Cantik Tanpa Solekan, 10 Buah Ini Terbaik Untuk Rawat Kulit Dari Dalam

Share

Untuk mendapat kulit yang menawan, lembut dan lembap daripada apa yang anda makan tanpa menggunakan solekan ada beberapa faktor yang mempengaruhi kulit menawan bergantung kepada apa yang kita guna dan apa yang kita makan.

Sebagai contoh, pemilihan jenis buah-buahan untuk dimakan boleh menjadi satu sumber yang baik untuk kulit yang lebih menawan memandangkan buah-buahan tersebut mempunyai vitamin yang baik untuk kesihatan kulit.

Vitamin C seringkali dihubungkaitkan dengan kecantikan. Vitamin C adalah salah satu sumber yang penting untuk meningkatkan paras antioksidan manakala vitamin A menghalang proses penuaan dan kemunculan jerawat. Vitamin E pula menghalang kekeringan kulit, Vitamin B3 untuk merawat kerosakan yang berpunca daripada sinar matahari dan pigmentasi manakala vitamin K berperanan untuk menghilangkan bintik-bintik hitam dan parut.

Senaria buah di bawah merupakan 10 jenis buah-buahan yang sangat membantu untuk mendapat kulit yang lebih menawan:

1. Lemon – Vitamin C

PIC: Reader Digest

Lemon kaya dengan vitamin C, bahan antioksida yang sangat berkesan yang membantu menyingkirkan toksin daripada tubuh badan dan melindungi badan daripada kerosakan akibat sinar UV dan pigmentasi melampau. Lemon secara semulajadinya menganjalkan dan mencerahkan kulit selain membersihkan kulit anda dengan lebih dalam. Oleh itu, anda disarankan untuk makan lemon sekiranya anda mengalami pigmentasi yang tidak rata, bintik-bintik hitam dan parut akibat jerawat.

2. Betik – Vitamin A, C, B

PIC: Cakap Manis

Betik mengandungi vitamin A, C, B, folat, asid pantothenik dan mineral seperti magnesium dan potassium. Enzim seperti papain dan chymopapain membantu menghalang kerosakan kulit yang disebabkan oleh radikal bebas dan juga sifat antibakteria. Betik juga baik untuk merawat pelbagai masalah kulit yang lain seperti ketuat, eczema, corns dan tuberkula kulit.

3. Avokado – Vitamin E, A, C, K, B6

PIC: Daily Makan

Avokado mengandungi kandungan yang tinggi bagi kandungan lemak sihat, serat makanan, vitamin E, A, C, K, B6, niacin, folat dan asid pantothenik. Avokado juga kaya dengan lutein dan zeaxanthin yang menggalakkan penuaan sihat dengan melindungi kulit daripada sinar UV. Lemak sihat yang terkandung dalam avokado membantu keanjalan kulit, mengurangkan keradangan dan mempercepat penyembuhan luka.

Oren mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dengan setiap 100 gram oren mengandungi 54 miligram vitamin C. Melalui kandungan antioksidan, oren membantu menghalang kerosakan akibat sinar UV, kerosakan DNA, kerosakan oksidatif, mengurangkan keradangan serta membantu sintesis kolagen.

4. Tembikai – Vitamin C, A, B1 dan B6

PIC:Rasa

Dengan peratusan kandungan air yang tinggi, ianya membantu tubuh badan anda untuk kekal hidrat. 92% daripada kandungan tembikai terdiri daripada air, 7.55% adalah karbohidrat dan 0.4% adalah kandungan gula dan serat. Tembikai mengandungi vitamin C, A, B1 dan B6, carotenoids, flavonoids dan lycopene dengan kandungan sifar lemak dan tanpa kolesterol. Tembikai juga kaya dengan asid amino dan lycopene yang membantu anda untuk mendapatkan kulit yang cantik dan sihat.

5. Timun – Vitamin K, C

PIC: Diet Sihat

Timun terkenal dengan fungsinya yang menghidratkan dan melembapkan kulit. Timun mengandungi kandungan air yang tinggi yang memberikan kesan penyejukan kepada tubuh badan dengan sifat antioksidannya. Timun juga kaya dengan kandungan vitamin K dan C serta serat diet.

6. Mangga – Vitamin A, E, C & K

Mangga turut tersenarai didalam jenis buaha-buahan yang baik untuk kulit disebabkan oleh mangga mengandungi kandungan vitamin A, E, C dan K, flavonoids, polyphenolics, beta-karotena dan xanthophylls. Mangga juga membantu melindungi kulit dan tubuh badan anda daripada kerosakan DNA dan keradangan. ‘Body butter’ yang terbuat daripada mangga turut menunjukkan sifatnya dalam penyembuhan luka.

7. Delima – Vitamin C, K

PIC: Olive House

Buah delima kaya dengan folat dan mineral seperti kalsium, magnesium, fosforus, potassium dan vitamin C dan K. Bukan sahaja bijinya memberi manfaat, malahan kulit dan mebran delima kaya dengan antioksida; yang membantu melindungi kulit daripada sinar UV dan pigmentasi kulit. Vitamin C juga menyokong sistem imun untuk menjadi lebih kuat dan membantu sebarang cela untuk sembuh dengan baik.

8. Oren – Vitamin C

Oren mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi dengan setiap 100 gram oren mengandungi 54 miligram vitamin C. Melalui kandungan antioksidan, oren membantu menghalang kerosakan akibat sinar UV, kerosakan DNA, kerosakan oksidatif, mengurangkan keradangan serta membantu sintesis kolagen.

9. Pisang – Vitamin A,C, K, E

Pisang kaya dengan serat diet, vitamin A, C, K, E dan folat, dan mineral yang lain seperti magnesium, fosforus, kalsium dan potassium. Pisang mempunyai bahan antioksida dan antimikrob manakala kulit pisang berkesan dengan baik dalam menghilangkan parut akibat jerawat. Kandungan potassium yang tinggi didalam buah pisang membantu melembapkan dan menghidratkan kulit dan menjadikannya kelihatan lebih muda.

10. Epal – Vitamin A, C

Epal membantu membuang radikal oksigen bebas yang berbahaya dengan vitamin A dan C, kalium, magnesium, kalsium dan serat pemakanan. Kulit epal turut kaya dengan kandungan antioksidan dan digalakkan untuk makan epal bersama-sama dengan kulitnya. Malic acid daripada epal juga menggalakkan keanjalan dan keremajaan kulit dan memberikan perlindungan terhadap kegelapan kulit.

Terdapat banyak pilihan buah-buahan lain yang mengandungi vitamin yang diperlukan untuk kesihatan kulit dan kulit menawan seperti kiwi, strawberi, bluberi, limau gedang dan jambu batu. Sayur-sayuran seperti pea, brokoli, Brussel sprouts, kobis bunga dan kale meberikan anda vitamin C untuk pemakanan anda sekiranya anda lebih menyukai sayur-sayuran berbanding buah-buahan.

SUMBER: Hello Doktor

Published by
SH