Cacat Penglihatan Tak Halang Hijabi Ini Genggam Diploma. Netizen Puji & Respect Effort Dilakukannya

Share

Sempena musim konvokesyen menyaksikan pelbagai foto dimuat turun graduan saat serta momen terindah ketika menerima ijazah masing-masing. Pelbagai gaya dirakam bersama teman-teman meraikan kejayaan setelah berhempas pulas menamatkan pengajian.

Gambar sekadar hiasan.

Kegembiraan menerima ijazah oleh graduan ini juga turut dirasai oleh seorang hijabi Orang Kelainan Upaya (OKU), Nurain HairulHaizureen yang turut hadir di majlis konvokesyen dua hari lalu. Dia yang cacat penglihatan merupakan graduan Diploma Teknologi Maklumat dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Batu Pahat.

Ketika ditanya bagaimana dia berjaya menamatkan pengajiannya dengan keadaan serba kekurangan, Nurain menjelaskan dia tidak menghadapi sebarang masalah dengan bantuan dan sokongan berterusan yang diberikan oleh para pensyarah dan rakan-rakan.

Cacat bukan penghalang kejayaan Nurain.

Nurain yang mengalami cacat penglihatan sejak lahir lagi bersyukur hari ini dia berpeluang untuk naik ke pentas menerima diploma ketika berusia 21 tahun.

Ternyata posting yang dimuat turun di page facebook Unversiti Tun Hussein On Malaysia ini sempena Istiadat Konvokesyen ke 18 turut menarik perhatian netizen.

Jadi pembakar semangat untuk insan lain.

Netizen mengucapkan tahniah atas kejayaan Nurain HairulHaizureen yang tidak pernah berputus asa walaupun serba kekurangan demi untuk mendapatkan segulung ijazah.

Semangat gadis manis ini boleh dijadikan inspirasi buat hijabi di luar sana untuk terus berusaha mencapai kejayaan dan tiada yang mustahil.

Kagum Dengan Semangatnya & Jadi Inspirasi.

Kecacatan Bukan Penghalang.

Respect Your Effort.

Hijabista ucapkan tahniah dan semoga apa jua urusan yang dilakukan oleh Nurain selepas ini dipermudahkan Tuhan.

Published by
Siti Zurina