Ramai yang mengakui kehadiran parut menimbulkan rasa malu apatah lagi jika parut jerawat itu dapat dilihat dengan jelas pada wajah. Parut jerawat terjadi apabila masalah jerawat tidak dirawat dengan sepatutnya sehingga menimbulkan kesan parut jerawat pada wajah.

Mungkin bagi kebanyakan individu, jerawat pulih tanpa meninggalkan kesan kekal pada kulit. Sebaliknya, ada individu yang terpaksa berdepan parut jerawat, sekali gus mempengaruhi semangat dan keyakinan.

Melalui entri di Facebook seorang wanita, Seri Sairi, dia berkongsi tentang tip menghilangkan parut jerawat dengan menggunakan campuran vaseline dan madu.

PETUA HILANGKAN PARUT JERAWAT

Biasa selama ini trick vaseline hanya untuk bibir dan bulu mata sahaja bukan?. Seri tertarik dengan satu info tentang vaseline dan madu elok untuk hilangkan parut. Rupanya campuran dua bahan ini boleh menjadi ‘penawar’ untuk hilangkan parut jerawat.

BAHAN-BAHAN:

Vaseline
Madu


CARA-CARA:

1. Ambil satu sudu teh Vaseline dan campurkan dengan sedikit madu.

2. Tekstur tak terlalu pekat atau cair.


3. Sapu nipis pada kawasan parut jerawat sahaja. Jangan sapu seluruh muka dan jangan sapu dengan banyak. Nipis sahaja!

IKLAN

4. Elakkan kawasan bengkak dan bernanah, sebab vaseline tak sesuai untuk kulit berminyak.

5. Tunggu 20 – 30 minit dan bilas dengan air bersih.

Mudah sangat bukan? Buat mereka yang pertama kali, cubalah pada parut hitam dulu. Kalau menjadi boleh sapu pada semua parut pada muka. Hasilnya kulit yang penuh parut jerawat semakin bersih dan berseri.

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat membantu mereka yang mengalami masalah parut jerawat pada wajah. Mungkin sudah cuba pelbagai tetapi tidak berhasil. Apa kata cuba cara ini pula. Mungkin ia serasi dengan anda.

KULIT BERJERAWAT PUN MESTI PAKAI SERUM

Anda pasti tahu manfaat serum, tetapi masih tidak tahu memilih serum yang terbaik untuk kulit berjerawat. Berikut antara serum di pasaran dari bajet hingga yang high end terbaik untuk melegakan kulit yang berjerawat terbaik dari drug store.

Innisfree The Green Tea Seed Serum

IKLAN

Kaya dengan nutrisi dari daun dan biji teh hijau Jeju. Rekomendasi serum ini di bawah bajet untuk mengatasi jerawat anda.  Kandungan 100% green tea Jeju segar yang akan menutrisi kulit secara mendalam dan memberikan kelembapan agar kulit lebih anjal.

Teknologi pelembap dari green tea segar dan green tea seed oil akan memberikan kelembapan dan membentuk lapisan berganda di kulit anda. Innisfree Green Tea Seed Serum ini memiliki tekstur yang sangat cair dengan warna transparan yang agak kekuningan. Juga mudah meresap di kulit dengan aroma wangi yang segar.

2. Some by Mi Miracle Serum

Serum untuk kulit berjerawat ini memiliki bahan acid sebagai pengelupas, iaitu AHA, BHA, dan PHA. Ketiganya berperanan dalam mengangkat sel-sel kulit mati, membersihkan pori, mencerahkan, dan memperbaiki tekstur kulit wajah agar lebih halus. Selain kandungan asid, kandungan tea tree yang sangat baik untuk meredakan jerawat agar tidak meradang, mengecutkan jerawat dengan cepat dan kering. Tea tree ini adalah bahan yang bagus untuk mengawal sebum dan menenangkan kulit.

3. The Ordinary Salicylic Acid 2% Solution

Sesuai namanya, produk ini memang memiliki kandungan salicylic acid yang merupakan baik untuk pengelupasan membersihkan jerawat dan pori-pori. Produk ini mampu membersihkan pori dari sel kulit mati dan juga minyak berlebih yang menjadi penyebab munculnya jerawat.

Bukan itu sahaja, serum ini juga berfungsi sebagai anti inflamasi dan anti bakteria yang membantu mengatasi jerawat muncul kembali juga bekas jerawat. Produk ini pun memiliki kandungan citric acid yang berfungsi sebagai anti aging. Dengan pemakaian teratur, kulit anda lebih mulus dan bersih.

IKLAN

Produk ini kurang sesuai untuk kulit sensitif, kerana kandungannya boleh jadi terlalu keras. Serum ini pun baik digunakan di malam hari, kerana kandungan asid di dalamnya cukup sensitif terhadap sinar matahari. Kecuali jika anda memakai sunscreen dengan baik.

4. The Body Shop Tea Tree Anti Imperfection Daily Solution Serum

Untuk mengatasi masalah jerawat, anda boleh juga memakai serum tea tree dari The Body Shop ini. Serum wajah ini memiliki tekstur ringan dengan kandungan Community Trade Organic Tea Tree Oil dari Kenya. Fungsinya adalah untuk membantu mengatasi jerawat, membuat wajah terasa lebih halus dan bersih, serta mengawal minyak dengan mengurangi kilap di wajah.

Kemerahan di wajah kerana jerawat juga boleh berkurang dengan memakai serum ini. Dalam waktu 4 minggu pemakaian, hasilnya kulit yang lebih bersih, mulus, dan bebas jerawat.

5. By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum

Sebilangan besar serum Vitamin C pasti akan berubah menjadi warna coklat tembaga apabila terdedah kepada cahaya matahari, panas, dan udara kerana pengoksidaan. Walau bagaimanapun, perubahan warna ini juga merupakan cara untuk membuktikan kesucian serum Vitamin C anda.

Serum ini mengandungi 21.5% Vitamin C, yang sangat pekat, oleh itu disarankan agar serum disejukkan sebaiknya dibuka. Ini juga menjadikannya sempurna untuk memerangi hiperpigmentasi, perubahan warna, bekas jerawat dan kulit kusam! Bahkan formula ini menjadi tidak melekit dan lebih berkesan dengan senarai ramuannya yang baru.

6. La Roche-Posay Rosaliac AR Intense

Sekiranya anda berurusan dengan rosacea, sudah tiba masanya untuk mencuba serum muka drug store terbaik ini. Ia mengandungi ekstrak tumbuhan yang menenangkan dan air mata air termal untuk mengurangkan kemerahan, baik jangka pendek mahupun jangka panjang.

Sumber kredit: Seri Sairi dan Productnation

Tampil #1 on top dengan fashion muslimah terkini di HIJABISTA!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI