Suka betul kami melihat gaya fesyen selebriti Zulin Aziz pada kala ini. Lebih ceria, versatil dan paling penting, nampak semakin ayu! Semenjak berat badannya sudah mula turun dengan banyak, gaya fesyen Zulin sudah mula berubah dan semakin menarik. Tambahan pula baru-baru ini Zulin sudah banyak memuat naik gaya OOTD nya yang sememangnya ‘on-point’ dari atas sampai ke bawah!
Padanan baju, aksesori, warna serta pemilihan gaya hijab semuanya begitu sempurna hingga terpanggil untuk team Hijabista memilih gaya OOTD untuk dikongsikan kepada anda supaya bisa menjadi rujukan untuk gaya fesyen anda!
- Gaya ‘daring’ & glamor
Mudah sahaja untuk menghasilkan gaya yang ‘daring’ dan tampak feminin. Zulin bijak menyarungkan padanan warna yang menyerlahkan sisi kelembutan serta keayuannya. Apa yang menarik dalam gaya OOTD ini, pemilihan fabrik yang dipilih oleh selebriti ini menampakkan keselesaan dan kemewahan buat si pemakai. Masih dalam konteks muslimah dan menutuo aurat, potongan di bahagian dada masih menjadi sebuah simbolik bonus dalam seleluruhan gaya! Pilihan aksesori ala kasual dan bersantai di tepi pantai menghidupkan keseluruhan gaya ini!
2. Gaya formal sofistikasi
Tidak terlalu menekankan konsep formal pada keseluruhan gaya, namun masih tetap kemas dan rapi amat sempurna untuk anda yang inginkan gaya formal yang sofistikasi. Rekaan yang memiliki unsur tambahan seperti ‘peplum’ di bahagian tengah serta potongan celana yang ‘midi-palazzo’ kelihatan sangat selesa! Apa yang menariknya dalam gaya OOTD Zulin ini, pemilihan rona biru lembut ini sesuai dipadankan dengan warna kulitnya dan menyebabkan keseluruhan gaya tampak mewah, “less is more”! Untuk tidak bosan dalam penampilan gaya, Zulin bijak mengenakan padanan kasut bertumit tinggi serta ‘handbag’ berwarna hitam untuk menaikkan lagi aura ‘officewear’ yang patut kamu cuba!
3. Gaya ‘sport’ yang ranggi!
Ketepikan dahulu padanan ‘windbreaker’ bersama dengan ‘legging” untuk menghidupkan gaya sukan yang kuat. Lihat sahaja gaya Zulin ini! Pemilihan fabrik yang seakan dari material rekaan sukan serta padanan kasut ala sukan amat sempurna untuk mencipta gaya kasual yang mewah! Apa yang pasti, keseluruhan gaya ini tampak selesa, ranggi dan bersedia untuk kemana-mana! Mungkin Zulin sendiri suka akan rona biru, pemilihan rona biru ala biru Tiffany’s’ ini amat eksklusif dan glamor! Lihat sahaja padanan aksesori ‘sling bag’ yang sama rentak warnanya dengan keseluruhan gaya ini, TERBAIK!
4. Persis ‘Lady Boss’!
Bijak dalam berfesyen, Zulin tidak kekok untuk menyarungkan helaian ala futuristik yang sememangnya menjadi ‘fashion statement’ dalam stail ini. Rekaan seolah ‘cape’ ataupun belahan kemeja berona hitam itu amat sepadan dengan kemeja putih untuk gaya formal yang mewah. Namun, masih mengekalkan ciri-ciri kasual, padanan jeans juga memainkan peranan penting untuk nilai kekemasan dan rapi. Tidak lari jauh dari keseluruhan gaya, pemilihan rona aksesori juga sama tonanya dengan stail Zulin ini. Sememangnya gaya OOTD yang harus anda rujuk untuk ke pejabat buat si ‘Lady Boss’!
5. Santai & Selesa
Lebih mudah, ringkas dan bersahaja. Bagi anda yang cukup tempoh matang selepas 14 hari mengambil dos yang kedua, inilah masanya untuk anda berjumpa dan meluangkan masa bersama yang tersayang dengan mengikut SOP yang ditetapkan! Jadi, apa kata rujuk gaya OOTD Zulin ini untuk gaya kasual yang urban dan menarik. Padanan ‘jumper’ bersama corak cetakan dan seluar denim mengukuhkan gaya untuk wanita moden! Nak tahu apa yang menarik, ‘statement’ yang ada pada ‘sling bag’ Zulin itu! Pastinya mencuri tumpuan ramai!
Jadi, yang manakah gaya OOTD pilihan anda?
Sumber gambar: Instagram Zulin Aziz
https://www.youtube.com/watch?v=zHg2ZVYxm3Y&list=PLwTVJflD5bmEfl5dvN8Y8DfarjYGHwZGI&index=13
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
10 Barang Bersih Rumah Wajib Beli Di Kedai Eco, Harga Murah, Kualiti Pun Bagus!
Ramai yang mengambil peluang sempena tahun baharu untuk mengemas kediaman. Acara spring cleaning ini mampu mewujudkan mood yang lebih segar dan bertenaga. Rumah yang bersih bukan sahaja membuatkan setiap penghuni berasa selesa malah mendapat ketenangan fikiran dan kebahagiaan jiwa.
Perkara pertama yang perlu dilakukan ialah menyediakan peralatan mengemas secukupnya. Dengan cara itu segala urusan mengemas kediaman menjadi lebih mudah dan lancar.
Berikut perkongsian Hani Mynis
10 barang Pembersihan wajib beli di Eco.
Berikut 10 barang pembersihan wajib beli di Eco. Ke semua barang-barang ini boleh dibeli di kedai Eco untuk memudahkan kita membersih dan mengemas rumah. Harga walaupun rm2.10, murah tapi kualiti setanding!
So boleh tengok satu-satu gambar ya hani sertakan sekali penerangan untuk setiap barang pembersihan itu.
Apa lagi, lain kali kalau tak tahu nak beli apa kat Eco tu, tengok senarai dan cari barang-barang ni ya. Disebabkan barang-barang ni ada yang viral, susah benor nak jumpa, kalau dah jumpa jangan lupa ambil lagi dua tiga.
TISU BASAH
Sebenarnya tisu basah ni dah ada dalam senarai 12 barang Pembersihan rumah wajib ada yang hani dah buat dulu. Tapi dulu takde tisu basah khas utk pembersihan rumah so gunalah wet tissue yang khas utk baby dan muka guna utk buat pembersihan rumah 😂
Sekarang ni dah ada tisu khas utk rumah, hani wajib restock ketiga tiga jenis wet tissue ni. Yang antibacterial wipes tu paling hani suka sebab dia multipurpose. Boleh dikatakan kat ruang rumah hani ada je satu hani letak supaya senang dicapai.
Untuk yang window wipes tu bukan je untuk cermin atau tingkap, hani guna juga utk barang perhiasan rumah yang dibuat dari kaca atau kristal semasa Pembersihan habuk. Pintu peti ais pun hani guna yang ni utk kilatkan dia.
Untuk yg furniture wipes pula hani guna utk lap semua perabot dan barang perhiasan kayu yg ada kat rumah. Papan landas kayu (yg hani buat hiasan) pun hani guna ni. Hani perasan kulat susah nak naik kalau guna wet tissue ni lap perabot. Lagi2 musim hujan gini mmg kena ada.
Selalunya hani memang guna wet tissue untuk Pembersihan pantas 30 minit, utk kecemasan atau untuk lap kesan minyak sahaja.
KAIN LAP MICROFIBER
Hani sebenarnya tak suka sangat guna kain “buruk” sebab kadang-kadang susah nak hilangkan kesan kotoran kat kain lap ni. Tapi ianya berubah sejak hani jumpa kain ni. Specifically this one.
Dalam banyak2 kain lap hani dah test (selain dari reuseable wipe cloth) , this one the best! Sebab dia sangat water absorbent. Dan paling penting sangat senang dibersihkan (dengan syarat lepas guna kena bersihkan terus).
Kalau guna utk lap permukaan cermin, dia tak akan tinggalkan cebisan2 kain kat atas permukaan, dimana hani sngtt lah tak suka kalau guna kain untuk mengelap last2 ada “sisa-sisa” kain melekat pada permukaan yang dah dilap tu.
Untuk buat deep cleaning, hani guna kain lap ni untuk buat lap dan bersihkan habuk.
KITCHEN CLEANER
Hani dah try mcm jenama sebelum ni untuk hilangkan kesan minyak dengan mudah kat dapur masak 🤩 nampaknya kitchen cleaner ni setanding tapi dengan harga jauh lebih murah haha kesannnya pun terbaik. Tak perlu explain panjang2 haha
Spray kitchen cleaner ni kat dapur gas masak tu, lepas tu lap dengan kain lap tadi. Instant cleaning
PEMBERSIH BOTOL SUSU DAN SAYUR
Sebelum ni hani guna yang berjenama beli kat Tesco harga boleh tahan juga RM9.90 utk satu pek. Kenapa bayar lebih kalau kualiti yg sama boleh dapat harga yg jauh lebih murah. Bersih dan wangi. sama je mcm yg hani pakai sebelum ni. Beli banyak terus kalau jmpa sbb nak basuh buah dan sayur pun boleh guna ni.
ANTI URINE DAN ANTI TABACCO
Dua pembersih hilangkan bau ni pun baru hani masukkan dalam list. So far hani baru try anti bau urin je. Anti tabacco hani tak try lagi. Haritu hani try anti urine sbb kucing bertuah pergi kencing kat bawah sofa. So kena sikit air dia kat sofa tu, hani dah lah ada sikit sensitif bau kencing kucing. Terus g Eco beli benda alah ni. Masukkan dalam spray. Cairkan sikit (ratio 2 anti urin : 1 air paip). Spray dan buat wet cleaning terus guna cecair yg sama. Hilang terus bau.
PEMBERSIH MESIN BASUH
Rasanya ramai dah tahu pasal pembersih mesin basuh ni kan. Memandangkan hani buat deep cleaning mesin basuh sebulan sekali, pembersih ni sngtt lah membantu. Nak guna pun senang je.
LAUNDRY BALL
Alang2 cerita pasal mesin basuh ni, hani ceritakan sekali pasal barang Pembersihan no 7 iaitu laundry ball. Dulu2 hani beli laundry ball ni kat Mr Diy je. Sekarang kat Eco pun ada jual.
Laundry ball ni fungsi dia untuk tambah geseran kat pakaian semasa dia dalam mesin basuh je bila geseran bertambah insyaAllah pakaian lebih bersih. Lagi banyak kita pakai laundry ball lagi banyak geseran antara pakaian terhasil so pakaian pun lebih bersih. So fungsi utama laundry ball ni bukan untuk elakkan pakaian bergumpal.
LAUNDRY NET
Masih lagi berkenaan laundry hehe. Barang ke 8 ialah laundry net.sejujurnya hani tahu kegunaan laundry net ni sebab MIL hani ajarkan 8 tahun dulu hehe. Hani banyak belajar mengenai pengurusan laundry dengan Mil hehe so dia ajar semua benda2 kecil2 kena masuk dalam laundry net baru lah inner wear kita tak cepat rosak, tak cepat stretch getah kat pinggang seluar dalam atau tali bra.
Sebab kalau tak masuk dalam laundry net, tali bra dan seluar dalam ni berpusing-pusing, bersimpul-simpul dengan pakaian lain semasa proses membasuh dalam mesin basuh. Kadang-kadang pakaian lain ni akan meregangkan tali bra so nnt keluar semua dah hilang keelastikan getah nya haha
Yang best kat Eco ni dia ada laundry net utk ketiga-tiga ni iaitu khas utk bra, seluar dalam dan stokin. Haha so organised which i like! Setiap barang2 ni ada rumah masing2 siap berlabel.
Siapa yang sebelum no tak pernah try guna laundry net untuk cuci pakaian dalam, boleh guna lepas ni.
CLEANING GEL
Sebelum ni hani pernah try jenama lain. Sebab nak try? Saje haha tgk mcm best je. Sbb dulu rasa tak pernah nampak cleaning gel ala gini. Macam biasa, harga boleh tahan.
Bila Eco keluarkan je cleaning gel guna style yg sama terus hani beli.
Resultnya? Not bad not bad. Bau dia walaupun x kuat wanginya tapi ada baunya. Hani stampkan kat dalam mangkuk tandas dan sinki. Setiap kali kena air dia hasilkan buih dan bebaskan bau yang wangi.
COMPRESSED BAG
Last but not least.! Compressed / vaccum bag!
Hani dah pernah tunjuk macam mana hani susunatur comforter, cadar patchwork kat rumah hani kan sebelum ni? Hani gunakan vacuum bag utk jimatkan ruang. Hani masukkan dalam beg ni, kemudian guna pump atau vacuum cleaner untuk sedut udara dalam beg. Dari tebal jadi nipis perginya. So lebih menjimatkan ruang utk disimpan.
Tapi satu yg x best kalau tak silap hani ada satu je saiz dia jual kat Eco.
Kemas tersusun macam kedai Eco. Semua barang ada jadi senanglah hendak buat kerja.
Kalau berhajat hendak bersihkan rumah secara besar-besaran, boleh cari produk-produk pembersihan rumah ini di kedai Eco. Memang sangat membantu dan memudahkan kerja-kerja rumah sis!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Kulit Bak Porselin, Make Up flawless Dengan 12 Primer Cadangan Dan Ini Cara Terbaik Pilih Primer.
Jika selama ini Anda mengenal makeup primer berasaskan silikon dengan kemampuan membentuk lapisan baru agar wajah tampak smooth, ada pula water based primer dengan formula lebih ringan.
Dengan primer, solekan anda akan tampak lebih menyatu. Primer akan mempersiapkan wajah untuk pemakaian foundation, moisturizer, atau concealer kemudiannya. Makeup primer yang mana paling sesuai dengan keperluan riasan anda? Ikuti penjelasan tentan make up primer dan cara memilihnya dengan tepat.
Perlukah Makeup Primer?
Jurusolek setuju bahawa makeup primer ada beberapa kelebihan, meskipun ada sebahagian tidak mengemarinya. Pada dasarnya, cocok tidaknya penggunaan makeup primer perlu disesuaikan dengan keinginan anda.
Akan tetapi, makeup primer kini diperbuat tidak hanya untuk menghaluskan tekstur kulit, membuat makeup lebih menyatu, atau menyamarkan pori-pori yang tampak terbuka. Lebih dari itu, produk primer sekarang dibekali formula tambahan untuk fungsi mencerahkan, menutupi jerawat, dan menjaga hidrasi kulit agar makeup lebih melekat sekaligus mencegah breakout.
Cara Memilih Makeup Primer
Apabila anda bermasalah dengan garisan halus, pori-pori besar, dan tekstur kulit tidak rata, gunakanlah makeup primer yang mampu menangani seluruh permasalahan tersebut. Untuk lebih jelas, ikuti beberapa tips sebelum membeli make up primer.
Pilih sesuai dengan keadaan kulit wajah
Perkara utama yang mesti anda pertimbangkan adalah memilih makeup primer berdasarkan keadaan wajah. Anda yang kulit berminyak tentu memerlukan makeup primer yang berbeza dengan keadaan kulit wajah yang kering atau kombinasi. Oleh itu, berhati-hati memilih produk agar sesuai keadaan kulit.
Kulit Kering – Primer yang mampu melembapkan dan mengilaukan kulit
Wajib pilih primer dengan komponen moisturizer bagi anda yang berkulit kering. Salah satu permasalahan umum anda yang kulitnya kering adalah mekap sulit menyatu. Dengan adanya bahan khusus untuk menghidrasi kulit wajah, mekap pun lebih melekat. Lebih baik jika primer pilihan anda mampu memberikan efek kilau.
Utamakan unsur makeup primer yang mencantumkan keterangan “hydrating”, “dewy”, “glowing”, atau “moisturizing”. Semua efek tersebut diperlukan oleh kulit kering, agar hasil riasan tahan lama, dan terlihat berkesan. Selamat tinggal wajah kusam, bahkan wajah tampak lebih segar!
Untuk Kulit Normal – Pilih primer formula Illuminating dengan Hasil Dewy
Anda kulit normal tidak mengalami masalah kulit terlalu kering atau terlalu berminyak, juga tidak mengalami keadaan pori-pori yang terlalu terbuka mahupun tertutup. Bila Anda mempunyai jenis kulit normal, cari makeup primer yang diformulasikan dengan illuminating hasilkan kesan dewy.
Sebaiknya hindari primer yang meninggalkan kesan mattifying kerana hanya akan membuat wajah kelihatan kering dan kusam. Anda juga disarankan memilih formula primer yang mampu meminimalkan pori kerana akan lebih optima untuk lapisan foundation atau concealer di atasnya.
Untuk Kulit Berminyak – Carilah Primer yang meninggalkan kesan matte
Anda yang memiliki jenis kulit berminyak dianjurkan memilih makeup primer yang memberi efek matte. Bagu mengurangkan kilauan akibat minyak berlebih yang diproduksi wajah melalui mattifying formula pada produk primer.
Kulit yang cenderung berminyak umumnya disertai pori-pori besar. Oleh sebab itu, selain mengutamakan primer dengan oil control yang baik, anda juga disarankan memilih produk yang mampu meminimakan pori-pori. Sebagai gantinya, makeup pun tidak mudah luntur dan wajah kelihatanlebih halus.
Untuk Kulit Berjerawat atau Sensitif – Utamakan Primer yang mengandungi formula non-comedogenic dan zat aditif
Bermasalah dengan jerawat, cari primer yang mengandung bahan kawalan jerawat. Salicylic acid dan glycolic acid merupakan komponen utama yang terbukti kuat menangani masalah wajah berjerawat. Makeup primer dengan formula non-comedogenic pula pilihan agar tidak kondisi jerawat tidak lagi parah. Seboleh mungkin pilih makeup primer dengan kandungan minima agar tidak mendorong alergi atau radangan kulit.
Untuk Kulit Kombinasi – Pastikan formula yang bekerja menghidrasi dan memberikan kesan mattifying
Kulit kombinasi bererti terdapat dua area dengan kondisi berbeza pada kulit wajah. Biasanya, area U yang meliputi rahang cenderung kering, sementara area T sering kali berminyak. Jenis kulit kombinasi perlu makeup primer yang mampu bekerja melembapkan di area yang kering, namun mengawal lebihan minyak pada area yang berminyak.
Makeup primer berformula neutral sesuai untuk kulit kombinasi. Produkini takkan menyebabkan efek kilap ataupun matte berlebihan. Cadangan beli dua produk sekaligus yang masing-masing berfungsi sebagai mattifying primer dan hydrating primer. Namun, hal ini tentu memakan lebih banyak anggaran sehingga anda perlu pertimbangkan kembali dari segi bajet.
Fungsi Utama Di Dalam Primer
Color-correcting primer – Jika anda berkeinginan membeli makeup primer untuk mengurangkan kemerahan atau menambah kecerahan wajah.
Smoothing atau blurry effect – Fungsi menutupi garis halus.
Apa pun fungsi utama makeup primer pilihan anda, sangat penting mengutamakan produk yang formulanya terbukti selamat untuk penggunaan harian.
Kandungan Asas Silikon atau Air?
Kandungan dasar makeup primer dibezakan menjadi dua, iaitu silikon (silicone based) dan air (water based). Formula Produk silicone based lebih banyak diproduksi dibandingkan water based. Sebenarnya, apa perbezaan dari kedua jenis ini?
Berasaskan Silikon (Silicone Based): Menutup pori dan meratakan tekstur kulit
Ciri utama makeup primer berasaskan silikon kemampuannya menutup pori-pori dan meratakan tekstur kulit. Begitu pun pada kulit wajah belubang akibat bekas jerawat, komponen silikonnya akan mengisi lubang serta menciptakan lapisan baru agar tekstur kulit lebih merata.
Adapun komponen silikon yang digunakan adalah dimethicone, trimethicone, trisiloxane, atau cyclopentasiloxane. Cara fungsinya dengan membentuk layer baru untuk smoothing effect.
Berasaskan Air (Water Based): Peranan optima dalam membetulkan Warna kulit tidak sekata
Anda yang berkulit kering lebih dicadankan memakai makeup primer dengan formula dasar air. Primer ini menyimpan komponen pelembap cukup tinggi yang akan memelihara lingkungan wajah tetap basah agar makeup melekat lebih lama.
Formulanya yang lightweight, water based primer terasa lebih ringan. Makeup primer ini tidak sebaik silicone based primer dalam coverage tekstur tidak rata. Selain itu, kemampuan mengawal minyak juga tidak terlalu baik.
Ciri Lain:
- Bahan tambahan khusus seperti seperti SPF (sun protection factor) dan PA (protection grade of UVA) ke dalam primer.
- menyamarkan pori-pori agar makeup terlihat flawless. Sebaiknya Anda periksa juga formula penyokong yang menambah manfaat sebuah primer.
Makeup lebih flawless dengan primer yang mampu menyamarkan pori-pori
Kulit mulus dambaan Anda dapat terwujud dengan bantuan makeup primer yang mampu mengisi pori-pori. Primer jenis ini memungkinkan Anda peroleh hasil makeup yang flawless tanpa tampilan pori besar maupun kerutan halus. Bila Anda ingin menghadiri acara penting, makeup flawless yang menyatu dapat Anda raih dengan pore-minimizing primer.
Kulit Terlindungi dengan Primer yang Mengandung Formula UV Protector
- Paparan UVA dan UVB akan menghasilkan masalah yang sulit diatasi, mulai dari kulit kusam, bintik gelap, kulit terbakar, hingga penuaan.
- Dengan menggunakan primer ber-SPF, Anda pun tidak harus mengenakan sunscreen atau sunblock
Cadangan primer terbaik untuk wajah anda
1. Pixy Make It Glow Beauty Skin Primer
Samarkan ketidaksempurnaan wajah
Pixy membentangkan makeup primer berkerja baik dalam menyamarkan imperfections pada kulit wajah. Bahan-bahan botani seperti jojoba oil, olive oil, dan yuzu extract disematkan ke dalamnya, menjadikan produk ini bukan sekadar melembapkan wajah, tetapi membantu penutrisian sekaligus membuat wajah tampak sihat bercahaya.
Dilengkapi kandungan SPF 35 dan PA++, makeup primer tanpa alkohol ini memastikan keselamatan wajah melalui efek perlindungan optimal dari sinar UVA dan UVB. Kemasan tube-nya yang ramping memudahkan produk ini dibawa.
2. Hourglass Veil Mineral Primer
Kulit lebih cerah dan halus seperti menggunakan filter!
Apakah Anda mengharapkan penampilan sempurna sekaligus kulit terlindungi dari kusam akibat sinar matahari? Produk unggul ini menyediakan kandungan SPF 15 untuk memberi penjagaan ekstra terhadap wajah anda. Formula oil-free, primer ini sesuai untuk anda yang memiliki kulit berminyak mahupun kombinasi.
Veil Mineral Primer menggunakan kandungan utama silikon yang kuat menutupi kemerahan, serta memperbaiki pori-pori dan garisan halus. Bagi kulit sensitif, primer ini selamat diaplikasikan kerana komponennya yang bebas paraben, pewangi, dan pewarna buatan.
3. MARY KAY Foundation Primer Sunscreen SPF 15
Primer solekan terbaik, dengan asas foundation
Mary Kay® Foundation Primer Sunscreen SPF 15 adalah produk yang harus dimiliki jika anda mahu solekan kelihatan sempurna. Berfungsi sebagai pelengkap hasil solekan yang telus, tidak hanya menutup cela tetapi juga bertindak seperti magnet untuk memberikan asas solekan kekal dan tahan lama. Ia memberikan kemasan yang sempurna sambil meminimumkan penampilan liang pori, garis halus dan kedutan. Selain itu, ia bebas minyak dan mengandungi ramuan yang menyerap lebihan minyak pada kulit wajah.
4. Sephora Collection Beauty Amplifier Smoothig Primer
Primer untuk kulit berjerawat dan berformula silikon
Jika anda alami masalah kulit berjerawat dan bertekstur, primer daripada Sephora Collection ini akan menjadi bff anda! Ianya berformula silikon, yang akan mengisi ruangan kulit anda yang bertekstur, pori besar dan berjerawat. Ianya dapat meratakan kulit anda supaya foundation akan kelihatan rata dan flawless.Wajah anda juga akan tampil berseri dan anggun.
5. Nudestix Tinted Blur Stick
Primer khas untuk kulit kombinasi – utamakan bahagian T-Zon
Primer ini amat sesuai untuk kulit kombinasi kerana kulit jenis ini selalunya mempunyai bahagian pipi berkulit kering atau normal dan T-Zon yang berminyak. Jadi, anda hanya perlu memastikan T-Zon anda kekal kering dan tidak berminyak dengan primer daripada Nudestix ini!
Primer ini berbentuk stik yang membuatkan aplikasi ke atas bahagian T-Zon anda lebih mudah. Anda hanya perlu mengoleskan pada kawasan hidung, dagu dan dahi anda untuk mengawal minyak, menyembunyikan pori besar, tona tidak sekata, tekstur kulit dan juga garis halus.
6. Smashbox Photo Finish Primer Water
Kegemaran ‘Beauty Cult’ seluruh dunia untuk kulit normal
Primer Water daripada Smashbox ini telah menjadi kegilaan ramai sejak dari dulu lagi. Formulanya menjadikan permukaan muka agak melekit untuk memastikan foundation tahan lebih lama dan tak bercapuk. Aplikasi spraynya juga menyegarkan kulit dan membuatkan pengalaman mengoles makeup anda lebih senang dan mudah!
7. Cover FX Mattifying Primer
Primer matte untuk kulit berminyak agar kurang penghasilan sebum
Kulit berminyak selalunya mempunyai masalah terlebih penghasilan sebum yang tidak terkawal. Jadi primer daripada Cover Fx ini akan membantu menghilangkan maasalah kulit berminyak anda dengan lapisan mattifying yang akan mengawal minyak daripada merosakkan makeup anda.
8. Benefit The POREfessional Face Primer
Penggabungan pelbagai tone dan warna kulit
Benefit The POREfessional Face Primer mengandung vitamin E untuk melindungi kulit dari molekul radikal bebas yang desktruktif. Produk dengan tiga saiz pilihan ini bekerja cepat meminimakan pori-pori dan garis halus. Akibatnya, kulit super mulus idaman, makeup flawless dengan formulanya yang bebas alkohol, sulfat, dan paraben selamat untuk semua jenis kulit. Bukan itu saja, formula transparan (translucent) menjadikan primer ini sepadan untuk semua tone kulit. Kandungannya yang bebas minyak, makeup yang tahan lama tanpa luntur tidak dapat dielakkan!
9. Wardah Instaperfect Porefection Skin Primer
Formula ringan dan non-comedogenic yang ideal untuk kulit sensitif dan berminyak
Bagi anda yang memerlukan makeup primer dengan formula pore blurring, produk keluaran Wardah ini patut dipertimbangkan. Kualitinya sebagai base makeup untuk menyamarkan tampilan pori-pori tidak perlu diragukan lagi. Breathable formulanya tidak meninggalkan perasaan berat di kulit wajah.
Anda perlu aplikasi sunblock kerana primer ini tidak mempunyai UV protection. Tekstur creamy lembutnya terasa selamat untuk semua jenis kulit, terutama kulit sensitif dan berjerawat kerana tidak terasa perit, gatal, ataupun panas.
10. THE ORDINARY High- Adherence Silicone Primer
Untuk kulit berminyak dan sensitif dengan bertekstur ringan
Jika anda mengalami kerengsangan kulit akibat masalah sensitif, anda harus mengenakan produk bebas alkohol dan pewangi. The Ordinary menggunakan formula Advanced Adaptive Silicones yang bertindak sebagai kemasan matte dan dalam pada masa yang sama, ianya memberi kesan penghidratan buat kulit agar tampak segar dan bermaya.
Produk ini sesuai digunakan sebagai pelembap bebas minyak untuk menghilangkan penampilan pori dan cela sambil melembut dan melicinkan permukaan kulit.
11. NYX PROFESSIONAL Makeup Shine Killer
Sesuai buat si kulit berminyak –untuk solekan tebal yang tahan lama
Produk ini menyediakan kulit untuk aplikasi foundation dengan lebih lancar dan halus. Bertekstur gel ringan dan tanpa warna dapat mencipta lapisan yang tidak kelihatan serta bertindak sebagai penghalang kepada elemen luar supaya kulit terhalang dari radikal bebas. Membantu solekan tebal agar kekal segar dan tahan lama sepanjang hari.
Bukan itu sahaja, produk ini juga mengekalkan kelembapan kulit tanpa menyebabkan kesan berminyak dengan kandungan ekstrak Vitamin E supaya wajah kekal licin, halus dan segar berpanjangan. Tiada lagi masalah kulit iritasi!
12. RIMMEL LONDON Stay Matte Makeup Primer
Primer dari drugstore – ikut kemampuan bajet dan berkualiti tinggi
Ciptakan hasil solekan kemas dan matte dengan primer daripada jenama Rimmel London ini. Diformulasi dengan bahan ultra-ringan dan bebas minyak akan mengurangkan penampilan liang pori yang besar. Boleh digunakan dalam pelbagai cara samada anda memakainya sebagai asas solekan sebelum foundation supaya tahan sehingga 8 jam atau aplikasikan begitu sahaja untuk tampil lebih natural supaya kulit tampak lembut dan bersih.
Gunakanlah primer secara tepat agar makeup tidak terlihat seperti topeng atau terkesan cakey. Semoga anda bertemu dengan primer pilihan yang sesuai dengan keperluan.
DAPATKAN HIJABISTA EMAG DENGAN MUAT TURUN APLIKASI EMALL
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ramadan Bulan Terbaik Untuk ‘Berubah’, Tapi Gusar Iman Turun Naik? Jadikan Doa Ini Sebagai Amalan!
Iman adalah mutiara, di dalam hati manusia.. Yang meyakini Allah, maha esa maha kuasa.. Tanpamu iman bagaimanalah, merasa diri hamba padaNya.. Tanpamu iman bagaimanalah, menjadi hamba Allah yang bertaqwa.
Haa.. tengah menyanyi ke tu? Mesti ada dikalangan hijabi yang ‘familiar’ dengan bait-bait lirik dalam lagu ‘Iman Mutiara’ dendangan kumpulan nasyid Raihan ni kan? Lagu ini mengambarkan dengan jelas tentang definisi ‘Iman’ di dalam diri manusia.
Iman merupakan sebuah ‘hadiah’ yang diturunkan oleh Allah SWT kepada kita sebagai hambanya untuk terus berada di landasan-Nya. Iman yang kuat pastinya diberikan ganjaran pahala. Di bulan Rmadan yang mulia ni, ramai diantara kita yang berlumba-lumba mahu berubah ke arah lebih baik dan dalam masa yang sama meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.
Tapi, bagaimanakah cara untuk kita memastikan iman kita tidak ‘turun naik’, sentiasa kuat dan tetap? Justeru, Hijabista terpanggil untuk berkongsi kepada anda semua tentang pilihan doa yang boleh diamalkan untuk mendapat ketetapan iman dalam diri kita sebagai hamba-Nya.
Iman ‘Turun Naik’, Atasinya Dengan Amalan Doa Mohon Ketetapan Iman Ini!
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
Rabbabaa Laa Tuyigh Quluubanaa Ba’da Idz Hadaitanaa wa Hab Lana Mil-Ladunka Rahmatan Innaka Antal-Wahhaab
Ertinya: “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (QS. Ali Imran: 7)
يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوْبِ، ثَبِّتْ قَلْبِي عَلَى دِيْنِكَ
Yaa Muqallibal Quluub, Tsabbit Qalbi ‘Ala Diinik
Artinya: “Wahai Dzat yang membolak-balikkan hati, teguhkan hati kami di atas agama-Mu.” (HR. Ahmad dan at Tirmidzi)
اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ الْقُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ
Allaahumma Musharrifal Quluub, Sharrif Quluubanaa ‘Alaa Thaa’atik
Ertinya: “Ya Allah yang mengarahkan hati, arahkanlah hati-hati kami untuk taat kepadamu.” (HR. Muslim)
Artikel berkaitan: Doa Susah Makbul? Mungkin ‘Salah’ Caranya! Jom Perbetulkan
Ketiga doa di atas adalah doa yang bersumber dari Al Qur’an dan sunnah sohihah. Maka seorang muslim patut menghafal dan memunjatkannya kepada Allah setiap waktu, kerana terpelihara ataupun tercabutnya hidayah terletak pada kehendak dan kekuasaan Allah. Apabila Allah meneguhkan hidayah, tidak ada yang dapat memalingkan dan menyesatkannya.
مَنْ يَهْدِ اللَّهُ فَهُوَ الْمُهْتَدِي وَمَنْ يُضْلِلْ فَأُولَئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ
“Sesiapa yang diberi petunjuk oleh Allah, maka dialah yang mendapat petunjuk; dan Sesiapa yang disesatkan Allah, maka merekalah orang-orang yang merugi.” (QS. Al A’raf: 175)
Dah tahu cara agar memperoleh dan dikurniakan ketetapan iman oleh Allah SWT kan? Jangan lupa untuk meluangkan sedikit waktu Hijabi untuk membacanya. Selamat beramal!
Artikel berkaitan: Sering Menjadi ‘Sasaran’ Dan Kerap Dimarahi? Islam Saran Amalkan Doa Pelembut Hati Ini!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI