Cantik & JELITANYA Indah Ruhaila Gayakan Kurung MODEN Warna Biru Lembut & BERHIJAB Di Majlis Pernikahan

Share

Penyanyi dan juga bekas peserta AF Megastar, Indah Ruhaila, 30 tahun selamat diijab kabulkan bersama lelaki pilihannya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik, 30 tahun dalam satu majlis tertutup di Subang Jaya. Sebaik selepas majlis akad nikah pelantun lagu Percayalah ini mengucapkan’Alhamdulillah, Shariff lelaki terbaik yang hadir dalam hidupya”.

Dalam majlis berkenaan, Indah atau nama sebenarnya Siti Ruhailah Hussein menerima wang mas kahwin sebanyak RM1,000. Majlis serba ringkas

itu hanya dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat pasangan berkenaan.

Penampilan Indah cukup anggun sekali apabila mengenakan kurung moden warna biru lembut lengkap berhijab dari warna yang sama juga ilham pereka Seth and Luna. Wajahnya yang unik itu juga tampil berseri dan jelita sekali dengan solekan hasil sentuhan @diamairaonn. Segala-galanya nampak ‘perfect’ sekali di majlis yang cukup ringkas ini.

Manakala untuk majlis resepsi keduanya memilih persalinan moden di mana, Indah menggyakan dess warna putih manakala pasangannya segak tampil dengan kot warna kelabu. Kelihatannya beberapa rakan artis

turut hadir dan salah seorang adalah penyanyi Nabila Razali dan rakan-rakan AF.

Indah dalam kenyataanya dalam Berita Harian Onlie memberitahu, dia memohon maaf kerana tidak mengundang media pada hari bersejarahnya. Dia tiada niat berahsia, tetapi dibuat sebagai menghormati permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Pasangan ini juga merancang untuk berbulan madu tetap masih tidak tahu destinasi pilihan. Indah juga turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak dan peminatnya yang sering mendoakan kebahagiaannya.

Admin suka melihat cara Indah yang low profile dan didoakan semoga pasangan ini kekal bahagia hingga ke jannah. Insya-Allah.

ARTIKEL BERKAITAN: Fazura Juga Tampil Berhijab Di Majlis Pernikahannya

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Published by
Siti Zurina