Trend pasangan bakal ibu bapa merakamkan gambar-gambar dan juga video melalui ‘maternity shoot’ seakan menjadi perkara ‘wajib’ dilakukan terutama ketika menyambut kehamilan bayi sulung.
Bagi pengacara dan juga pelakon, Uyaina Arshad dan suaminya, Raja Syahiran Raja Azhanrianshah mereka juga tidak mahu melepaskan peluang untuk merakamkan detik-detik indah itu.
Melalui perkongsian Uyaina di laman Facebook dan Instagramnya, Uyaina berkongsi rasa tentang pengalamannya menjalani proses ‘maternity shoot.’
Our first maternity shoot
It felt magicalAlhamdullilah.. Thank you Allah for this experience.. Simple, tapi sangat bermakna.
I styled my own self using baju apa yang ada dalam almari. I bought the flower crown for quite a sometime already. Finally, dapat pakai Make up by @bellahudd , creative direction & photography by @atiqah9529
And thank you to my husband @rajasyahiranmy for all the wonderful things & beautiful phases we get to share together in this life, and hopefully in the hereafter too. Semoga yang baik2 buat kita. Aamiinn!
Jom kita layan gambar-gambar comel bakal ibu ni!
Kau Yang Pertama
Kau yang pertama,
Hadir di dalam rahimku,
Terlahir dari penyatuan kasih,
Bukti kebesaran Al-Wadud,
Sang Maha Pencinta.
Kau yang pertama membuatku merasa,
Perkara2 indah yang belum pernah kurasa,
Selautan kasih dan cinta yang belum pernah kuteroka,
Dan tak pernah ku terfikir ada,
Dari degup jantung dan tendangan pertama,
Terlalu indah untuk ku ungkap dengan kata.
Kau yang pertama membawa legasi Raja dalam keluarga,
Kerana seperti mana doa nenekmu mengiringi setiap langkahku,
Begitu jugalah dan lebih doaku buatmu, anakku..
Semoga Allah menjaga, merahmati & memelukmu di setiap masa,
Dan terima kasih kerana memilihku menjadi penjagamu, sayangku..
Sampai kita berjumpa bila tiba masanya,
Yang cuma tinggal kurang lebih sepurnama..
Kau yang pertama,
Hingga Akhir Waktu,
Kau tetap yang pertama.
Untuk rekod, Uyaina membina mahligai bahagia bersama Raja Syahiran pada 21 Disember 2021. Pasangan selebriti ini berkenalan pada 2019 melalui program terbitan Astro.
Sumber kredit: Facebook Uyaina Arshad dan Instagram Uyaina Arshad
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.