Busana RM80 Ribu Sebagai Tanda Istimewa Ulang Tahun Ke-9, Che Ta Bersyukur Muncul Zain Dalam Hidupnya

Share

Kemanisan dalam perkahwinan adalah apabila kedua pasangan yang telah lama bersama meraikan hari perkahwinan bersama. Setiap kali hari keramat yang istimewa tiba, sudah tentu momen-momen bersama diingati.

Setiap pasangan ada cara mereka sambut ulang tahun perkahwinan bersama, begitu juga pasangan selebriti Rozita Che Wan dan juga Zain Saidin. Apa yang lebih mengejutkan lagi adalah busana ‘photoshoot‘ miliknya yang berharga RM80,000!

Artikel berkaitan: “Berbaloi Mak Hang Cari Duit Nak Bayar ‘Fees’…Bukan Sikit-Sikit Duit Chek Oii…” – Che Ta Rasa Bersyukur Anak Keduanya Peroleh Double Degree

Istimewa untuk ulang tahun ke-9 bersama pasangan

 Menjadi kepastian buat Che Ta dan Zain Saidin untuk meraikan ulang tahun dengan ‘photoshoot‘ ala-ala pengantin baru. Kini pilihan Che Ta menggayakan busana berwarna putih mengejutkan lagi orang ramai.

Che ta juga tidak segan untuk berkongsi di ruangan kapsyen mengenai pengalamannya menjadi ibu tunggal selama 12 tahun. Dia juga tidak putus asa dalam perkahwinan dan bersyukur di hadirkan Zain dalam kehidupannya.

“9 tahun, 9 kali dah sarung baju kahwin. Alhamdulillah, tahun ini rezeki dapat sarung baju kahwin harga RM80,000, thank you @ivanyoungofficial,

“12 tahun jadi ibu tunggal, tak pernah give up dengan perkahwinan…kadang Allah SWT hantar ‘peneman’ untuk uji kesabaran kita…kalau sabar kekal lah bahtera yang kita bina, kalau tak sabar, itu yang porak peranda.” katanya.

Bukan jenis ‘control‘ tapi peka bab agama

 Aktres berumur 49 tahun itu juga mengatakan peribadi suaminya itu sangat sempoi dan bukan seorang yang suka ‘control‘. Tetapi disoal bab agama, Zain sangat peka dan ‘particular‘ meski pun ada yang mengatakan dia ‘mat salleh celup’.

“Tak pernah suruh kami kemas rumah, tak pernah paksa masak, jauh sekali nak control pergerakan kami…tapi satu benda dia ulang-ulang tanya setiap waktu, sayang dah solat?,

“Tal sangka ‘mat salleh’ celup yang saya kahwin ini sangat particular tentang agama. Ingat lepas kahwin, nak pakai skirt atas peha sahaja…tapi terus slowly tutup aurat, Alhamdulillah!.” ujarnya lagi.

Artikel berkaitan: “Seronok Tengok Ramai Yang Berhijrah…”- Peminat Teruja Tengok Artis Berkumpul Dalam Majlis Ilmu!

Dia juga tidak terlupa untuk memberikan pesanan buat para wanita di luar sanan untuk tidak berputus asa dalam perkahwinan. Jodoh itu akan muncul buat yang mencari, semuanya atas keredhaan Allah SWT.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Published by
Qee