Berita

Cantik, Bijak & Berinspirasi! DESY RATNASARI Kini Bergelar Doktor Falsafah Dalam Bidang Psikologi

Share

Penyanyi dan pelakon popular Indonesia, Desy Ratnasari merupakan salah seorang artis yang amat mementingkan akademik.

Kredit Foto; desyratnasariterdepan

Baru-baru ini, selebriti yang terkenal pada era 90-an ini berjaya menamatkan pengajian dan dianugerahkan Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang Ilmu Psikologi daripada Universitas Atma Jaya, Jakarta sekaligus membawa gelaran Doktor Falsafah sebagai Dr Desy Ratnasari.

Popular dengan lagu berjudul Tenda Biru, Desy yang kini berusia 50 tahun ini juga aktif dalam dunia politik.

Kredit Foto: desyratnasariterdepan

Biarpun berjaya dalam dunia hiburan dan politik, Teh Desy Ratnasari tetap menjadikan pendidikan sebagai keutamaannya sehingga berjaya memperoleh Jjazah Kedoktoran.

Kredit Foto: desyratnasariterdepan

Desy berkongsi momen membanggakan itu di Instagram peribadinya yang menyaksikan dia sedang melakukan sesi pembentangan terbuka di hadapan ahli akademik penilai dan tetamu.

Pada penghujung sesi pembentangan, Desy diberikan sijil yang menandakan penerimaan gelaran sebagai Doktor Falsafah.

“Alhamdulilah, selesai sudah sidang terbukanya. Tadi sudah diberi gelar sebagai seorang doktor psikologi. MasyaAlla Allah permudahkan, Alhamdulillah,” ujarnya usai pembentangan.

Kredit Foto: desyratnasariterdepan

Semoga Desy terus sukses dan mencetuskan inspirasi buat seluruh wanita.

Untuk info, Desy merupakan ibu tunggal kepada seorang anak iaitu Nasywa Nathania Hamzah yang juga bijak dan cantik.

 

Published by
Amy Mohd