“Cantik Sungguh Ciptaan Mu Ya Allah..” Tampil Berhijab Tanpa Mekap Anak Che Tarik Perhatian Warga Maya

Share

Siapa sahaja yang tidak kenal anak dara primadona Rozita Che Wan atau lebih dikenali sebagai Che Ta. Setiap kali melihat Aaisyah Dhia Rana pasti ramai yang memuji penampilannya yang serba siap.

Sering kelihatan sedondon bersama ibunya, Keletah anak dara pelakon Rozita Che Wan bersama Zain Saidin sering menjadi tumpuan ramai, lebih-lebih lagi apabila si kecil itu sudah mula bergaya daripada kecil lagi.

Aaisyah ketika pertama kali bersama Che Ta di Tanah Suci Mekkah

Baru menyambut ulang tahun ke 8, si kecil ini menginjak alam dewasa. Terbaru, pelakon Rozita memuat naik video anaknya perempuan , Aaisyah Dhia Rana yang tampil mengenakan tudung tanpa menampakkan kecantikkannya yang seiras ibunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Aaisyah Dhia Rana Sambut ‘Birthday’ 8 Tahun Dengan 8 Kek, Curi Tumpuan Netizen

Bukan chomel dah ni lebih pada cantik..

“mcm anak Turkey, issh laa segak, masyallah”

Kecik2 pun dah lawa

Cantik sungguh ciptaan mu ya Allah

Cantik sgt pakai tudung

Rata-rata warga maya memuji penampilan berhijab Aisyah, manis bersahaja. Semoga membesar menjadi anak soleha. Sekadar info,  Aaisyah Dhia Rana merupakan anak ketiga kepada pelakon itu hasil perkahwinannya bersama Zain Saidin. Terdahulu, Che Ta turut mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Ammar Effendy dan Aniq Ezzra hasil perkongsian hidup dengan bekas suaminya yang terdahulu.

+++Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

ARTIKEL BERKAITAN: Kena Covid Sewaktu Hari Jadi, Che Ta Janji Sambut Lepas Aaisyah Kembali Sihat

 

Published by
SH