Perkara berkenaan dapat dilihat menerusi satu hantaran video di laman Instagram Datuk Syafinaz baru-baru ini.
Menerusi hantaran itu, Datuk Syafinaz dilihat sedang mempromosikan sebuah acara karnival bersempena peristiwa Israk Mikraj yang dijadualkan berlangsung di Negeri Sembilan pada 17 dan 18 Februari lalu.
Namun, penampilan beliau yang bertudung litup meskipun dalam gaya tudung modest itu, membuatkan netizen terpesona tak berkelip mata, melihatkan keindahan dan kemanisan wajah Datuk Syafinaz yang berhijab dan menutup aurat dengan sempurna.
Datuk Syafinaz yang mengenakan hijab berona biru gelap dengan solekan yang minimalis menatarias wajahnya, menyerlahkan lagi pesona ayu dan keserian pada wajahnya hingga mengundang pelbagai pelbagai reaksi netizen.
Hijabista sempat meninjau ke ruangan komen pada hantaran berkenaan dan mendapati ramai rakan artis dan netizen memuji kecantikan Datuk Syafinaz yang kelihatan manis dan ayu apabila mengenakan hijab.
Selain itu, ramai juga yang mendoakan dan berharap agar imej muslimah ini dapat dikekalkan serta Datuk Syafinaz istiqomah untuk tampil dengan imej sedemikian. Berikut merupakan beberapa komen yang ditinggalkan warganet:
Ads
“Wow persis bidadari,” komen penyanyi Indah Ruhaila.
“Masyallah anggun sungguh, istiqomah sayang,” kata seorang warganet.
“Berseri bila berhijab,” ujar seorang lagi netizen.
Ads
Sekadar info, terdahulu Hijabista pernah melaporkan berhubung Datuk Syafinaz yang digelar ‘vampire’ oleh wargamaya berikutan wajahnya yang tidak dimamah usia dan sentiasa kelihatan ‘awet muda’.
Bekas kapten All Together Now Malaysia musim ke-2 itu juga mendedahkan bahawa, wajahnya adalah asli tanpa sebarang pendedahan plastik.
Baru-baru ini telah tular mengenai sebuah video yang memaparkan sepasang kekasih sedang bersolat berjemaah bersama melalui panggilan video di telefon.
Lantaran itu, ramai warganet yang telah mengecam tindakan mereka kerana seolah-olah mempermainkan agama dan tidak mengikut landasan agama yang sebenar.
Walaupun pasangan itu mungkin berniat baik untuk meraih pahala bersama, namun niat sememangnya tidak menghalalkan cara.
Tidak mahu masyarakat terikut-ikut, ahli kumpulan nasyid Zayne, Furqan Fawwaz telah mengulas mengenai isu video tersebut bagi memberi pengajaran buat semua.
Jelasnya, solat itu merupakan komunikasi perhubungan antara kita dengan Allah dan melalui solat kita minta untuk dijauhkan segala musibah. Namun, perbuatan ini pula bertentangan dan seolah-olah meminta musibah daripadaNya.
Tambahnya lagi, dia juga risau generasi muda sekarang ini terlalu mengejar jumlah tontonan yang tinggi di sosial media hingga sanggup membuat video yang memalukan dan mempermainkan agama.
Berikutan itu, ramai netizen yang turut memberikan reaksi sedih dan kecewa dengan tindakan pasangan kekasih tersebut dan berharap tiada yang mencontohi perbuatan mereka.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Baru sahaja dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza 8, sebuah video di TikTok melibat Aliff Aziz telah tular apabila ada warganet yang juga seorang kru produksi telah merakam aktivitinya di luar pentas dimana Aliff dan isteri, Bella Astilah serta beberapa kru produksi lain sedang solat berjemaah bersama.
Menariknya, di dalam video itu kelihatan pelantun lagu Sayang Sayang itu sedang menjadi imam bagi solat jemaah tersebut.
Rutin sang JUARA. Congratulations Aliff Aziz & Bella
Pak imam kita juara GV8
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang warganet yang memberikan kata-kata positif serta memuji tindakannya yang tidak lalai meninggalkan solat walaupun sibuk dengan pertandingan.
Masya-Allah, manisnya Nora Danish berhijab! Pelakon cantik Nora Danish menarik perhatian warga media sosial apabila tampil dengan imej berhijab. Rata-rata memuji dan mendoakan agar Nora kekal istiqamah. Semoga ia menjadi asbab kepada penghijrahan.
Menerusi perkongsian di instagram peribadinya, Nora atau nama penuhnya Nora Mohd Danish Hanif, 42, memuat naik foto memaparkan dirinya menggayakan hoodie kelabu dan tudung berwarna hitam.
Pun begitu, Nora tidak memberi sebarang kenyataan berhubung penampilannya itu. Nora juga telah menutup ruangan komen dan mendapat lebih 100,000 tanda suka daripada para peminat serta rakan artis.
Ekoran tercetusnya spekulasi berhubung imejnya itu, Nora akhirnya mendedahkan sebab dia tampil berhijab sejak kebelakangan ini.
Dedah Nora, dia merasa senang untuk memakai pakaian menutup aurat sepanjang menjaga bekas suaminya, Nedim Nazri yang kni sedang menerima rawatan di hospital.
Menurutnya, dengan menutup aurat akan memudahkannya untuk solat dan mengaji sepanjang menjaga bekas suaminya itu.
“Saya sebenarnya mahu berkongsi tentang penampilan saya kerana mencetuskan banyak tanda tanya.
“Jadi kalau saya menjaganya (Nedim) di hospital, saya memakai pakaian yang senang untuk mengerjakan solat dan dalam masa sama saya megaji juga.”
Nora turut menzahirkan ucapan terima kasih buat semua yang tidak henti-henti mendoakannya.
“Saya hargai dan harap doa anda, doa ibu anda dan doa saya juga Allah makbulkan Insya-Allah,” jelas Nora menerusi sebuah video di akaun Tiktok peribadinya.
Terdahulu, Nora sah bercerai talak satu dengan Nedim Nazri pada 19 Jun lalu, setelah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka dikurniakan cahaya mata lelaki, Mohamed Neqayl yang kini berusia enam tahun.
Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan cahaya mata lelaki, Putra Rayqal, 15. Mereka bercerai pada 2008.
Hijabista mendoakan agar Nora Danish terus istiqaamah seterusnya dikurniakan ketenangan dan kebahagiaan yang sebenar.
Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA! Download seeNI sekarang!
Malah, jika dilihat menerusi perkembangan terkini di laman sosial miliknya, kehidupan anak saudara kepada pelakon veteran Wan Maimunah itu kini lebih kepada...