, limau suam dan kopi kosong. Tambahnya lagi, dia juga akan memberikan ganjaran kepada dirinya seminggu sekali dengan makan apa sahaja tanpa sebarang batasan.
Berapa kerapkah anda melakukan senaman di gim?
Menurut Amirul, dia mula menurunkan berat badan pada tahun 2014. Pada tahun 2015, dia mendapati tubuh badannya terlalu kurus sehingga menjadikan mukanya cengkung. Disebabkan itu, dia mula melakukan latihan bebanan. Lama-kelamaan, dia berjaya menaikkan semula berat badan secara normal dan sihat.
“Sekarang saya pergi ke gim lima hingga enam kali seminggu. Latihan saya kebanyakannya adalah latihan bebanan. Jika bosan pada hari Ahad, saya akan melakukan senaman ringan di gim. Dalam tempoh terdekat ini, saya sedang dalam usaha untuk menambah sedikit muscle mass.
Adakah anda pernah berasa kurang bermotivasi?
“Jujurnya, memang ada ketikanya saya akan rasa kurang motivasi dalam diri, terutamanya apabila sibuk dengan kerja. Namun, saya cuba atasinya dengan berehat. Kadang-kala, short nap amat membantu. Jika saya terlalu penat, saya akan berehat untuk hari tersebut.”
Berbicara soal dorongannya untuk menurunkan berat badan, Amirul menyatakan bahawa dia memiliki beberapa rakan yang turut bersama-sama dengannya berdiet dan bersenam, yang sentiasa menjadikannya bersemangat menurunkan berat badan.
“Saya dan rakan-rakan karib saya seperti Viviana, Fatimah, Munira dan Alice akan meluangkan masa bersama dengan melakukan aktiviti berjogging pada waktu petang.”
Apakah perkara yang paling anda suka mengenai perubahan ini?
“Perkara yang paling saya suka mengenai kejayaan saya menurunkan berat badan ialah tahap keyakinan diri saya meningkat. Malah, saya menjadi lebih ceria dan bertenaga dalam kehidupan seharian. Selain itu juga, tubuh badan menjadi lebih sihat dan cergas. Jika dulu saya akan tercungap-cungap apabila menaiki tangga. Sekarang tidak lagi!”, kongsinya penuh keterujaan.
Nasihat anda kepada mereka yang ingin menurunkan berat badan?
“Nasihat saya cuma satu. Do it on your own pace! Ringankan mulut dan rajin bertanya terutamanya jika anda pergi ke gim. Percayalah, ini bukanlah sebuah perlumbaan, malah sebuah proses. The only person you need to compete with is yourself! Untuk menurunkan berat badan tidak semudah yang disangkakan. Tetapi apabila usaha kita sudah mula menunjukkan hasil, pasti kita akan mula ketagih untuk push diri kita! Sepanjang proses pastinya akan ada suara sumbang yang mengejek dan memperlekeh tetapi abaikan saja. Saya tidak akan mendapat bentuk tubuh saya hari ini sekiranyasaya melayan semua ejekan dan hinaan yang saya terima selama ni. Percaya atau tidak, mereka yang dahulu pernah mengejek saya mula berbuat baik kepada saya dan meminta tip untuk menurukan berat badan.”
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Siapa tidak kenal dengan penyanyi genre dangdut yang seangkatan dengan Amelina dan Iwan yang pernah popular dengan lagu dag dig dug satu ketika dahulu, Haiza Hanafi yang kini melebarkan sayap ke bidang penyampai radio.
Baru-baru ini menerusi hantaran di laman Instagram miliknya, Haiza telah berkongsikan satu berita gembira apabila memuat naik gambarnya yang tampil manis dan mempersona mengenakan hijab.
Terdapat kemungkinan sama ada penampilan berhijabnya itu hanya sekadar fesyen yang digayakan, namun rata-rata peminat berharap ianya adalah perkembangan positif serta hijrah terbaharunya.
Hijabista dimaklumkan bahawa Fara Fauzana merupakan stylist Haiza pada hari tersebut, dan Fara telah membantu mengenakan Haiza mengenakan hijab serta memperagakan penampilan bertudung itu dengan sempurna.
Meninjau ke ruangan komen, Hijabista mendapati para peminat memuji kecantikkan serta penampilan Haiza dan berharap agar Haiza terus istiqomah dan terus berhijab.
Marilah kita sama-sama mendoakan agar Haiza dikurniakan hidayah untuk menutup aurat dengan lebih sempurna, seperti yang dianjurkan oleh syariat Islam.
Penyanyi Elyana mendapat tahu dirinya menghidap kanser limfoma tahap dua sejak enam tahun lalu selepas melahirkan anak sulungnya, Cinta Sumayyah. Dan sepanjang tempoh itu dia telah menjalani kemoterapi antara 5 hingga 7 kali setahun. Dan salah satunya pengalaman ketika melakukan kemoterapi di bulan puasa.
Umum mengetahui Elyana memang seorang cancer survivor yang kuat. Dia tekad membuat rawatan berkenaan walaupun tahu kesan sampingan yang perlu dilalui selepas menjalani rawatan kemoterapi itu.
“Tahun lepas saya kena sambung buat rawatan kemoterapi pada bulan puasa. Jika diikutkan doktor memang tak benarkan saya berpuasa dan mahu saya buat rawatan dengan segera.
“Dalam masa sama doktor tak menghalang. Saya tetap cuba untuk berpuasa sebab memikirkan jenuh nanti nak ganti puasa. Jadi saya tekad berpuasa dan pada masa yang sama turut membuat rawatan berkenan,” katanya ketika ditemubual bersama majalah Pa&Ma.
Menurutnya juga sebaik selepas rawatan keadaan dirinya masih dalam keadaan baik. Tetapi beberapa hari selepas itu badannya mula lemah.
“Beberapa hari selepas rawatan, badan saya mulai lemah kerana kekurangan air. Kalau nak tahu air sangat penting selepas membuat rawatan kerana ia membantu tubuh keluarkan semula ubat yang digunakan.
“Sudahnya saya hanya berjaya puasa tujuh hari sahaja. Walau bagaimanapun saya bersyukur kerana dapat juga jalani ibadah puasa. Walau bagaimanapun perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu dan jika ok boleh teruskan,” katanya lagi yang turut memberi kata-kata semangat buat pesakit kansewr agar tabah jalani rawatan kemoterapi.
“Nasihat saya ambil sumber makanan yang mengandungi kalsium secukupnya. Ini penting bagi menguatkan akar rambut dan bulu kening daripada mengalami masalah keguguran selepas rawatan dilalui,” jelasnya lagi yang turut berkongsi pengalaman pertama anak tunggalnya berpuasa.
“Anak saya belajar berpuasa sejak tahun lepas. Dia mahu cuba dan berjaya puasa sehari penuh. Tahun ini saya ikutkan saja kemahuan dia yang nak berpuasa.
“Masa untuk bangun sahur tak jadi masalah untuk kejutkannya kerana dia seorang yang suka bangun waktu subuh. Lagi satu anak saya tak gemar pergi bazar Ramadan kerana tidak selesa ramai orang.
“Berbeza dengan saya dan suami yang memang suka pergi bazar Ramadan. Dan mahu tak mahu anak saya terpaksa ikut kami membeli juadah di bazar Ramadan,” cerita Elyana lagi yang menambah mereka sekeluarga gemar berbuka dengan nasi.
Isteri mana yang tidak merasa bahagia apabila dirinya sentiasa dihargai oleh suami tersayang apatah lagi dianggap sebagai bidadari.Begitulah bertuahnya penyanyi dan aktivis kemanusiaan Nur...