Cabaran Stailoo Berjaya Lenyapkan Berat 24 KG & Pakai Baju Saiz XXXL Ke M.

Share

Soal berat badan memang kita tak boleh berkompromi. Kalau rasa tak selesa dengan penampilan, cepat-cepat akan berusaha untuk menurunkan berat badan. Dengan usaha dilakukan, tidak mustahil akan mendapat berat badan idaman.

Seperti perkongsian wanita ini yang dulunya mempunyai berat 78 kg tetapi kini sudah berubah pada 54 kg. Dia berjaya lenyapkan sebanyak 24 kg hanya dengan mengamalkan cara diet yang betul dan sihat.

Berat badan suatu ketika dulu.

Apa yang menggembirakan dia sudah boleh memakai baju apa yang mahukan. Malah menjadikan dirinya lebih konfiden dan mudah untuk beribadah.

Menceritakan perjalanannya bagaimana dia boleh mendapat berat diingini dan melakukan pelbagai aktiviti yang disukai.

Kalau dulu dia diejek kerana mempunyai badan yang besar, malah sentisa menyarung baju saiz XXXL, tetapi kini segalanya sudah berubah.

Dia kini masih boleh tersenyum kerana sudah boleh menyarung baju bersaiz M. Tanpa mengambil pil atau suplemen hanya mengamatkan diet yang betul, akhirnya gadis ini telah dipuji keran berpenampilan lebih cantik.

Kini sudah mendapat beraat idaman.

Dulu berat 78kg

Tapi sekarang ni alhamdulillah 54kg… dah berjaya turun 24kg dengan cara kurus yang betul dan sihat.

Syukur sangat2.

Perasaan dah kurus ni.. ya Allah bestnya.

Saya dah boleh pakai baju yang saya nak. Saya jadi lebih konfiden. Nak beribadah pun lebih mudah.

Sekarang ni saya senyum je memanjang. Saya jadi lebih positif =)

Memang best sangat bila dah kurus.

Jadi hari ni nak kongsi sikit pengalaman saya dan dedahkan ‘rahsia’ macam mana nak kurus.

Selalu diejek

Jangan tipu la kalau orang tu kata dia tak kesah kalau gemok. Sebab saya pernah rasa dulu. Padahal tipu diri sendiri je. Just nak sedapkan hati.

Pernah dulu masa kat PLKN berat mencecah 78kg. Budak lelaki yang nakal2 panggil sy gemok pendek.

Pernah diejek mempunyai berat badan berlebihan.

Masa tu perasaan sy sedih sangat. Hati kecil ni selalu terdetik “gemok sangat ke aku ni. Ahh biala”.

Dan pernah satu hari tu ada baju siapa tah – saiz xxxl – tercicir. Cikgu tanya tu baju siapa. Budak2 laki cakap saya yang punya. Time tu dah la diorang ramai2. Malu sangat.

Tapi orang macam saya pandai sorok. Buat tak tahu je. Nampak happy. Tapi sebenar hati terluka. Yela semua orang ada maruah kan. Jangan la buat saya macam tu.

Ada satu lagi cerita… Masa tu tahun kedua di universiti. Tengah duduk2 di lobi sambil tunggu lecturer masuk kelas,, ada sorang laki ni dia gocang2 air tin coke pastu terus buka air tin tu belakang saya.

Apa lagi terpancut keluar la habis kena baju saya. Dia terus jerit “GEMOK PENDEK!!”.

Hati saya masa tu Allah sahaja yang tahu. Sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Tak pernah mintak duit dia. Orang sekeliling masa tu berkata sinis.. “Muda2 lagi dah tak pandai melawa”.

Semua kata-kata tu tersimpan dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya. Saya nak berubah Sejak daripada pengalaman ngeri tu saya tekad. Saya nak berubah.

Selesa dengan penampilan terkini.

Balik je rumah saya mandi, bersihkan badan.. tenangkan fikiran. Pastu saya bukak laptop. Saya google..

“Cara kuruskan badan”

“Tips kuruskan badan”

“Kurus dengan sihat”

Bermula daripada hari tu saya mula jatuh cinta dengan dunia fitness dan kesihatan.

Saya banyak membaca tips dan teknik kurus. Saya baca artikel, tengok video.. Semua berkaitan macam mana nak kurus.

Tapi!

Malangnya saya hanya sekadar membaca.

Apa yang saya tak tahu. Semua saya tahu. Atkins, low fat, HICT, Tabata, kurangkan gula, minum air kosong, tak lebih segenggam nasi bla bla bla. Semua dalam kepala saya.

Hari ni saya cuba diet. Esok lusa saya still lagi diet.

Perghhh..

Bayangkan sebelum ni semua benda saya makan. Milo ais, makanan manis, peha ayam. Pastu tiba2 nak diet. Memang azab la.

Last2 lupa pulak saya tengah diet. Saya makan je apa yang saya nak. Balas dendam. Cheat day la kononnye.

Ketika hadir di majlis konvokesyen.

Pastu saya akan menyesal and start balik diet. Huhu. Program kuruskan badan secara online. Perkara ni berlarutan sampai la satu hari tu.

Tengah syok main internet saya terjumpa satu blog – CABARAN STAILOO: program kuruskan badan secara online.

Saya macam tak percaya. Macam mana boleh kurus dengan online.

Tak perlu diet dan berlapar.

Tak perlu kuat bersenam.

Tak perlu beli produk.

Saya tak boleh tidur malam tu duk mikir pasal program kurus ni. Esok bangun jer tido terus saya join CABARAN STAILOO ni. Wow lepas saya join program ni baru saya faham. Macam ni rupanya cara betul nak kurus..

Yup kita boleh baca 1001 tips kuruskan badan. Tapi boleh ke kita buat kesemua tips tu??

Teknik kurus paling berkesan

Dalam CABARAN STAILOO saya diajar untuk buat satu per satu tips tersebut.

Amal dan jadikan habit. Lepas dah jadi habit tambah lagi tips yang baru. Jadikan habit kedua. Buat dan ulang.

Fuh. Memang berkesan teknik yang di ajar dalam program kurus ni. Saya di ajar makan ikut portion.

Tapi satu per satu. Mula2 fokus pada protein. Pastu sayur. Pastu karbohidrat. Pastu lemak sihat.

Sudah boleh sarung baju saiz M.

Yang penting satu per satu sampai jadi habit. Saya juga diajar teknik makan mengikut saiz badan. Macam saya yang jenis bulat ni, setiap kali makan saya kena pastikan ada:

– Satu saiz tapak tangan protein (ikan, ayam, daging)

– Satu saiz penumbuk sayur (brokoli, bayam, kubis)

– Separuh genggam karbohidrat (no exercise, no carbs)

– Dua ibu jari lemak sihat (almond, cashew, kekacang)

Dengan teknik ni saya jarang rasa lapar. Saya lebih enjoy waktu makan saya dan akan berhenti makan pada 80% sebelum kenyang. Dan yang paling saya suka teknik hidrasi.

Sepanjang hari saya perlu pastikan ‘cukup’ kandungan air dalam badan saya.

6 am: bangun jer tido terus saya minum 1 gelas air mineral/suam

8 am: 20 minit sebelum sarapan, 2 gelas air

10 am: teh hijau + 1 gelas air

2 pm: 20 minit sebelum makan tengah hari, 2 gelas air

4 pm: kopi + 1 gelas air

6 pm: 20 minit sebelum makan malam, 2 gelas air

8 pm: 2 jam sebelum tidur, 2 gelas air

Fuhhh..

Memang terkencing la dengan teknik hidrasi ni. Kejap2 gi toilet. Tapi takpe la. Badan sihat. Berat pun turun. Walaupun tak dahaga saya minum jugak.

Bukan minum air semata-mata untuk hilangkan dahaga, tapi untuk optimumkan fungsi sel, tisu, otot dll.

Daripada 78 kg kepada 54 kg. Dengan amal tiga teknik ni je berat dah mula turun 9kg (tanpa bersenam). Wah excited la saya. Baju pun dah longgar. Saya belum puas hati lagi. Jadi bulan seterusnya saya mula bersenam.

Ni jadual senaman saya:

Isnin: rehat

Selasa: rehat

Rabu: rehat

Khamis: rehat

Jumaat: rehat

Sabtu: rehat

Ahad: rehat

Hahahahhaha…..

Saya ni jenis malas bersenam. Sebab tu la saya tak pernah tetapkan bila hari perlu bersenam.

Dalam CABARAN STAILOO ni saya tak perlu kuat bersenam tapi perlu bergerak aktif. Jadi saya pilih untuk bergerak aktif.

Kebanyakkan masa saya akan pilih aktiviti yang mengeluarkan peluh. Contoh kemas rumah, naik turun tangga, berjalan kaki ke kelas dsb. Tapi coach kata kalau nak turun berat lagi CEPAT buat 12 senaman HICT. So saya cuba je la.

Jumping jack (total body)

Wall sit (lower body)

Push up (upper body)

Double crunch (abs & core)

Box jump (total body)

Squat (lower body)

Tricep dip (upper body)

Plank (abs & core)

High knees (total body)

Jump lunge (lower body)

Mountain climber (upper body)

Side plank (abs & core)

Mula2 terkial-kial jugak la nak buat senaman ni. Tapi nasib baik ada video tutorial. Saya ikut je video tu. Memang seronok.

Peluh keluar mencurah-curah. Lepas siap bersenam badan rasa ringan je sebab 12 senaman HICT ni akan bakar lemak dan kalori walaupun selepas 24 jam habis bersenam.

Kini sering dipuji dengan penampilan terkini.

End result: berjaya turun lagi 12 kg berat!!

Program kurus yg enjoy dan langsung tak stress

Saya sangat berpuas hati sertai CABARAN STAILOO ni. Saya buat dan terus buat.

Apa yang saya perasan kalau dulu saya banyak membaca tapi selepas join cabaran ni saya lebih banyak BUAT dan PRAKTIS.

Yang tu perubahan saya paling ketara. Hasilnya berat badan turun dengan sangat ketara.

Lepas pada tu turun lagi 3 kg (masa ni berat tak turun banyak sebab fokus untuk naik sedikit otot. So walaupun tidur, lemak tetap dibakar sebab metabolisma dah tinggi).

Setelah join program kurus CABARAN STAILOO ni, dah berjaya capai target berat yang saya nak, 54kg.

Alhamdulillah. Dulu diejek, sekarang dipuji Saya ingat lagi masa bukak sem baru dulu. Time tu dah kurus.

Memang orang terkejut la tengok saya. Yang kelakar lecturer saya ingat saya kena penyakit. Huhu.

Tahun tu jugak saya konvo diploma. Best dapat pakai baju cantik masa hari keraian kita.

Ingat lagi budak laki yang sembur air tin coke kat saya tu?

Dia terkejut dan beriya mintak maaf dengan saya. Saya tak cakap apa2. Tapi dalam hati saya dah maafkan.

Kawan2 pun selalu puji saya nampak lebih cantik. Dan ramai yang tanya ‘rahsia’ sy kurus. Saya pun kata join jer CABARAN STAILOO ni nanti akan belajar teknik kurus yang betul.

Hidup saya sekarang lebih sihat dengan pemakanan yang betul. Senaman kadang2 buat tapi banyaknye tak buat. Hehe.. Tapi berat still maintain 54-55 kg.

Saya tanamkan dalam diri saya supaya sentiasa konsisten dengan habit saya dan teknik2 yang saya belajar dalam program kurus CABARAN STAILOO ni.

Dah boleh pakai baju saiz S. Happy sangat bila apa yang saya usahakan berhasil. Daripada xxxl sekarang S pun dah muat. Tapi kita patuh syariah sikit kita guna M la. Hehe.

Sekarang saya dah boleh pakai baju cantik2. Fesyen macam mana pun xpa. Janji sesuai dengan saya. Yela kita ni perempuan mesti nak berlawa kann.

Hidup saya sekarang lebih happy, sihat…

… dan nak buat apa2 aktiviti pun tak terbatas. Banyak yang dulu saya x boleh buat tapi lepas dah kurus ni macam2 saya cuba.

Alhamdulillah! Syukur pada Allah bagi saya nikmat ni. Memang satu kepuasan bila dah berjaya kurus.

Inspirasi

Semoga cerita saya ini akan memberi inspirasi pada anda untuk MULA diet secara sihat, tanpa perlu berlapar dan tanpa guna apa2 produk/ubat/suplemen kurus dsb.

Diet je mcm biasa dan tak perlu stress2.

Kalau anda tak tahu mcm mana cara kurus yang betul, atau anda perlukan guide smpai berjaya kurus, join jer CABARAN STAILOO.

InsyaALLAH dengan sistem, tips & teknik efektif.. akan kurus lebih cepat, mudah dan paling penting berkekalan.

Saya boleh, anda lagi la boleh

‍‍‍‍‍‍‍Yes you can,

Mira

SUMBER: VIA FACEBOOK STAILOO – KURUS & SIHAT

Published by
SH