Baru-baru ini, pelakon jelita Rozita Che Wan ataupun mesra dipanggil Che Ta telah menyambut hari jadinya pada 9 Mac yang lalu.
Meskipun terpalit dengan kontroversi, Che Ta tetap tenang dan menyambut hari jadinya dengan cara bersederhana dengan mengadakan majlis kesyukuran di Sikamat, Negeri Sembilan. Majlis itu diserikan lagi dengan kehadiran kaum keluarga, sahbat handai dan diraikan juga bersama anak yatim.
Che Ta sekeluarga telah memilih rona hijau lembut sebagai warna tema pakaian mereka. Cantik sangat. Tenang mata yang memandang!
Biarpun bukan seorang artis, nama Intan Saleh pernah menjadi bualan ramai kerana kisah perkahwinannya yang terdahulu malah dia juga sempat menjadi madu kepada aktres, Izreen Azminda untuk seketika.
Tidak lagi menoleh ke belakang, wanita hebat ini kini sudah sah bergelar isteri kepada cinta hatinya, Aizam Yahya selepas diijab kabul semalam.
Ibu kepada dua orang cahaya mata ini telah memuat naik sendiri foto dan video pernikahannya di akaun Instagram sendiri.
Dengan hanya sekali lafaz, pasangan sama cantik sama padan ini telah sah dinikahkan oleh bapa Intan. Mereka juga sedondon mengenakan busana indah berwarna pic.
Intan juga dilihat tidak mampu menahan sebak sewaktu si suami menyarungkan cincin di jari manisnya.
Lupakanlah kisah lalumu, lupakahlah derita lamamu
Tahniah Intan dan suami! Sesungguhnya janji Tuhan itu adalah benar. Moga pasangan ini dikurniakan kebahagiaan di dunia dan akhirat. Amin.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman TikTok tentang seorang anak muda bernama Wan Othman Wan Mohd Nor Hasyim, gigih membanting tulang empat kerat bekerja sebagai pemungut sampah, Alam Flora di usia menginjak 20-an.
Meskipun terpaksa bergelumang dengan bau busuk sampah sarap dan memerah keringat di bawah panas terik mentari setiap hari. Pemuda yang mesra di sapa sebagai Wan ini, mengakui bahawa dia tidak kisah asalkan kebajikan ibu serta adik-adiknya terbela.
Wan Kerja Keras Galas Tanggungjawab Seorang Ayah Demi Adik-Adik!
Perkara berkenaan dikongsikan wan sendiri menerusi akaun TikTok miliknya mengenai rutinnya dirinya yang bekerja sebagai pemungut sampah.
Selain itu, Wan juga sering berkongsikan momen-momen penuh bermakna ketika dia dapat meluangkan masa bersama keluarga. Namun dia tidak menyangka muatnaik video atas dasar suka-suka itu telah berjaya meruntun hati wargamaya tatkala menyaksikan ketekunan serta kegigihan dia mencari sesuap nasi.
“Di sebalik kerja keras, ada anak laki-laki yang kuat demi menggantikan tanggungjawab seorang ayah. Demi melihat adik-adik membesar dengan penuh kasih sayang,” tulisnya menerusi hantaran video berkenaan.
Dalam hantaran video itu, dapat disaksikan Wan yang membawa adik-adik serta ibunya menikmati ayam goreng di sebuah restoran makanan segera serta mencipt momen-momen indah bersama dengan berjalan-jalan.
Nekad Berhenti Sekolah Dan Mencari Rezeki Sejak Usia 14 Tahun Lagi
Menurut Wan, dia sudah mula membanting tulang mencari rezeki seawal usia 14 tahun lagi. Malah, dia nekad untuk menghentikan pengajian di sekolah demi membantu ibunya.
Susulan tidak mempunyai sebarang sijil mahupun pendidikan. Wan akui agak sukar baginya untuk memperoleh pekerjaan yang baik. Justeru, kini sudah hampir dua tahun dia menabur khidmat bakti kepada masyarakat, bekerja sebagai pemungut sampah dengan syarikat Alam Flora di bandaraya Kuantan, Pahang.
“Sebenarnya sejak usia 14 tahun lagi saya sudah mula bekerja, iaitu sebaik sahaja habis tingkatan dua. Apa yang mendorong untuk saya bekerja adalah kerana mahu membantu ibu.
“Bapa saya masih ada namun saya kurang selesa untuk berkongsi mengenainya. Memadai saya katakan, saya ambil keputusan untuk bekerja kerana mahu membantu ibu yang bekerja sebagai pengasuh.
“Ketika saya suarakan hasrat untuk berhenti sekolah, ibu macam keberatan. Ibu mana yang mahu anaknya tak berpendidikan tinggi.
“Tapi akhirnya ibu akur dengan keputusan saya. Biarlah saya yang bekerja kerana saya anak lelaki sulung. Masih ada tiga adik di bawah tanggungan saya,” ujarnya.
Jelas Wan lagi, dia tidak pernah menyangka bahawa perkongsian video yang dilakukan atas dasar suka-suka dan sekadar berkongsi tentang kisah hidupnya akan menjadi tular.
“Saya hanya sekadar berkongsi rutin kerja dan kisah saya di TikTok. Mudah-mudahan dapat dijadikan inspirasi buat mereka di luar sana.
“Usahlah memilih pekerjaan. Berat macam mana pun pekerjaan itu, bekerjalah asalkan ada hasil dan halal,” akhirinya.
Untuk rekod, hantaran video berkenaan kini telah meraih lebih 620,000 jumlah tontonan di TikTok sejak ia dimuatnaik. Dalam masa sama, Wan turut menzahirkan rasa terharu terhadap komen-komen murni yang ditinggalkan netizen berhubung tanggungjawabnya sebagai seorang abang.
Pernah tak hijabi mengalami masalah susah nak tidur? Susah tidur atau insomnia merupakan masalah yang paling biasa bagi kebanyakan orang. Ia disebabkan oleh tekanan, gaya hidup yang tidak seimbang, ataupun masalah emosi.
Bagi hijabi yang mengalami insomnia atau gangguan tidur pasti tahu betapa terseksanya memaksa diri untuk tidur setiap malam. Bahkan di Malaysia, kajian menunjukkan 89% masyarakat mengalami insomnia.
Terdapat pelbagai cara untuk merawat masalah insomnia ini seperti pastikan bilik tidur anda berada pada suhu yang betul, elakkan cahaya dan bebas dari bunyi bising. Tetapi kalau hijabi dan cuba kaedah ini tapi masih tidak berkesan, jangan risau. Hijabista ada cara yang lebih cepat dan berkesan untuk dicuba!
Melalui video yang dimuat naik seorang pakar kecergasan di laman Tiktok; @justin_agustin, dia telah berkongsi teknik ‘ketenteraan’ untuk lelap dengan hanya 2 minit!
Teknik ketenteraan untuk tertidur dalam masa 2 minit ini memerlukan langkah menggambarkan senario yang tenang untuk mengosongkan fikiran anda dan menghilangkan tekanan tambahan dari fikiran anda.
Difahamkan, teknik tersebut digunakan oleh tentera ketika mereka cuba mendapatkan tidur yang cepat dan nyenyak. Ia dikatakan dicipta oleh pegawai tentera yang sangat mementingkanprestasipasukannya.
Keletihandankurangtidurmembawakepadakesilapanyangtidaksepatutnyadilakukanolehseorangaskaryangbaik,jadidia telah mencipta teknik tersebut yang ternyata berkesan dalam96%kesselepas6mingguujian. Wah, jom kita terokai teknik tersebut!
#1 Mulakan dengan merehatkan otot di dahi.
Hijabi perlu kendurkan otot muka, termasuk lidah, rahang dan otot di sekeliling mata serta fokus kepada pernafasan anda.
#2 Turun ke leher dan bahu.
Pastikan bahu anda tidak menegang. Jatuhkan bahu serendah yang boleh dan biarkan lengan serta jari berasa longgar.
#3 Bayangkan sensasi hangat bergerak dari kepala ke hujung jari tangan. Kemudian bergerak dari paha hingga ke hujung jari kaki.
#4 Tarik nafas dalam-dalam dan hembus perlahan-lahan.
Pastikan anda kendurkan otot dada, perut, turun ke paha, lutut dan kaki.
#5 Kosongkan fikiran
Akhir sekali, hijabi perlu kosongkan fikiran selama 10 saat sebelum ‘membayangkan’ salah satu senario yang tenang.
Antara senario yang hijabi boleh bayangkan adalah:
Berbaring di dalam sampan di tasik yang tenang dengan langit biru jernih di atas kamu.
Berbaring di buaian baldu hitam di dalam bilik yang gelap gelita.
Berkata “jangan fikir, jangan fikir, jangan fikir” kepada diri sendiri berulang kali selama kira-kira 10 saat.
Banyak kesan buruk insomnia seperti imuniti yang lemah, tekanan darah tinggi masalah ingatan, dan penambahan berat badan. Jadi jangan ambil risiko dan cuba dahulu teknik di atas. Penulis berharap teknik ketenteraan ini membantu anda tidur dengan lebih cepat dan dapat masa rehat yang lebih lama!
NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow mencuri tumpuan di Piala Seri Endon 2025 apabila Tuanku Zara Salim tampil anggun dengan kulit berseri. Ketahui rahsia serum ini yang beri hasil dalam 3 hari!