Xaviera Putri, hijabi yang kini sedang menuntut di Korea Advanced Institute of Science and Technology (KAIST) meraih tumpuan ramai apabila muncul sebagai peserta dalam siri web dengan format game show ‘Clash of Champions’ yang dianjurkan oleh Ruangguru.
Siri popular ini berjaya meraih jutaan tontonan selepas disiarkan di saluran YouTube. Dua episod disiarkan pada 29 dan 30 Jun 2024.
Untuk info, Clash of Champions adalah game show yang mempertemukan mahasiswa pintar dari belasan universiti ternama di Indonesia.
Para peserta bergabung kerana memiliki kecerdasan dan kepintaran yang telah terbukti daripada prestasi di sekolah.
Bukan sahaja kepintarannya, Xaviera turut meraih tumpuan kerana memiliki wajah yang cantik.
Xaviera Putri menjadi perhatian selepas kebolehannya menjawab soalan berkaitan daya ingatan dalam ujian Memory Madness.
BACA JUGA: Pelopor Salun Muslimah Di Indonesia YULIA ASTUTI Mula Berniaga Di Bekas Tapak Gerai Makan
Selepas rancangan itu disiarkan, ramai yang memuji dan tertanya-tanya tentang gadis berusia 23 tahun ini.
Sering tampil bergaya, anggun dan stylish di kampus.
Kekal menawan walau dalam gaya kasual.
Penampilannya sangat menakjubkan di Clash of Champions, beraksi penuh yakin dan berkarisma.
Seorang yang mudah mesra dan ceria.
Mengambil dua bidang pengajian serentak iaitu Sains Komputer dan Pengurusan Teknologi Perniagaan sejak tahun 2020.
Penampilan formal Xaviera Putri di kampus sentiasa kelihatan stylish.
Semoga Xaviera Putri terus sukses dan menjadi inspirasi buat seluruh hijabi di luar sana. Beauty with brain!