Baru-baru ini, pelakon jelita iaitu Mia Ahmad mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik gambarnya di laman instagram mengenakan busana jubah berwarna coklat sambil bertudung labuh.
Hanya dengan solekan semula jadi, penampilan Mia itu memang membuatkan sesiapa sahaja yang melihatnya rasa tenang bila memandang.
Bukan itu sahaja, malah gambar sebelum ini juga turut menampilkan dirinya bertudung menutupi bahagian dada. Menyedari akan hal itu, ramai peminatnya yang memberikan pujian buat penampilannya yang terkini dan memberikan reaksi positif terhadapnya.
Biarpun sudah jarang muncul di kaca televisyen sejak berkahwin, Mia tetap aktif di laman sosial serta sering berkongsikan rutin hariannya buat pengikut instagramnya.
Sebagai rekod, Mia telah mendirikan rumah tangga dengan penjaga gol pasukan Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi pada tahun 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Menangi Tiket Ke Tayangan Eksklusif A Quiet Place Part II Bersama Hijabista!
Berikutan tempat tinggal mereka tidak lagi selamat, Evelyn Abbott (Emily Blunt) tanpa suami di sisi bersama tiga orang anaknya kini menghadapi ancaman dari dunia luar pula demi meneruskan perjuangan mereka untuk terus hidup dalam diam dan selamat.
Dipaksa untuk melibatkan diri dalam suatu perkara yang tidak diketahui, mereka kemudiannya menyedari bahawa makhluk yang memburu mereka semua bukanlah satu-satunya ancaman yang bersembunyi untuk memburu mereka semua.
Bakal ditayangkan pada 19 Mac di pawagam seluruh Malaysia, filem A Quiet Place Part II yang diarahkan John Krasinski ini memang dinantikan oleh kebanyakan pencinta filem kerana filemnya yang terdahulu iaitu A Quiet Place (2018) mendapat kutipan box office di seluruh dunia.
Jika anda mahu menjadi yang bertuah untuk menyaksikan tayangan perdana filem A Quiet Place Part II, jawab sahaja soalan mudah di bawah ini. Manalah tahu jika rezeki bakal berpihak pada anda!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mimpi Arwah Berpakaian Serba Putih, Rebecca Nur Al Islam Lemah Terima Berita Pemergian Siti Sarah
Beruntungnya insan yang bernama Siti Sarah Raissuddin apabila seluruh rakyat Malaysia mendoakannya pada hari pemergiannya hari ini. Hingga kini, ramai rakan artis serta kenalannya yang tidak jemu berkongsi kisah kebaikan allahyarhamah yang tidak pernah diceritakan sebelum ini.
Bagi Datin Rebecca Nur Al Islam Ahmad, beliau sayu mengenangkan apabila arwah sanggup mencari nombor telefon bagi menghubungi dirinya sewaktu beliau dan keluarga sedang dijangkiti wabak covid-19 pada bulan Julai yang lalu.
Beliau juga merasai benar-benar dekat dengan arwah hinggakan termimpi arwah berpakaian serba putih pada hari Jumaat yang lalu.
Bismillahirrahmannirahim 😭..
Speechless 😭 …..
Assalammualaikum.
Berita Yg Sgt Sgt Sedih Pagi ni
Lembik satu badan saya..
Satu Malaysia Merasa kan Kesedihan Ini..
Allah Hu Akbar
Allah Hu Akbar
Allah Hu Akbar
Bismilllah..
اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضُ مِنَ لدَّنَسِ.
وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيِرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ اَهْلِهَا وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهَا، وَأَدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهَا مِنْ عَذَا بِ الْقَبْرِ أَوْمِنْ عَذَابِ النَّرِ
Artinya:
“Ya Allah, ampuni dan rahmatilah dia. Selamatkanlah dan maafkanlah dia. Berikan kehormatan untuknya, luaskanlah tempat masuknya. Mandikanlah dia dengan air yang jernih lagi sejuk. Bersihkanlah dia dari kesalahan sebagaimana Engkau bersihkan baju yang putih dari kotoran. Gantikanlah baginya rumah yang lebih dari rumahnya, pasangan yang lebih baik dari pasangannya (di dunia). Masukkanlah dia ke dalam surga, lindungilah dari azab kubur dan azab neraka.” (HR. Muslim)
Ameen Allahuma Ameen 🙏🏻😭
Sayang @sitisarahraissuddin
Syurga Menanti Mu
Utk menambah kan lagi BIDADARI SYURGA Di Sana 😭
Dikau TerLalu Baik..
Hanya Allah SWT sahaja Maha Mengetahui 🙏🏻
Husnul Khatimah Sayang Ku Sarah ❤️
WalauPun kita Tidak Pernah Kenal
Dgn Lebih Dekat,Tapi…
Pada 15/7/2021 you benar benar buat Diri ini terasa Lebih Dekat Dgn Diri you..
Sanggup Usaha dan Cari Number i Utk WhatsApp i ,BerDoa Utk i,suami dan anak anak 😭😭😭
sehingga kan I merasa sgt Sayang Kat you dan sgt Dekat dgn you..
Dan Sehinggakan Hari Jumaat Hari tu i boleh mimpi Terang Muka You Dgn Berpakaian Serba putih..
Dan i terus tak boleh Tido 😭
Rupa nya Bidadari Syurga you Sayang..
Berat Mata Memandang,
Terasa Lemah Seluruh Badan Ini,
Berat lagi Bahu Yg Selama Ini BerKongsi Segalanya Bersama sama @shuibsepahtu 😭😭 Allah Hu Akbar
Salam Takziah Buat @shuibsepahtu Anak anak 😭 Dan
Papa uncle @raissuddin_hamzah
Dan Seluruh Ahli Keluarga Yg keHilangan
Insan Syurga TerCINTA ini 🙏🏻😭
#MummyBecca
#SedihSgt2YaAllah
#09082021
#LoveYouHinggaSyurgaSarah
#MaafiTakSempatCkpD
Melalui perkongsiannya, Rebecca juga telah berkesempatan ke perkarangan luar kubur arwah bagi mengiringinya buat kali terakhir serta menghadiahkan bacaan yasin buat arwah. Sama-samalah kita mendoakan agar rohnya ditempatkan di kalangan insan yang beriman. Amin.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tak Sangka Terima Hadiah ‘Kereta Control’ Dari Cikgu, Tindakan Pelajar Ini Buat Netizen Sayu!
Kasih seorang guru terhadap anak murid itu ibarat kasihnya ibu bapa kepada anak-anak. Seorang guru mempunyai harapan yang besar untuk melihat anak muridnya menjadi insan yang cemerlang dan terbilang apabila mereka membesar.
Guru memainkan peranan penting terutamanya dalam usaha untuk mentransformasikan pendidikan negara. Mereka umpama berlian yang memantulkan kilauan bergemerlapan dan pada ketika sama dirinya begitu bernilai.
Seorang guru pasti sanggup melakukan apa saja untuk melihat anak didiknya cemerlang. Ada juga guru yang memberikan ganjaran buat anak muridnya sebagai tanda pembakar semangat. Reward ataupun ganjaran tersebut selalunya diberikan sebagai hadiah apabila anak didik mereka berjaya menjalankan tugas yang diberi ataupun mendapat keputusan yang cemerlang.
Artikel Berkaitan:Gagal 3 Subjek Ketika Percubaan, SPM Lulus Cemerlang, Hijabi Ini Terharu Dapat Anugerah Daripada Tun M
Begitulah kisah yang tular baru-baru ini di laman TikTok. Video yang telah dimuat naik oleh @cikgupenyayang, menunjukkan momen dia memberikan anak muridnya hadiah. Apa yang mengejutkan adalah, anak muridnya itu tiba-tiba memanjat meja untuk memberikannya pelukan.
@cikgupenyayang Its important to have strong bonding between you and kids ❤️ #fyp#fypシ#tiktokguru_malaysia #tiktokmalaysia#foryoupage ♬ Bintang di Surga – Noah
“Its important to have strong bonding between you and kids” tulisnya di ruangan kapsyen Tiktok tersebut.
Di awal video, dapat dilihat seorang murid sedang menantikan hadiah dari gurunya di sebuah bilik guru. Gurunya yang dikenali sebagai Cikgu Arash,26, itu sempat memintanya menutup mata.
Tidak lama kemudian, guru lelaki berkenaan mengeluarkan satu bungkusan dari dalam almari untuk diberikan kepada murid itu. Rupa-rupanya isi dalam plastik tersebut merupakan hadiah yang telah pun dijanjikan sebelum ini. Dia pernah berjanji untuk memberikan hadiah kereta kawalan jauh sekiranya anak muridnya itu pandai membaca.
“Dia nak kereta control kalau dah pandai baca” tulis Cikgu Arash.
Apabila menerima hadiah itu, kelihatan anak muridnya sempat bersembang dengan gurunya dan tidak memberikan apa-apa reaksi. Namun tiba-tiba, dia bertindak memanjat meja untuk memeluk gurunya sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu.
“Berair air mata…”
Video tersebut sehingga kini telah mendapat lebih 23.7 kesukaan. Meninjau di ruangan komen Tiktok tersebut, rata-rata netizen sebak dan memuji usaha guru tersebut dalam mengajar anak didiknya itu.
“Ala sebak pulak part peluk tu”
“The way dia panjat n terus peluk tu aduhhhhh”
“Sebak pulak tengok.. pandai ucap terima kasih dengan bagi pelukan pada cikgu”
“Alhamdulillah tahniah cikgu. Moga anak murid dpt jd pemimpin ummah akan dtg. aaminnn.”
“Allahu… terharunya part dia datang peluk ticer tu. dia really appreciate”
Artikel Berkaitan: Terima Anugerah Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah Nawi Akui Sebak Dihadiahkan Kereta
Untuk rekod, ini bukanlah kali pertama akaun Cikgu Arash tular di laman TikTok, bahkan dia yang meminati pendidikan awal kanak-kanak itu mengakui memang suka membuat kandungan mengenai anak-anak muridnya itu.
“Alhamdulillah setakat ni komen baik-baik dan positif. Kebanyakan parents suka cara saya bonding dengan kanak-kanak sebab cara saya mengajar ni menggunakan love language.
“InshaAllah jika content (kandungan) di TikTok saya memberi manfaat kepada ibu bapa saya akan membuat perkongsian dengan lebih kerap,” katanya terdahulu melalui temu bual bersama Mstar.
Sumber: TikTok
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI