Cantik Lagi Menawan, Che Ta Pilih Rona Hijau Lembut Di Majlis Kesyukuran Sempena Hari Jadinya

Share

Baru-baru ini, pelakon jelita Rozita Che Wan ataupun mesra dipanggil Che Ta telah menyambut hari jadinya pada 9 Mac yang lalu.

Meskipun terpalit dengan kontroversi, Che Ta tetap tenang dan menyambut hari jadinya dengan cara bersederhana dengan mengadakan majlis kesyukuran di Sikamat, Negeri Sembilan. Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran kaum keluarga, sahbat handai dan diraikan juga bersama anak yatim.

Che Ta sekeluarga telah memilih rona hijau lembut sebagai warna tema pakaian mereka. Cantik sangat. Tenang mata yang memandang!

Tak pernah tak segak naaa…

Si kecil Aaisyah juga turut mencuri tumpuan semua apabila mengenakan hijab pada majlis itu. Comelnya!

Hijabista doakan agar Che Ta sekeluarga terus diberkati Tuhan selalu dan sentiasa menerima rahmat daripadaNya. Happy Birthday Che Ta!

Published by
Qistina