Bunga cengkih bukan sahaja mampu menaikkan aroma dalam masakan anda. Malahan ia juga dipercayai mampu memberikan banyak khasiat dan kebaikan kepada kecantikan tubuh badan anda, terutamanya untuk bahagian kulit.
Sebenarnya, bunga cengkih banyak digunakan dalam rawatan tradisional sejak dahulu lagi. Usah terkejut ya! Nak tahu kenapa bunga cengkih ini amat bagus? Jom baca!
Bunga cengkih mampu untuk mengubati masalah jerawat kerana ia mengandungi sumber anti-bakteria yang sekali gus dapat merawat masalah jerawat dengan efektif!
Caranya, anda boleh minum air rebusan bunga cengkih atau sapukan minyak bunga cengkih di bahagian yang berjerawat. Jika dilakukan dengan kerap, ia mampu untuk mengurangkan masalah jerawat yang anda alami.
2. Mengawal lebihan sebum
Salah satu faktor jerawat ialah kerana penghasilan sebum yang berlebihan. Oleh itu, amatlah penting untuk mengawal penghasilan sebum supaya tidak mendatang masalah jerawat yang teruk. Salah satu cara yang mudah untuk mengawalnya ialah dengan menggunakan minyak bunga cengkih yang berfungsi untuk membersihkan lubang pori-pori yang tersumbat.
Caranya, sapukan tiga titik minyak cengkih dan sapukannya dengan menggunakan kapas yang bersih. Untuk hasil yang terbaik, pastikan anda mencuci dahulu wajah dengan menggunakan toner dan melembapkan kulit dengan bahan pelembap.
3. Mengelakkan masalah mata panda!
Masalah lingkaran hitam di sekitar mata ataupun mata panda memang menganggu penampilan anda! Atasinya dengan minyak cengkih yang mampu untuk menghilangkan kawasan gelap tersebut!
Caranya, sapukan minyak cengkih secukupnya di area mata. Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai masker dengan membiarkannya pada muka selama 15 minit. Kemudian bilas menggunakan air suam. Untuk hasil yang cepat, lakukannya secara kerap.
4. Sebagai bahan anti-penuaan
Bukan sahaja bagus untuk mengawal masalah jerawat, malahan ia juga amat bagus untuk menjadikan wajah awet muda! Kelembapan yang ada pada minyak bunga cengkih dapat menghidrasi sekaligus menutrisi kulit agar terhindar dari tanda-tanda penuaan termasuk munculnya kedutan. Sapu dengan lembut pada waktu pagi dan malam untuk hasil yang berkesan!
5. Mengatasi masalah rambut kusut
Tahukah anda, bunga cengkih juga bukan sahaja bagus untuk kulit malah ia juga bagus untuk kesihatan rambut. Bagi anda yang seringkali mengalami masalah rambut kusut, gunakan minyak bunga cengkih untuk menjadikan rambut lebih licin dan lembut.
Caranya, sapukan minyak cengkih di seluruh rambut dan biarkan selama 5 hingga 15 minit. Kemudian bilas dengan air suam.
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Bulan ini, Hijabista menghasilkan Majalah Hijabista Edisi Jawi menampilkan Nur Fazura sebagai penghias wajah hadapan. Menariknya, dengan setiap pembelian para pembeli akan menerima dua helai tudung istimewa.
Majalah ini boleh dibeli di laman Shopee Karangkraf Mall Official Store dengan harga RM29.90 sahaja. Berbaloi-baloi, beli majalah dapat pula dua tudung istimewa. Boleh dibeli di sini: Shoppe